Tuesday, December 29, 2009

..kedegilan nafsu..


Dipetik kisah ini dari '101 Kisah Teladan' yang pernah ku baca. Moga kita sama-sama dapat mengambil sesuatu yang baik..
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, menghadaplah engkau!" Maka akal pun menghadap ke hadapan Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "wahai akal, berbaliklah engkau!". Maka akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud, "wahai akal siapakah aku?" Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah." Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan ber firman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, menghadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata dengan jawapan yang sama seperti sebelumnya, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu sangat degil dan jahat tidak mengakui Penciptanya sebagai Tuhannya sehinggalah disiksa. Dalam al-Quran banyak disebutkan tentang nafsu, antaranya "dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkannya (juga). Dan demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.", surah Al-A'raaf [7:176]. Firman-Nya lagi dalam surah Yusuf[12:53] "dan tidak aku membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Akhir sekali, "wahai orang-orang yang beriman,jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemashlahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." An-Nisaa'[4:135]
Sama-samalah kita berjuang merendahkan nafsu yang sering menidakkan kita untuk bersama-sama dalam satu jemaah menegakkan Islam, agama yang tercinta.
Wallahu a'lam..

Sunday, December 27, 2009

“sami’na wa atho’na”


Teringat kembali nostalgia suka dan duka sepanjang berada di SEMAI dulu..bila Ustaz Naim bertanya kapada semua pelajar. “apa kewajipan kita??”..semua pelajar wajib menjawab.. “sami’na wa atho’na” semuanya bermula pada tahun 2006..hmm..pada tahun 2007 ditambah “wa nahnu waladun solihun” dan 2008 pula ditambah “sohibul imtiaz”..maka terciptalah ayat “sami’na wa atho’na wa nahnu waladun solihun sohibul imtiaz!!” yang bermaksud “kami dengar dan kami patuh (taat) dan kami anak yang soleh (bakal) peneraju kegemilangan!!”

Kehidupanku kini tak ubah seperti burung yang terbang bebas di langit walaupun sebenarnya aku sedar, hadirnya kita ke dunia ini adalah untuk mempersiap bekalan pada hari yang pasti datang dan kekal selamanya. Namun, adakah bekalanku setakat ini mampu membawaku kepada kebahagiaan pada hari yang akan datang?? Bagaimana jika esok aku dipanggil menemuiNya?? Persoalan ini sama-sama kita renungkan. Tiada insan di dunia ini yang mengimpikan kesengsaraan pada hari akhirat kelak termasuklah diriku sendiri tapi jelas yang aku hanya memandang yang jauh itu sedangkan aku lupa untuk menyusun n membina tangga untuk sampai ke destinasi.

Sekarang aku bertapak di bumi barakah Darul Quran, tapi masih terasa bahawa aku sedang meraba-raba mencari tarbiyah untuk mendidik hati ini dan disebatikan dalam diri. Kalau dulu guru-guru di SEMAI yang membantu n menegur kesilapan diri ini, sekarang yang ada hanyalah sahabat-sahabat untuk dijadikan cermin diri.

Mudah-mudahan lafaz “sami’na wa atho’na wa nahnu waladun solihun sohibul imtiaz” terus tersemat di hati ini agar dapat mendidik dan membimbing untuk terus berada di atas landasan yang benar.

Wallahu a’lam..

:: my fb ::

:: followers ::