Wednesday, June 22, 2011

:: KRIS KK & Sipitang 2011 ::





video


...credit to br. Fadlan for KRIS KK montage & br. Salman for the KRIS Sipitang montage…


Monday, June 20, 2011

:: sepetang di Sipitang ::

“KRIS Sipitang..here we come!!”

Niat dipasang enjin dihidupkan. Deruman kereta Persona yang belum sampai sebulan dikeluarkan itu kedengaran di ruang parkir bersedia untuk bermusafir bersama pemandu dan para penumpangnya. 

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam dan perjalanan pun dimulakan. Jalan raya kelihatan semakin lengang. Itulah realiti di negeri di bawah bayu ini. Suasana agak berbeza dengan Kuala Lumpur.

Eh, macam mau buat cerpen pula…hari tu cerita KRIS KK, kali ini KRIS Sipitang pula. Perjalanan kami ke destinasi mengambil masa 4 jam (lebih 1 jam daripada biasa). Jadi, kami sampai di tapak program jam 2.00++ pagi.

Aktiviti, LDK dan Kuliah Dasar lebih kurang jak dengan KRIS KK. Jadi, dipendekkan cerita..

:: sempat berqailulah di sini & tengok orang memancing ::

credit to br. Fadlan for the pics..

Time balik, singgah sekejap di Kg. Pimping, Membakut. Boleh pulak berlaku jejak kasih di sana bila beramah mesra time ziarah. Rupanya yang diziarah itu punya pertalian darah dengan keluarga aku..(^_~) 

...wallahu a'lam...

:: opick : tiada duka yang abadi ::




                               

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
 Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

susah mau berhenti dengar lagu-lagu opick
tak pernah bosan mendengarnya

Thursday, June 9, 2011

:: 7 Perempuan Bertanya, 1 Lelaki Menjawab ::

alhamdulillah...ku pinjam artikel ini dr kenalan di group FB - cahayafm.net 

*****

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

*****

...wallahu a'lam...


Wednesday, June 8, 2011

:: muslim atau mukmin? ::






:: are we muslim or mukmin?? ::

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [al-hujurat : 14]


SubahanAllah, aku amat terasa dengan ayat ini. Ramai antara kita hari ini ISLAM dan mengaku akan dirinya ISLAM dan meyakini bahawa mereka telah pun berIMAN hanya dengan pengakuan sebagai ISLAM tadi. Walaubagaimanapun, ayat ini menunjukkan bahawa IMAN itu tidak dapat diwarisi. IMAN takkan hadir jika ISLAM itu tidak dijadikan cara hidup dan tidak diamalkan. 

Apa itu mukmin?


seingat aku kalau ikut buku PQS time sekolah menengah dulu, mukmin tu maksudnya
"orang Islam yang mengaku dengan lisan dan membenarkan di dalam hati serta membuktikan dengan perbuatan akan kewujudan dan kesempurnaan Allah serta ajaran Islam". 

Aku dengki melihat mereka yang menemui Iman sebelum Islam. Mereka yang dulunya bukan muslim tetapi bila bertemu dengan hidayah Allah....
Pegangan AKIDAH mereka jauh lebih baik daripadaku. 
Amal IBADAH mereka..subhanAllah..sedaya upaya mereka melaksanakannya dengan sempurna
AKHLAK mereka..masyaAllah..sungguh berbeza denganku yang mengenali Islam sebelum Iman
tapi aku?? dari dulu...astaghfirUllah...

Jangan pernah kita mengaku telah berIMAN andai kewajipan sebagai seorang MUSLIM belum pernah terlaksana

sama-sama kita renungkan di mana kedudukan kita di sisiNYA


*****
Ya Allah
berat tangan ini untuk diangkat dan meminta kepadaMu
Malu mulut ini untuk membicarakan kemahuanku daripadaMu
Ya Allah
aku sedar
tak layak aku meminta
perbuatanku penuh dengan dosa
bicaraku penuh dengan dusta
sungguh banyak dosaku kepadaMu
Ya Allah
ampunkanlah dosaku
kau lembutkanlah hatiku
dengan anugerah kudratMu ini
Engkau limpahkanlah kekuatan 
agar hambaMu yang hina ini
kukuh dalam mendirikan agamaMu
 *****

...wallahu a’lam...

Monday, June 6, 2011

:: KRIS KK 2011 ::

subhanAllah
Maha Suci Allah
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah
Allahu akbar
Allah Maha Besar

Alhamdulillah, Allah telah memberi keizinan untuk menghadiri Kem Remaja Islam Daerah Kota Kinabalu 2011 yang bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

 :: masjid nurul hikmah : pic's link ::

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kem kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang peserta yang sanggup datang dari Miri, Sarawak semata-mata hanya untuk menyertai kem ini.

:: nurudhin bin sabali(baju hitam) : satu-satunya perserta dari sarawak ::

Dia kata dia dapat tahu tentang program ni bila tengok teaser video di youtube. Lepas tu, dia cari lagi maklumat di internet tentang KRIS ini. Dan akhirnya dapat berhubung dengan ajk pelaksana melalui blog Kelab Remaja Ukhuwwah yang mengiklankan poster KRIS KK 2011. Aku kagumi cara beliau untuk mengisi masa cuti. Datang dari Miri menaiki kapal terbang pada hari jumaat dan bertolak balik tengahari tadi. SubhanAllah, aku kagumi caranya mencari Islam. Aku tertanya, di mana aku berada ketika seusia dengannya?

 New World

KRIS kali ini banyak kelainan. Lagu HambaMu menjadi lagu tema. Peserta dibawa masuk ke dunia Palestin. Sungguh, lakonan menjadi sedikit kucar-kacir bila peserta muslimin turut mara ke depan untuk selamatkan pihak muslimin. Nampak di mata, bahawa mereka ambil peduli tentang saudara Islam kita di Palestin apabila mereka bangkit dan memukul dua orang ajk yang melakonkan watak Yahudi. Dari pihak muslimat pula, ada yang memukul dengan paip pvc (sambil menjerit kalimah Allahu Akbar) ketika Yahudi jatuh betul-betul di hadapan peserta muslimat. Mujur tiada kecederaan yang dialami. Kalau tidak, pasti ada yang pulang ke rumah membawa penangan lebam di badan. SubhanAllah, jika aku pada usia mereka..belum tentu aku berani untuk melakukan sedemikian.

Syukran buat sekalian peserta, ajk dan fasilitator…

Ku mohon kemaafan atas setiap kekurangan yang ku lakukan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas KRIS ini terutamanya Syahmi, yang menjadi mangsa ‘lempangan halilintar’ tangan kananku semasa lakonan dalam slot ‘New World’.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus kuat dalam memperjuangkan Islam di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

 
:: teaser ::


...wallahu a'lam...

:: followers ::