Monday, December 12, 2011

:: URP is about 'ADALAH(عدالة) ::

After studying Urban and Regional Planning for a few months, I realize that there are so many Islamic values applied in this course. John Ratcliffe said

Town Planning concerned with providing the right site, at the right time, in the right place, for the right people”

Don’t you see that town planning has the similarity with one of the Islamic characteristics which is ‘ADALAH (عدالة) or in English we call it JUSTICE. In Islam, justice means

 “providing the right thing in the right place”

Once the planners design a site, they have to consider many things such as environment, social, community, economy and so on. 

(picture's link)

“Allah commands justice, the doing of good, and liberality to kith and kin, and He forbids all shameful deeds, and injustice and rebellion: He instructs you, that ye may receive admonition” - an-Nahl, 16 : 90

Friday, December 9, 2011

:: Islam & Urban and Regional Planning ::

Semasa dalam kelas Principles of Urban and Regional Planning..

Last week lecture, tiba-tiba fokus saya hilang bila saya tengok perkataan Planning Standard & Guidelines. Saya hanya dapat fokus sekejap, kemudian saya tersenyum sendirian.

Nak tahu kenapa..??

Setiap apa yang dilakukan oleh seorang 'planner' mestilah berpandukan piawaian yang telah ditetapkan iaitu Planning Standard itu tadi. Begitu juga Islam. Jika sesebuah perancangan bandar dan wilayah itu berpandukan Planning Guidelines, maka Islam itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap perilaku seorang muslim itu sebaiknya berlandaskan Quran & Sunnah.




sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat, Itulah al-Quran dan Sunnahku"

Thursday, November 10, 2011

:: ISC 5 : coming soon ::


Islamic Summer Camp, lebih sinonim dengan ringkasan ISC kini kembali. Program tahunan anjuran PersatuanSiswazah Sabah (PSS) ini menjadi tunjang tertubuhnya Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) menjelang akhir tahun 2007.

Pada tahun 2008, ahlinya terlalu sedikit. Namun, bilangan yang sedikit itu tidak menjadi alasan untuk KRU bergerakkerja dan hasilnya,kini cawangan KRU telah pun berada di seluruh daerah bahagian Pantai Barat Selatan Sabah termasuklah Kundasang, Ranau dan Sipitang.

Aku masih ingat lagi kali pertama ISC diadakan di Terayung Camp Site. Aktivitinya terbaik + speechless, cukup sesuai bagi remaja yang ingin mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan. Ilmu, pengalaman, leadership dan lain-lain lagi, semua bertambah (bilangan friends dalam facebook pun bertambah..hehe)

Yuran..?? Takda hal lah..tak sampai RM50 untuk 3 hari 2 malam. Memang cukup murah, bagi aku yang pernah join ISC ni..sepatutnya yuran untuk program ni lagi mahal, tak setimpal dengan harga yang ditawarkan. Nasib baik bukan aku yang jadi organizer..hehe


Nantikan ISC 5!!!


Moga pertemuan yang bermula saat itu tidak akan pernah berakhir sampai bila-bila. Buat adik-adik yang pernah join Kem Remaja Islam..jom kita ubat rindu + eratkan ukhuwwah dalam ISC pula.


(klik gambar di atas untuk access ke page ISC 2011)
 



link :-

n_n

Saturday, October 29, 2011

:: jangan pandang aku dengan dua matamu ::

Berdasarkan tajuk post, ini bukanlah lagu ‘Seksis’ yang pernah dinyanyikan oleh Anita Sarawak suatu ketika dahulu tapi ini adalah kisah aku.
***

Selepas peristiwa hari itu, aku rasa serba salah. Tiba-tiba aku teringat kembali detik-detik aku meletakkan jawatan sebagai EXCO Ekonomi.

“Arggh! Layakkah aku???”

Aku terbayang wajah-wajah setiap orang yang menelefon dan SMS apabila menerima khabar yang mengejutkan itu. Rasa serba salah menghujam jantungku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak berguna. Pepatah itu sering kudengari daripada sahabatku.

“Ya Allah, adakah aku telah melakukan kesilapan yang besar dengan perletakan jawatan ini? Ya Allah, apakah saat ini syaitan sedang bergembira dengan apa yang telah kulakukan?? Ampuni dosaku ya Allah..”

Tidurku tiada tenang, belajarku tanpa focus meski mata menghadap lecture di hadapan. Seolah-olah berpuluh tan yang harus aku pikul.

