Thursday, March 31, 2011

:: just a simple view about tsunami ::


Alhamdulillah, dengan nikmat masa lapang dan kesihatan yang Allah beri, aku berkesempatan untuk meng-update blog yang entah apa-apa ni. Bersyukur ke hadrat Ilahi, keranaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.


Tsunami, isu yang menghangatkan dunia akhir-akhir ini. Sebelum ini pihak meteorologi dunia ada memberi amaran kepada semua tentang perubahan jarak bulan yang semakin mendekati bumi. Pelbagai persediaan yang dilakukan bagi menghadapi bencana di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, hanya Allah yang lebih tahu akan apa yang berlaku.


Menyingkap ibrah di sebalik peristiwa tsunami ini, my lecturer of Basic Theme of Quran, Ust Jasri told us that tsunami incident was just a small disaster compared to what happened to Prophet Noah 'alaihi salam and his people. Maybe the disaster is different but the element involved is still the same, water, it can be useful and vice versa.


Apa yang tercatat dalam al-Quran tentang kaum Nabi Nuh a.s?


[28]
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
[29]
Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
[30]
Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
[31]
Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim".
[32]
Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
[33]
Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
[34]
Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".
[35]
(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
[36]
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
[37]
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
[38]
Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
[39]
Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak".
[40]
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
[41]
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[42]
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
[43]
Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
[44]
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
[45]
Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".
[46]
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
[47]
Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".
[48]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya".
[49]
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Hud [28-49]
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
Surah Nuh [28]

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran atas setiap bencana yang menimpa di sekeliling kita.


…wallahu a'lam…

Tuesday, March 22, 2011

:: SRI Al-hafidz ::


Alhamdulillah, berpaksikan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud...


"siapa yang menghendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu, siapa yang menghendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendakkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu"


Sekolah yang telah lama ku impikan kini telah pun bertapak di Sabah. Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz Bandar Sierra telah pun dibuka sejak awal tahun 2011. Sambutan terhadap sekolah ini adalah diluar jangkaan dan sangat memberangsangkan. Sebuah sekolah yang bukan sahaja menumpukan pembelajaran terhadap al-Quran, malah juga menumpukan pembelajaran terhadap akademik. Dengan mengadakan sesi hafazan al-Quran pada sesi pagi dan pembelajaran akademik pada sesi petang, insyaAllah ilmu ukhrawi dan duniawi dapat diseimbangkan dan diterapkan di dalam diri setiap pelajar meskipun mereka hanya bersekolah rendah dan tidak tinggal di asrama.

antara kemudahan yang terdapat di SRI Al-Hafidz





Sambutan yang amat menggalakkan terhadap sekolah tahfiz ini menyebabkan jumlah pelajar terpaksa dihadkan berikutan penempatan yang tidak mencukupi. Sekolah tahfiz dan akademik yang pertama di Sabah ini hanya bermula dengan sebuah kelas. Walaubagaimanapun, pengorbanan demi pengorbanan dilakukan dan insyaAllah sekolah ini sedang mengumpulkan dana untuk membeli blok bangunan baru bagi menempatkan lebih ramai pelajar di sekolah tahfiz ini. 





15 Mac lepas, aku diajak oleh seorang senior, saudara Azizul Julirin, untuk bersama membantu beliau menyampaikan slot ceramah di sekolah tersebut dalam sebuah kem yang dinamakan 'Kem Smart Tahfiz'. Dalam perjalanan ke sana Abg Azizul menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan sekolah ini. SubhanAllah, mendengar sejarah pengorbanan seorang guru dari Pulau Banggi yang bercuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk menubuhkan sekolah ini dan ini membuatkan aku lebih teruja untuk pergi ke sekolah tahfiz itu bukan sahaja untuk bertemu dengan peserta kem itu yang disertai oleh pelajar yang berusia antara 7 hingga 12 tahun(79 muslimin, 54 muslimat), malah bertemu dengan pengasas sekolah itu. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan ini.





