Saturday, June 22, 2013

:: flower passion

...assalamu'alaikum...
tak ingat pula sejak bila passion aku terhadap photography semakin membuak-buak
asyik nak snap' je
apa-apa pun, cuba komen sikit..n_n






moga setiap kali kita menatap keindahan sesuatu
yang pertama muncul dalam minda adalah Allah Yang Satu
n_n

Wednesday, March 6, 2013

:: Rindu laa..=.=


Assalamualaikum, 

“Hai awak. Apa khabar? Sihat? Rindu laa..=.=”


Seringkali perkataan dan mimik muka itu diulang. Tidak ku nafikan, menyatakan rasa rindu pada seseorang yang kita sayang sangat melegakan. Terasa sangat puas bila kita dah luah rasa rindu itu. Bagi sesetengah orang, perasaan rindu boleh mengalirkan air mata.
Saat air mata rindu itu mula membasahi pipi, apa yang kita lakukan?

1.    Bergegas ke bilik air untuk memngambil wuduk, kemudian diadukan rasa rindu itu kepada Yang Maha Esa?
2.    Cuba untuk menghubungi orang yang kita rindu itu dan berterus terang menyatakan perasaan rindu?

Kisah rindu seorang best friend

Wahai sahabatku yang baik dan lembut hatinya, 

Aku ada seorang sahabat yang sering merasa rindu. Ya, sangat kuat rasa rindunya. Kalau sehari tidak bertemu, dia akan menghubungi sahabat-sahabatnya meminta nasihat. Apakah yang dia rindu itu? Orang? Bukan!

Dia amat rindukan keindahan susun kata kalimah-kalimah suci dalam Al-Quran. Dia amat risau akan silap memanfaatkan nikmat penglihatan. Dia amat risau akan kematian hati.

Dan aku? Pernahkah aku merasa rindu untuk membaca kitab suci Al-Quran yang melembut dan mententeramkan jiwa itu? 

Adakah aku hanya membiarkan Al-Quran itu tersimpan di dalam almari bak perhiasan nan indah yang menyejukkan mata para tamuku? 

| tepuk dada tanya iman |




:: followers ::