“Ya Allah,inikah amanah? Beratnya tak terkata. Andai terluah dengan kata-kata pasti ramai yang mengundurkan diri. Mungkin inilah sebab Imam al-Ghazali menyatakan bahawa yang paling BERAT itu adalah AMANAH”

Kini, persoalan yang sama menguasai fikiranku tetapi kali ini tiada kata dua yang mampu kuucap kerana semuanya adalah daripada undian mereka. Kini tiada lagi pilihan, mungkin inilah kifarah perletakan jawatanku suatu masa dahulu. Jika ketika itu aku masih mampu bersuara untuk tidak mahu berjawatan, maka kali ini tiada lagi pilihan. Lecturer melihat aku sebagai seorang yang layak. Begitu juga rakan-rakan studio yang lain.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” [ al-Ahzab, 33 : 72](sumber)

Baca dan amatilah ayat di atas wahai sahabat-sahabatku. Itulah realiti kita apabila diberi amanah khususnya diriku. Aku khuatir kita semakin jauh daripada-Nya apabila aku yang memikulnya.

Hanya ini yang mampu aku ungkapkan..

Jangan pandang aku dengan dua belah mata kalian,
Aku khuatir pandangan itu meleset di pertengahan jalan,
Jangan kerana DQ aku diutamakan,
Kerna ia hanya di dunia semata,
Namun andai ini kifarah Ilahi,
Maka aku redha dengan keputusan-Nya.

Di awal langkah ini aku memohon,
Atas kekhilafan untuk hari kemudian,
Hanya satu harapan yang kuimpikan,
Agar amanah ini mengembalikan kita ke landasan. 


Friday, October 28, 2011

:: bukan tak nak update ::

Weyh…lama gila aku tak update blog. Sekarang ni macam-macam dah jadi. Maaf la, bukan tak nak update, tapi busy memanjang jek aku sekarang ni. Tak apalah, biar aku share apa yang aku buat sepanjang tak update blog ni. [kalau tiap ari update, jadi diari la jawabnya blog aku ni..ngee~] 

nyum..nyum..rendang terbaik..
Hmm…yang ni projek 1st kitorang, orang lain punya task pergi Kepong, Taman Melawati, Bukit Antarabangsa, mana lagi ek…aku lupa la..hehe



Group aku ni kira beruntunglah sebab group ni jek yang dapat makan dengan responden sebab kami kena cover topik social and community. So, sebab tu kitorang dapat makan, kena pula buat case study time orang buat sambutan hari raya Aidilfitri[walaupun dah nak habis syawal]





Wah..ramainya budak-budak, rasa rindu pula dengan adik-adik aku kat rumah..huhu

[yang pakai baju batik warna merah tu adalah ex-ketua komuniti kat kawasan perumahan ni]



Dah penat bergaul dengan budak-budak, kenalah beramah-mesra dengan warga yang lebih tua pula..n_n


Yang ni rasa menyesal pula sebab tak join diorang tangkap gambar [inilah akibat malu tak bertempat] 


hah..ni antara gambar yang budak-budak group aku paling tak puas hati sebab 50% daripada gambar-gambar yang kitorang tangkap, ada jek aku..tapi style gak pic ni kan???
[angkat-angkat kening..n_n]

Banyak yang aku dapat belajar daripada case study@site visit ni. Antaranya..

1. kena bijak menyusun ayat bila bercakap dengan orang yang baru kita kenal, lebih-lebih lagi orang yang lebih tua daripada kita..[softskill ni yang paling penting untuk akan datang sebab kena ambil hati parents dulu sebelum tuan punya badan..haha - sori, tersengal kejap..hehe]

2. makan tu makan juga tapi jangan sampai lupa matlamat dan tujuan. 

3. kalau berjalan tu, jangan lupa tengok kiri, kanan atau belakang. Manatau ada orang tangkap gambar korang, sempat juga nak pose...hehe







Thursday, October 13, 2011

:: takda keja ::


Sebelum mula, aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua sebab kadang-kadang penyampaian aku agak ‘bersepah’ dan tidak menunjukkan kelayakan aku untuk berkongsi buah fikiran. Korang tak kisah kan..?? kalau korang kisah, takpa, aku tak kisah pun..haha [..just kidding..]
n_n

***

“Waa..untunglah husband sister tu dapat isteri ‘qurratu ain’[penyejuk mata]. Mana nak cari orang macam tu lagi? Zikri, kalau kau jumpa, bagitau aku tau, aku nak buat bini”.
“Itu la. Aku pun baru nak tegur tadi, nak tanya status. Sekali tengok jari, dah ada cincin dah. Memang melepaslah. Alim, kalau kau jumpa gak, jangan lupa aku. Untung kot dapat zaujah macam tu”

Sampai jek kat office tadi, niat aku dan zikri tersasar bila terserempak dengan ‘qurratu ain’. Susah kot nak cari orang macam tu sekarang. Sejuk mata memandang. Lelaki mana nak tolak perempuan macam tu. Memang rugilah lelaki tu melainkan dia dah ada penyejuk mata sendiri.