Sememangnya sekolah seperti inilah yang ku impikan sejak sekolah menengah dahulu kerana Sabah amat memerlukan mutiara-mutiara yang mempunyai pengetahuan al-Quran untuk menyampaikan Islam. Semoga apa yang diusahakan mereka ini dipermudahkan Allah.



sumber gambar(klik)

p/s : Sumbangan dana boleh salurkan ke...

BIMB          : 100-160-100782-10 
MAYBANK    : 560 214 005 477


maklumat lanjut : 019-8560679 


...selamat beramal...

n_n


...wallahu a'lam...

:: kesaksian diri ::


Bismillahirrahmanirrahim..

 

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (surah Yaasin : 65 )


 

SubhanAllah, indahnya al-Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat ayat-ayat tentang hukum, sirah dan ilmiah malah terdapat juga ayat-ayat mengenai alam ghaib. Ramai ulama berpendapat, bahawa ayat ini adalah antara persoalan di alam barzakh kelak..


 

Astaghfirullah..sedikit kesal di hati ini kerna bagi yang ingin menyampaikan Islam, sebenarnya tiada sebaik-baik rehat melainkan rehat di alam barzakh. Itulah sedikit pelajaran yang dapat ku pelajari pada musim cuti kali ini. Kekosongan di dalam hati pula semakin terasa. Persoalan tentang kesaksian diri semakin menghantui ruang benak fikiranku. Seringkali aku bertanya pada diriku..


 

Ketika ku meneliti tangan ini, hati kecilku bertanya..

"ya Allah, berapa banyak sumbangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua tangan yang telah Kau anugerahkan kepada ku ini untuk dikorbankan di jalan agama Mu"

Dan hati kecil tadi jugalah yang menjawabnya, "..amat sedikit dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas mati nanti.."


 

Ketika mata merenung kedua kaki, hati kembali bertanya..

"ya Allah, di manakah kaki yang Kau anugerahkan ini selalu melangkah.."

Dengan sayunya, hati itu juga menjawab,

"..lebih banyak ke tempat-tempat yang tidak mendatangkan faedah kepada jasmani dan rohaniku.."


 

Ketika tangan mula menyentuh telinga, hati ini bertanya lagi..

"wahai diri, sebanyak mana peringatan tentang mati yang telah kau dengari.."

Hati tadi menjawab lagi..

"terlalu sedikit untuk menampung kekosongan di jiwa ini.."


 

Kemudian, tubuh ini bergerak ke cermin..

"wahai mulutku, sebanyak mana ucapan yang bermanfaat telah kau sampaikan.."

Hati ini tidak jemu menjawab sejujurnya..

"terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan setiap teguk air yang diminum"


 

Mata yang tadinya memandang mulut melalui cermin, kini beralih ke mata..

Ku renung anak mataku yang sedang berkaca ini sedalam-dalamnya..

"ya Allah, alangkah ruginya aku.."

"mata yang Kau berikan kepadaku ini ketandusan kalimah-kalimah al-Quran Mu Ya Allah.."


 

Kemudian, sekali lagi tanganku bergerak menyentuh dada dan bertanya..

"wahai iman dan mata hati, apa khabar kalian hari ini??"

Hati yang buta ini menjawab,

"wahai peminjam hati, tahukah kau bahawa iman dan mata hatimu semakin nipis dan gelap.."


 

"ya Allah, sungguh banyak aku menzalimi setiap anggota tubuh yang Kau pinjamkan kepadaku ini. Alangkah zalimnya aku sehingga baru kini ku sedari kekosongan dan kegelapan yang sedang menguasai diriku ini, apatah lagi hati ini…Wahai mata, telinga, mulut, tangan dan kaki..maafkanku kerna menzalimi kalian, aku tahu aku sering hanyut di bawa arus kemodenan ini. Wahai iman dan hati, maafkan aku kerna perilaku ku menggelapkan kalian..wahai setiap anggota tubuh ini, kalian bantulah aku menjawab persoalan-persoalan di alam barzakh kelak. Kalianlah yang menjadi saksi setiap gerak geri ku di dunia ini ketika malaikat Izrail datang memanggil dan ketika malaikat Munkar dan Nakir datang bertanya ketika ku berada di alam kubur nanti"







"ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku menempuh dunia ini dan jauhkanlah aku dari penyakit wahn"






 ...wallahu a'lam...

