Friday, April 30, 2010

salam imtihan..selamat berjuang..

Allahu Akhbar!
Perjalanan di bumi Darul Quran kian tiba pada noktahnya.
Bahang kerinduan pada biah solehah DQ mulai terasa hangat.
Tambahan pula exam bakal menjelma.

"huh..stress..macamana nak ulang satu Quran ni?"

"ya Allah, Engkau bantulah hamba Mu yang lemah ini"

Apa yang sepatutnya kita lakukan?? yakinlah pada firmanNya yang bermaksud..

"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan."
(surah Ta-Ha : ayat 2)
Ulasan : ketahuilah sahabat sekalian, turunnya Al-Quran bukan untuk menyusahkan kita tapi mudah-mudahan dengan Al-Quran itu kita mendapat kemudahan kerana..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(surah asy-syarh : ayat 5-6)

apa-apa pun..

"SALAM IMTIHAN buat SEMUA SAHABAT YANG BAKAL menempuhi PEPERIKSAAN dan SEMOGA BERJAYA
BIT TAUFIQ WA NAJAH"

Sunday, April 18, 2010

infinity downline dan status


"Lim, di mana kau?"

"On the way pergi Kuala Lumpur (KL) ni"

"Ok. Nanti kau sampai bagitau abang ya. Abang tunggu di area Sogo"

"Ok, beres"

Itulah perbualan yang pernah berlaku pada diri ini pada bulan awal februari tahun ini. Setibanya di KL, saya terus ke kedai buku Pustaka Mukmin sambil menunggu untuk di telefon sekali lagi oleh saudara saya. Tidak lama kemudian, handphone saya kembali berbunyi dan beliau (saudara saya) menyatakan untuk bertemu di kedai makan. Saya terus bergerak ke tempat yang disebutkan. Di sanalah saya mengetahui tentang wujudnya satu multi-level marketing (MLM) yang amat menarik untuk di dengar yang dinamakan 'INFINITY DOWNLINE'.

(gambar hiasan)
Walaubagaimanapun, ada perkara yang mesti saya lakukan sebelum meneruskan penyebaran tentang MLM yang baharu sahaja diperkenalkan iaitu selidik, tanya dan rujuk pada orang yang arif tentang muamalat Islam iaitu Ustaz Zaharuddin melalui laman web beliau iaitu Zaharuddin.net(klik untuk terus ke website beliau). Alhamdulillah, rupanya ada orang yang mendahului untuk bertanya maka saya hanya tinggal menunggu jawapan.

Beberapa hari selepas tu, alhamdulillah sekali lagi kerana jawapan telah pun diberikan dan disampaikan melalui laman web beliau yang bertajuk..
(klik pada tajuk untuk keterangan yang sepatutnya)

Mohon pembaca sekalian menyebarkan dan menilai sendiri.Sampai sini sahaja dahulu, InsyaAllah kita akan bertemu dalam tajuk yang lain.
Sekian.
Wallahu a'lam..

Saturday, April 10, 2010

khatam hafazan : al hafiz atau al habis??



"Akh, mabruk sebab dah khatam hafazan. Sekarang dah bergelar al-hafiz dah, lepas ni bolehlah belanja kami..hehe"

"Syukran, tapi pasal belanja tu tak pastilah..hehe. Kan anta pun dah bergelar al-hafiz lebih awal dari ana"

"Hehe..takde lah, belanja tu gurau je..macam mana perasaan anta sekarang?"

Begitulah antara perbualan pelajar yang telah menamatkan hafazan al-Quran mereka. Jika insan lain gembira dengan khatamnya bacaan al-Quran, maka lain pula bagi barisan pelajar tahfiz. Gembira mengkhatamkan hafazan hingga tak terluah dengan kata-kata malah ada yang gembira sehingga tak terasa air mata bercucuran membasahi pipi sampai ke dagu hingga jatuh bercucuran jatuh ke lantai..subhanallah, alangkah manisnya pengalaman itu.

Walaubagaimanapun, al-hafiz hanya sekadar nama jika hafazan itu tidak diulang dan sentiasa diulang kerana sehari kita meninggalkan al-Quran, seminggu al-Quran meninggalkan kita dan begitulah seterusnya. Lalu, layaklah kita bergelar al-habis sekiranya ini yang berlaku.

teringat kembali pada peristiwa khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, apabila baginda membacakan wahyu yang terakhir dari al-Quran yang bermaksud..

"...hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu sebagai agamamu.."(potongan surah al-maidah:ayat 3)

Subhanallah, pada hari itu lengkaplah al-Quran yang menjadi panduan kita hari ini. mendengarkan berita itu, semua sahabat gembira yang tak terhingga tetapi hanya seorang sahabat yang menangis tatkala mendengarnya, beliau adalah Abu Bakar, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. melihatkan keadaan itu, para sahabat datang mendekati beliau lalu bertanya,

"wahai Abu Bakar, mengapa engkau menangis?"

"sesungguhnya sesudah kesempurnaan itu adanya kekurangan"

Ringkas jawab beliau tapi penuh dengan makna. Ramai yang terkesan dengan jawapan Abu Bakar dan terus menangis kerana telah sempurna dakwah Rasulullah s.a.w membawa ajaran agama Islam dan pastinya baginda akan kembali bertemu Allah. Oleh yang demikian, ingatlah kita adalah pendokong yang akan menegakkan agama Allah, bukan yang menghafaz al-Quran sahaja, malah umat Islam seluruhnya berdasarkan ayat 125, surah an-nahl yang bermaksud..

"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran (teladan) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Justeru, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan hafazan kita kerana amat susah untuk menjaga hafazan berbanding menhafaz al-Quran. Ingatlah, al-habis adalah orang yang meninggalkan apa yang telah dihafaznya tanpa ada usaha untuk mengingatinya manakala al-hafiz ialah orang yang sentiasa mengulang hafazannya dan sentiasa berusaha untuk mengulang hafazannya.

wallahu a'lam..

:: followers ::