***

Hah..sebenarnya aku rasa macam nak gelak jek bila ada orang tanya aku kenapa aku takda girlfriend lagi. Itu aku punya hal lah. Bagi aku sekarang ni cukup la untuk jadi member-member jek. Lagipun aku datang sini bukan nak cari bini, aku nak study.



"selalulah perbaharui niat, moga ia tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya"
 :: inspired by hadis 40, 1 : niat ::

Saturday, October 8, 2011

:: 4 September 2011 ::

:: 4 September ::

Segar sungguh udara di subuh hari. Malam ni agak luar biasa sebab macam aku cakap kat post sebelum ni, biasanya malam sebelum flight aku takkan tidur malam tapi tadi aku tertidur sekejap..hehe

Mujur ada orang kejutkan aku meskipun hanya dengan miskol dan sms. Siapakah dia..??haha
Siapa dia tak penting, tapi aku amat-amat berterima kasih kepadanya. Dengan izinNya, aku diberi kemudahan untuk bangun awal dan suap mulut beg baju aku yang terngangah sejak semalam..kalau tak, memang tak sempat aku packing..hee..dah lah flight jam 8.00 pagi, kena ada kat airport 2 jam sebelum flight pulak tu..huhu
***
Waa..sedih lak nak tinggalkan family..hampir 4 bulan bercuti pun tak cukup puas lagi. Adik-adik aku confirm rindu aku dan masakan aku sebab kadang-kadang kalau emak pergi kerja, memang aku yang jadi chef untuk prepare diorang punya bekal dan hantar kat sekolah time rehat. Antara rumah dan pagar sekolah adik aku tak sampai 30 langkah pun. Lagi-lagi time puasa, asal emak aku keluar beli barang persiapan hari raya, memang aku yang kena tinggal kat rumah dan siapkan juadah berbuka meskipun busy dengan aktiviti jual-menjual kat bazaar Ramadhan. Pagi ni, mak aku kejut adik-adik aku yang kecil untuk escort aku ke airport KKIA(haha..escort la sangat). Dari dalam kereta aku asyik fikir pasal diorang je. Rindu..memang aku akan sangat rindu nak dengar suara adik-adik aku..huhu

Pernah dulu time duk PJ, parents aku call sebab aku dah lama tak call. Lepas cakap sikit, adik aku lak nak cakap dengan aku. Sedih kot bila dengar suara adik aku macam nak menangis cakap dengan aku, kena pulak dia tanya aku bila aku nak balik rumah..waa..sedih..=.=


[dear iman n tasyah..jgn nangis2 ya, thn dpn abg balik Sabah abg masak utk kmu lg..]
***
Eh, jauh pulak aku menyimpang dari yang sepatutnya..hah, jangan pulak nak tacing-tacing dengan cerita aku kat atas tu..nanti tak pasal-pasal aku kena lap hingus korang..hehe

Flight aku dijadualkan sampai ke KLIA pada jam 10.30 pagi. So, setapak kakiku malangkah ke stesen bas airport, liar mataku mencari bas ke LCCT sebab ada tugas yang perlu aku selesaikan di sana.

OKTI..aku tak ingat pula OKTI ni stand for apa..hehe..tapi objektifnya adalah untuk menyambut ketibaan anak-anak Islam Sabah yang datang menyambung pelajaran di Semenanjung Malaysia dan seterusnya memberi pendedahan tentang kewujudan Markaz Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sejak tahun 1990 dan bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak Sabah di Semenanjung.

And for the 1st time aku tidur kat airport untuk satu malam sehingga esok pagi sebab dijangkakan esok pagi lagi ramai Sabahan yang akan tiba di LCCT.

“Dalam keseronokan kita membina hubungan sesama manusia, jangan lupa untuk menjaga hubungan kita dengan Allah pula - inspired by Surah Ali-Imran, 3 : 112”

Thursday, September 29, 2011

:: 3 september 2011 ::

Wah..tak sangka pulak, hari ni dah masuk minggu ke-4 aku di kampus ni. Rasa macam nak refresh je detik-detik aku sampai kat sini.