Friday, March 11, 2011

:: ada apa dengan post kali ini?? ::

     Entah sampai bila bosan nak menyerang diri ini. Setiap kali dia datang, mesti aku macam ni. Masuk bilik, buka laptop dan mula menaip.


“BOSAN, pergi kau dari sini, tak habis-habis nak kacau aku. Kau bukan tak tahu yang aku tak suka kat kau. Buat apa lagi datang tempat aku?? Nyah kau dari sini…pergi!!!”


...krik...krik...krik...
(bunyi cengkerik)

Ada apa dengan post kali ini??

“ada apa bha dengan post kali ini?”

Kadang-kadang aku terhibur melihat kawan-kawan berusaha untuk berinteraksi dengan aku dalam bahasa Sabah walaupun aku tidak berdialek Sabah dengan kawan-kawan aku. Perkataan ‘bah’ @ ’bha’ sering menjadi mangsa. Ish..ish..ish..kesian ‘bha’.

So, what do you expect from me tonight?? Do you want to learn to speak like Sabahan??

Haha..jom, kita belajar cakap Sabah. 

Hmm..bila la aku nak tawan puncak Kinabalu ni???


The 1st word is ‘bha’. Have you ever thought how to use it properly? Sebenarnya, banyak sangat fungsi dan penggunaan perkataan ‘bha’ ni. Mungkin boleh juga aku kata ‘bha’ ni perkataan serbaguna.  Antaranya…

1 – digunakan di bahagian hadapan untuk menyatakan persetujuan (lebih kepada ‘ok’). Contohnya…

bha, kau tunggu aku di sana”
bha, nanti kalau kau sampai bagitau aku”
bha, esok la kamu datang ya”

2 – digunakan di bahagian pertengahan ayat. Hmm..yang ni bergantung dengan mood…
(yang ni dalam situasi memerlukan@meminta untuk sesuatu@ seolah memujuk)

“minta maaflah, sebab aku terlampau tension bha tadi”


“aku makan bha sekarang ni. Nanti kalau aku mau sampai sudah, aku miss call”

Kalau di KL, lebih kurang macam ni la bunyinya…

“aku tengah makan la sekarang ni. Jap lagi aku sampai, aku miss call”

3 – kadang-kadang boleh juga guna kat belakang. Yang ini biasanya diguna bila mood yang kurang baik, mungkin lebih kepada menyatakan keletihan.

(contoh situasi..)

Si A tak dapat selesaikan soalan yang sama berulang kali, lalu si B dengan letih dan sedikit tensionnya,

“macam gini bha...(pot pet pot pet)..tu pun tak dapat..”


4 - digunakan sebagai penyeri bahasa...


"betul la bha ni" = "betul lah ni"


:: akan ditambah dari semasa ke semasa (kalau rajin) ::n_n

***
The 2nd word is ‘ndak’...

Seorang guru perempuan dari semenanjung baharu sahaja posting kat Sabah bertanya kepada anak muridnya yang pure Sabah sebelum tamat kelas...

“Sazali, kamu ada nak tanya apa-apa tak?”

Ndak la cikgu”

“ok, silakan”

Si anak murid pelik dan tertanya-tanya.

“Sazali, tadi kamu kata nak tanya sesuatu”

Ndak la cikgu”

“Ok, silakan”

Si anak murid bertambah pelik. Guru tadi menunggu sehingga muridnya berdiri dan bertanya. Setelah lebih 5 minit, anak muridnya tetap tidak bertanya, guru itu terus bengang dan keluar kelas kerana dia rasa seolah-olah dipermainkan oleh anak muridnya.

Si anak murid berasa serba salah. Balik dari sekolah, dia datang kepada seniornya yang berasal dari semenanjung dan menceritakan dari A-Z tentang apa yang dah berlaku. Senior itu tergelak mendengar cerita itu dan meminta juniornya untuk meminta maaf atas apa yang dah berlaku kepada guru baharu itu. Oleh sebab terlalu segan, si anak murid tadi memutuskan untuk menulis surat memohon kemaafan.