:: 3 September ::

Esok nak fly balik KL dah. Dan aku??? Pergh..macam biasa, maklumlah..masih dalam mood raya. So, malam last tu aku sempat lagi beraya kat umah member walaupun beg masih terbongkang luas tak isi pakaian lagi..plus, parents pun dah bising suruh aku packing..hehe..

Beraya punya pasal, aku postpone packing barang. Dalam plan, aku nak packing esok subuh tak pun tengah malam nanti. Kalau korang nak tahu, biasanya, malam last sebelum flight ni aku memang takkan tidur malam paling kurang pun tidur kejap je(ceh, tidur jugak kn..)

Sebolehnya aku nak hirup udara segar di bumi Sabah ni sepuas-puasnya. Kata orang ajal maut di tangan Allah. Entahlah. Aku selalu berfikiran sedemikian, mungkin agak negative bagi sesetengah orang tapi bagi aku.. The way you think determine who you are. Aku tak ingatlah ni kata-kata siapa..hehe

 :: my beloved family ::

 
:: n_n ::

Terima kasih kepada sahabat dan sahabiah yang turut menceriakan Aidilfitri aku tahun ini, buat sahabat-sahabat yang tak terziarah, kemaafan ku mohon. Sama-sama kita berdoa agar diberi kesempatan untuk bertemu pada masa akan datang. 


Nak tahu apa yang berlaku pada 4 September 2011..??haha
Tunggu ye..I’ll share it to you as soon as possible..
n_n

“Masa takkan pernah menunggu kita. Oleh itu, sentiasalah berpesan-pesan akan kebaikan. Paling kurang pun muhasabah dan memohon maaf akan kekhilafan diri” [ inspired by The Holy Quran, 103 : 1-3 ]

Friday, September 9, 2011

:: Diari Percutian : Mei ::


Episod percutian kini kian berakhir. Hari-hariku semakin suntuk. Masaku makin mencemburui. Hmm..sejenak aku berfikir mengenangkn ibrah di sebalik setiap program2 yang terlaksana sepanjang percutian.

DIARI PERCUTIAN

15 Mei 2011
Allah telah mengizinkanku untuk kembali ke bumi Sabah yang kini sarat dengan program-program dakwah. Pernah sekali, 3 program dijalankan serentak tanpa AJK Pelaksana dan fasilitator yang mencukupi. Meskipun terpaksa bergerak dari satu daerah ke daerah lain, semuanya tetap dilaksanakan kerana ia adalah amanah untuk berkongsi Islam kepada semua lapisan masyarakat.

21 Mei 2011 : Kelas tarannum
Semuanya bermula dengan kelas tarannum di Masjid Negeri Sabah. Berita ini ku terima daripada seorang sahabat yang begitu berminat dalam mempelajari seni tarannum al-Quran meskipun tidak pernah belajar asas tarannum, walaubagaimanapun keinginannya cukup tinggi.  Jauh berbeda dengan aku yang pernah belajar asas tarannum tetapi tidak mengamalkannya. Dan yang paling penting bukan aku yang jadi guru, aku turut serta untuk menjadi anak murid.

27 – 29 Mei 2011
Hmm..seingat aku, weekend ni aku just duduk rumah sementara menunggu panggilan setelah melaporkan diri sedia untuk dikerah bagi mengisi kelompangan aktiviti cuti meskipun lapor diri disampaikan hanya melalui SMS. Selain daripada tu, aku hanya menghadiri kenduri arwah bekas ketua kampung merangkap datuk saudara aku.

 ditulis pada 1 september 2011

Friday, August 19, 2011

:: Ramadhan, Dulu & Kini ::(re-post)

Salam ramadhan semua!! moga pertemuan kali ini menambah keberkatan dalam usaha kita membina ukhuwah dan berkongsi pengetahuan.




"Ramadhan, bulan yang suci"
"Rahmat melimpah dari Ilahi"

Selalu perkataan-perkataan itu terngiang-nigang di ruang minda ini. Bila kita sebut tentang Ramadhan, ramai yang terfikirkan Syawal yang bakal menjelma. Namun, bukan itu yang saya ingin sampaikan pada 'post' kali ini. Sebenarnya, saya tertarik dengan satu peristiwa yang berlaku pada bulan yang penuh 'barakah' ini iaitu...

Peperangan Badar

Kita semua sudah sedia maaruf bahawa umat Islam telah memenangi peperangan ini walaupun bilangan umat Islam dalam peperangan itu hanya 313 manakala pihak musyrikin Makkah pula seramai 1000 orang. Terdapat satu kisah yang amat menarik minat saya semasa peristiwa Badar ini iaitu kisah dua orang pemuda yang bernama Muaz bin Amru dan Muawiz bin Arfa'. Pemuda yang berumur 16 dan 17 tahun yang berjuang di medan Badar...
Abdul Rahman bin 'Auf menceritakan : "aku berada dalam barisan tentera Islam pada peperangan Badar. Ketika aku menoleh, tiba-tiba datang di sebelah kanan dan kiri ku dua orang anak yang masih terlalu muda . Aku bagaikan tidak meyakini keselamatan mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku sambil merahsiakannya daripada temannya. "Pakcik, tunjukkan saya yang mana Abu Jahal". Aku bertanya, "Wahai anakku, apakah yang ingin lakukan padanya?". Anak muda itu menjawab, "Saya diberitahu dia telah memaki Rasulullah s.a.w. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, kalau saya melihatnya, nescaya batang tubuh saya tidak akan terpisah daripada batang tubuhnya melainkan pasti mati salah seorang daripada kami". Kemudian Abdul Rahman menambah lagi, "Aku sungguh kagum dengan sikapnya itu". Kemudian temannya pula bertanya soalan yang sama seperti tadi. Tidak lama kemudian, aku melihat Abu Jahal menaiki kudanya dan aku berkata kepada dua pemuda tadi : "Tidakkah kamu melihat orang itu? Dialah orang yang kamu tanyakan tadi". Lalu dengan segera kedua-duanya menyerbu Abu Jahal lalu memangkas anggota badannya. Kemudian kedua-duanya datang kepada Rasulullah memberitahu berita tersebut lalu baginda bertanya, "apakah kamu telah membersihkan darah dari pedangmu itu?" Mereka menjawab "belum". Lalu baginda melihat pedang mereka dan mengakui bahawa merekalah yang membunuh Abu Jahal.
Muaz bin Amru menceritakan, "aku mendengar riuh rendah suara musyrikin yang melindungi Abu Jahal dan mereka menyatakan bahawa Abu Jahal tidak akan dapat disakiti, maka aku bertekad untuk menyahut cabaran itu. Apabila aku mendapat peluang, aku terus melibas kakinya sehingga hampir memutuskan separuh betisnya. Kemudian, anak Abu Jahal, Ikrimah, datang membalas hingga hampir terputus sebelah tanganku. Lalu aku terus berjuang tanpa menghiraukan tanganku yang berjuntaian dengan kulitnya di sisiku. Sehinggalah aku merasakan tanganku itu menyukarkan pergerakanku, aku bertindak memijak tanganku sehingga tertanggal dari tubuhku. Kemudian Muawiz bin Arfa' datang menyerang Abu Jahal sehingga kaku dan tinggal nyawa-nyawa ikan manakala Muawiz pula terus berjuang sehingga terbunuh."

Itulah kisah yang menarik pada Ramadhan pada masa itu, namun Ramadhan hari ini?Apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ni??

Bila sebut pasal remaja, pasti ada isu buang bayi..rempit..dadah..dan macam-macam lagi..




sama-sama kita renungkan..

Wednesday, August 17, 2011

:: ramadhan kali ini : 2 ::

krik..krik..krik..
malam tu, bunyi cengkerik buat aku kurang senang, ada je makhluk2 y nak mngacau. Nak tido pn payah. Tau la aku punya mesej tone pakai bunyi cengkerik, lpas ni nak tukar bunyi lain pulak.


Inilah hasil gangguan tido malam tadi..da xda keja lain, edit2 gambar je y aku mampu..nk on9, da tgh malam. Gambar da lama edit, tinggal tambah ayat je..hee..alhamdulillah, lpas tu baru dpt tido..tgk tu..ayt aku pn da salah da..hihi..nah ni y btul..baru edit tadi..


Tuesday, August 16, 2011

:: katil bersepah, menyihatkan?? ::

pergh..today I got a case to settle down..memg agak berat..penat..sangat penat..walaupun penat menunggu je tp seyes penat sampai tetido aku dalam bilik menunggu tadi. Malam td mak aku suruh g servis keta, so td aku pn pegi la. Lg pn duk umah kalau xda aktiviti bosan gak. n_n

dipendekkan crita, sblm aku ttido dlm bilik mnunggu tu aku amik la 1 majalah ni..ntah majalah ape ntah..aku main amik je, bajet rajin membaca la..padahal nk tengok gmbr je..hehe..1st think to see when I open the magazine was the contents(xtau btul x english aku tu, da lama tinggal english ni..hehe)..hmm..memg agak bosan tgk tajuk2 dlm tu..aku belek punya belek, ttiba ada 1 kolum citer pasal 'katil bsepah menyihatkan'..menarik kn tajuk tu..??