Keesokan harinya, setibanya guru itu dari mesyuarat dan masuk ke biliknya, dia mendapati ada sepucuk surat yang dilipat kemas di atas mejanya. Lalu dibuka dan dibacanya dengan teliti…


Usai membaca surat itu, guru itu tersenyum sendirian memikirkan peristiwa semalam.n_n

...semoga dapat belajar sesuatu yang baharu...

...wallahu a'lam...

Thursday, March 10, 2011

:: ku merindukanmu ::

Aku masih ingat lagi saat kali pertama aku bertemu denganmu di kelas bernama Ibnu Jarir. Walaupun kau hanya diam, tapi tahukah kamu bahawa masa tu aku amat bencikanmu. Aku pun tak tahu kenapa, namun rasa benci itu aku pendam dan ku simpan dengan harapan tiada siapa yang tahu, walaupun kadang-kadang aku luah di dalam kelas. Aku sering merungut tentang kamu, itu tak kena ini tak kena tapi kamu tetap membisu seolah-olah mengizinkan apa yang kulakukan. Maafkan aku atas kesilapan itu.

Sehinggalah hujung tahun 2005, masa tu baru aku kenal kamu sebenar-benarnya walaupun masa tu aku sudah tidak lagi sekelas dengan kamu. Rasa benci itu bertukar menjadi mahu. Mahukanmu, mahu tahu akan kamu dan salasilahmu. Rasa mahu yang boleh ku katakan cinta, meskipun aku tahu cinta itu buta. Walaubagaimanapun, tak berani aku luahkan rasa hatiku kepadamu. Ku rasa aku masih belum cukup kuat untuk meluahkan rasa hati ini.

Hari silih berganti sehingga tamat PMR ku duduki, kehadiranmu menghiburkanku dan pada masa yang sama kamu juga menjadi sebab untuk aku cemerlang dalam PMR itu. Semenjak hari itu, aku amat pasti kamu tahu tentang perasaanku terhadapmu meskipun aku hanya mendiamkan rasa hati ini. Aku semakin seronok bila bersamamu. Namun, kita terpaksa berpisah bila SPM mendatangiku. Kamu ku tinggalkan selepas SPM ku akhiri. Kita sama-sama menyendiri, hanya berkomunikasi bila saling merindui. Sebenarnya, post ini ku tujukan khas buat kamu kerana aku sudah tidak sanggup lagi dibebani rasa rindu.

Baru-baru ini, sekali lagi aku melangkah ke sekolah tempat kita bersama meluangkan masa. Niatku hanya ingin bertemu para murabbi yang telah banyak berkorban untuk aku, kamu dan yang lain-lain, dirimu langsung tidak terlintas di fikiranku. Namun, semakin dekat jarakku dengan bangunan sekolah, semakin kuat perasaan rinduku padamu kerana di situlah tempat aku mengenal akan dirimu.

Aku mahu kamu tahu, bahawa aku sentiasa ingin bersamamu sepanjang masa. Dan hari ini, aku mahu semua orang tahu bahawa aku amat merindui dan menyayangimu BAHASA ARAB… 



Belajarlah bahasa Arab kerana 3 perkara :

           1)     Bahasa Syurga
          2)     Bahasa Al-Quran
          3)     Bahasa Dakwah Rasulullah







...wallahu a'lam...

Thursday, March 3, 2011

:: terasing ::

    Sedang aku asyik belayar di dunia maya internet. Aku terjumpa satu video menarik dan ingin aku kongsikan kepada semua..






"semoga bermanfaat buat semua sahabatku"

...renungkan dan bersama-sama kita bermuhasabah...



...wallahu 'alam...

Wednesday, March 2, 2011

:: sinan : the great architect ::

video

Siapakah yang akan menggantikan beliau?



moga menjadi inpirasi kepada diriku dan sahabat-sahabat yang berada dalam bidang apa jua bidang sekali pun



...renungkanlah...




...wallahu a'lam...

:: followers ::