haha..bruntung la sesapa y malas nk kemas katil..dlm artikel tu, dia cakap, tungau x suka katil y bsepah..sebab panas..kalau panas, encik tungau susah nk idup..mnurut doktor y buat kajian tu, tungau ni adlh salah satu pbawa pnyakit asma n bbrapa pnyakit kulit lain. So, ape lagi..?? jom cegah tungau!! n lpas ni x payah la kemas katil lepas bgn pagi, tghari nanti baru kemas katil..haha
*y tu pn kalau mood mengemas masih ada..hehe

nah..ni tungau utk korg, aku pinjam dr pacik google td..


lpas baca artikel tu aku da igt apa2 da..y aku igt, akak perodua tu panggil aku sbb keta da abis servis..heee

k la, tu je utk ari ni..kes ditutup~

slamat bpuasa~

Sunday, August 14, 2011

:: aku ingin menjadi madu itu ::


Hujan renyai-renyai pada malam itu bukan sahaja membasahi atap rumahku malah ia turut membasahi hatiku. Sayu hati ini mengenangkan peristiwa itu. Resah, gelisah dan serba salah. Sikapku terhadapnya amat mendukacitakan…

*****

“Ok..sahabat-sahabat sekalian, sebelum kita masuk ke slot terakhir. Kalian diminta mencari dan berbincang dengan naqib kalian tentang resolusi sepanjang program tiga hari dua malam ini” kem komanden memberi arahan.

 Aku dan beberapa orang sahabat lagi segera berkumpul setelah dipisahkan ke dalam kumpulan yang berbeza sepanjang program itu. Berkumpul mengikut kampus. Begitulah arahan tersirat yang kami fahami.

Di hujung dewan itu, kelihatan seorang insan yang memang ku kenali. Raut wajahnya cukup menenangkan, keutamaannya adalah kami. Segera kami ke sana bertemu dengannya.

“Assalamualaikum..akh..” tangan ku hulurkan untuk bersalam dengannya. Sebaik sahaja bersalam, tubuhku dipeluk erat sehingga terasa degupan jantung beliau. Pelukan itu telah mengalirkan air mataku..hatiku berbisik..
“ya Allah, perasaan apakah ini?? Inikah yang dimaksudkan dengan persahabatan??”
Tangisan tanpa kata-kata, itulah yang berlaku antara kami.

Selepas beberapa minit duduk menenangkan diri, kami memulakan resolusi. Tidak banyak resolusi yang dikemukakan. Hanya sedikit masa yang kami gunakan untuk memikirkan resolusi. Kebanyakannya adalah mengenai diri kami sendiri, iaitu amalan harian. Qiamullail, solat Dhuha, solat berjemaah, baca al-Quran setiap hari dan lain-lain lagi. Dan seperti biasa, sebelum mengakhiri perbincangan, naqibku akan bertanya dari seorang kepada seorang andai ada kemusykilan.

“akh, sebelum kita bersurai, boleh tak beritahu kekurangan kami sepanjang akhi kenal kami??” salah seorang daripada kami bersuara.

Sebelum menjawab soalan itu, beliau menarik nafas panjang seolah-olah berat untuk beliau luahkan.
“sebenarnya, kalian seperti madu dan juga hempedu..”

 Luluh hatiku mendengar perkataan ‘hempedu’.

“..mungkin sebab kalian kurang tahu perjalanan ana setiap minggu berulang-alik dari kampus ana ke kampus kalian. Kalian selalu bertanya khabar, tapi kalian tak pernah tanya bagaimana perjalanan ana ke tempat kalian dan yang paling ana kecewa adalah bila hanya dua atau tiga orang yang hadir sedangkan ana hanya meminjam 2-3 jam daripada hujung minggu kalian..”

Suasana tenang tadi kembali sedih. Sedih mengenangkan diri yang selalu menjadi ‘hempedu’ tanpa cuba menjadi madu.

*****

Aku risau tidak mampu menjadi seperti ‘madu’ yang diharapkan.

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kuniung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup-suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) - tentang Mu... (jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu, beredarlah sudah siang Mu, inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah Mu maka oleh itu ampunkanlah (dosa) ku.”

Sunday, August 7, 2011

:: aku dah nak bertunang?? ::

Hal ni terjadi lebih kurang tiga minggu lepas..masa tu aku bawa nenek aku pergi klinik..so, secara tak langsung maka berlakulah perbualan antara aku, nenek aku n makcik aku(pengiring la katakan)..

nenek : sampai bila ko cuti lim..??


aku     : sampai lepas raya nek, jgn la nenek risau..slalu gak alim p rumah nenek nanti..


nenek : o0o..ngam la tu. Nanti bole juga nenek minta tolg kalau ada apa2..


aku     : bole bha nek..bgtau jak bila n dimana..insyaAllah bole...(macam gaya rancangn Adik2ku)

dpendekkn cerita tgh best2 sembang dgn nenek..ttiba makcik aku bersuara..

makcik : lim, ari tu kami ada pegi kenduri kawin d kg.petagas. Lpas tu ada sorang makcik tu cakap y ko da nak btunang..ya ka..?? napa ko mau btunang tak btau kami..??


aku       : hah..?? biar betul..?? makcik, saya ni gf pn xda..cmana lak bole ttiba mau btunang..??(terkejut gila aku dgr y aku da nk btunang..risau entah tahap apa...huhu)
tp kalau ya pn dgn siapa??(chewah, td menafikn lpas tu nk gak tau kn sape org tu..hehe)

makcik : sbb tu makcik nak pastikan..da tu..bila ko nk ada gf ni...?? ko tgk c ~!@#$ tu, gf pn da ada..kmu kn sebaya, mustahil la xda gf...sdgkn mkck tgk, ko lagi ok dr dia..

amboi..makcik aku, kali ni mengusik, bukan alang2..makan dalam seyh..soal ati n masa depan ank org lak tu..

aku      : hahaha..tgk la makcik..insyaAllah akn dtg kawin gak tu..sy ni degree pn belum start lg, masa dpn pn blum terjamin..kalau ada gf skrg ni, entah mau kasi makan apa gf saya tu..xkan nk hutang sana-sini..nanti kmu juga y bising..hehe


nenek   : chewah..nmpaknya cm da bole kawin cucu nenek ni...


aku       : haha..ya la nek, kalau sy blum ada gf lg lpas graduate nanti, kmu carikan sy 1 ya n yang pntg suru la c ~!@#$ tu kawin cepat, lama da x makan nasi minyak kluarga tdekat ni...jom, dah smpai ni..hehehe

mujur dah sampai, kalau x, xtau la apa y akn tjadi lepas tu..

n lepas recheck, tanya parents aku n sbgainya..rupanya y nk btunang tu adalah kazen aku..
yeay...i'm free from this prob..kes ditutup..^_~

hah..korang yang da ada kapel tu, kawin la cepat2 ye...n jgn lupa jemput aku lau buat knduri kawin..n_n

Thursday, August 4, 2011

:: ramadhan kali ini : 1 ::

nenonenoneno!!
bunyi ambulance buat aku tersentak, agak-agak bila la aku mau update blog ni..huhu
tp apa kaitan dgn bunyi ambulance..??
*sudah..lupakan

bulan puasa ni korang plan la y terbaik untuk korang eh..

mata,
mulut,
telinga,
tangan,
kaki,
hatta hidung pn kena jaga sekali..jgn main sumbat jak jari tu..hehe
lagi2 hati..bukan senang nak jaga semua tu..

pagi, petang, siang, malam n waktu2 yang berkaitan..sama-sama kita manfaatkan masa yang ada..

ok la..sampai sini dulu..
esok2 kita cerita perjalanan Ramadhan aku untuk tahun ini..
maklumlah..dah lama x bpuasa sebulan penuh kt rumah..last aku puasa penuh kt rumah time darjah enam kot..hee

oh ya..sebelum terlupa, kalau update blog tu jgn lupa selitkan sedikit peringatan, tak kisah la dalam bentuk apa sekali pun. Bulan Ramadhan ni rugi kalau buat post y xda manfaat. Moga2 y sedikit itu selalu diingat n dlaksana. So, scara x langsung blipat ganda la pahala..*mudah2an mcm tu..n_n

Monday, July 25, 2011

:: Ramadhan Bulan Mustajab ::


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ دُونَ الْغَمَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَيَقُولُ بِعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

Daripada Abu Hurayrah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak, pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi. Allah s.w.t. mengangkatnya di atas awan-awan pada hari Kiamat dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Dia berfirman: “Demi kemuliaan-Ku pasti Aku akan memberi pertolongan walaupun selepas seketika.” (Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Khuzaymah, Ibn Majah)

عن عَبْدِ الله بْنِ عَمْروٍ  يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka satu doa yang tidak ditolak. (Ibn Majah, al-Hakim)

قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Ibn Abi Mulaykah berkata: “Saya mendengar ‘Abdullah bin ‘Amr mengucapkan ketika berbuka, ya Allah, aku memohon dengan rahmat-Mu yang maha luas meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkanku.”

Hendaklah orang yang berpuasa merebutkan peluang sebelum berbuka dengan memperbanyak doa dan zikir kepada Allah s.w.t. dengan hati yang hadir dan khushu’ kepada-Nya. Walau bagaimanapun, tidak dikhususkan dengan doa yang tertentu, setiap orang boleh berdoa dengan mana-mana doa yang dihajatinya.

Sebab doa sangat diperkenankan pada bulan ini ialah kerana berhimpunnya pelbagai keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Selain itu, jiwa dan hati orang mu`min lebih suci dan khushu` lantaran penguasaan hawa nafsu menjadi lemah kerana kesan puasa. Dengan berpuasa seseorang itu dapat meninggalkan keinginan nafsunya dan hatinya menjadi bersih. Apabila dia berdoa dengan hatinya yang kosong kegelapan shahwat maka ia lebih khushu’ dan ia dipanjatkan dengan penuh pengharapan kepada Allah s.w.t. Sama ada segera dimakbulkan, disimpan di Akhirat atau dijauhkan musibah daripadanya.

عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن لله عتقاء من النار في كل يوم وليلة ولكل مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap hari dan malam Allah melepaskan orang-orang dari ikatan (api neraka) dan bagi setiap orang Islam pada setiap hari dan malam doa yang diperkenankan.” (al-Tabarani, al-Mu’jam al-Awsat dan al-Bazzar)

Maksud pada setiap hari dan malam ialah pada bulan Ramadan.

عن عبادة بن الصامت أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يوما وحضر رمضان أتاكم رمضان شهر بركة فيه خير يغشيكم الله فيه فتنزل الرحمة وتحط الخطايا ويستجاب فيه الدعاء فينظر الله إلى تنافسكم ويباهي بكم ملائكته فأروا الله من أنفسكم خيرا فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز و جل

Daripada ‘Ubadah bin al-Samit bahawa pada ketika datangnya Ramadan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan keberkatan, padanya Allah s.w.t. melitupi kamu dengan kebaikan lalu diturunkan rahmat, dihapuskan dosa-dosa dan diperkenankan doa-doa, maka Allah s.w.t. memerhatikan kepada perlumbaan kamu dan berbangga dengan kamu di hadapan malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan dari diri kamu (yang kamu kerjakan) kerana sesungguhnya orang yang malang ialah orang yang terhalang dari rahmat Allah s.w.t. pada bulan Ramadan.” (al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin)

Oleh sebab itulah, Allah s.w.t. menyebutkan ayat ini bersama hukum puasa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah al-Baqarah: 186)

Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam al-Baydawi menulis: “Ketahuilah bahawa setelah Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang beriman supaya berpuasa Ramadan dan menjaga hari-harinya serta mengalakkan mereka melaksanakan tugas-tugas membesarkan Allah dan mensyukurinya, maka Allah s.w.t. mengemukakan ayat ini selepasnya yang menunjukkan bahawa Dia maha mengetahui keadan mereka, maha mendengar ucapan mereka, amat memakbulkan doa-doa mereka dan memberi balasan untuk amalan mereka sebagai penegasan dan dorongan.”

Difahami juga daripada ayat ini bahawa apabila seseorang yang beriman itu mahu supaya diperkenankan segala doanya maka hendaklah dia menyahut seruan Allah s.w.t. dengan beriman dengan sepenuh hati dan melaksanakan segala perintah-Nya.

Dalam hadis lain, terdapat juga perintah supaya beristighfar, memohon syurga dan dijauhkan dari api neraka.

و استكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بهما ربكم و خصلتين لا غنى بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله و تستغفرونه و أما اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة و تعوذون به من النار

Hendaklah memperbanyak empat perkara, dua yang menyebabkan Allah reda kepada kamu dan dua yang kamu sangat memerlukannya. Adapun dua yang menyebabkan Allah reda kepada ialah shahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan kamu memohon ampun dari-Nya. Adapun dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah kamu meminta syuga dari-Nya dan kamu memohon perlindungan dari api neraka. (Ibn Khuzaymah)

Waktu yang paling baik untuk beristighfar ialah semasa bersahur dan sebab itu sahur itu mempunyai banyak keberkatan. Antaranya ialah waktu orang-orang soleh berdoa memohon ampun dari Allah s.w.t.

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آَمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (16) الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ (17)

(16.) (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";  (17.) (dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Surah Aal ‘Imran: 16-17)

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (18)

(17.) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (18) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah al-Zariyat: 17-18)



Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk  www.darulkautsar.net

artikel asal : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3122

:: followers ::