Sunday, December 26, 2010

...golf kehidupan...

....Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


 Golf, satu sukan yang tidak asing di terlinga kita. Walau tak pernah main tapi kita selalu dengar. To tell the truth, I'm really interest with golf. Why??
 Hmm...in my view, golf is like our life. Kalau main golf, nak tak nak, kita kena masukkan bola golf ke dalam lubang dengan kayu golf. Bagi yang masih baru, kita kena tahu dan ingat jenis dan fungsi setiap kayu golf yang kita gunakan. Am I right? Bila seorang pemain golf masuk padang, dia akan sentiasa cuba masukkan bola golf ke dalam lubangnya, tak kisahlah berapa banyak kali dia pukul bola tu, yang penting masuk.


   Macam tu lah juga dalam hidup kita ni, kita punya impian dan matlamat yang mesti kita capai sama macam pemain golf tadi yang bermatlamat memasukan bola golf ke dalam lubang. Nak merealisasikan matlamat tu, kena ada strategi dan strategi itu tidak cukup kalau kita hanya ada satu strategi, kena ada strategi lain. Betul tak? Sebab tu kayu golf ada banyak jenis tapi tujuannya tetap sama iaitu digunakan untuk memukul bola golf menuju lubang golf yang kita sibuk ceritakan tadi. Dan cara nak pukul pun kena ada teknik, postur badan pun kena betul sekali. Apa pula kaitan dengan postur badan ni?hehe..maksudnya, tak kisahlah keadaan kita macam mana, susah, sederhana atau senang, yang penting kita berusaha untuk capai matlamat tu. Haha..semua ni lah yang menarik perhatian saya terhadap sukan golf ni..(walaupun tak pernah main..hehe)

...wallahu a'lam... 

Tuesday, December 7, 2010

...muhasabah Hijriah ku...

:: taubat : opick::



wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu


wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku


ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa


Ya robbi, ijinkanlah 
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu


ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa


berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...


dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku..


:: taqwa : opick :: 



Laaillahailallah 8x


Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku


Laaillahailallah 8x


Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku


Allah Allah Allah


Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Allah (Laaillahailallah)


Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Allah 2x


(Laaillahailallah)
Jagalah ya Allah
Laaillahailallah

Salam Hijrah semua!!

Hmm...start maghrib semalam, kita dah masuk tahun Hijrah yang ke 1432...tak sangka kan??
jauh kaki melangkah...
yang ke berapa entah,
pantas masa berlalu...
pantas mana pun aku tak tahu,
cuma satu yang aku pasti...
iaitu MATI yang kian menghampiri,
ISLAM yang diaplikasi...
tak ke mana dan masih di sini,
bila 'bijaksana' ku cari...
rupanya aku still BIJAKSINI,

tetiba teringat satu rangkap lagu...
bukan samson - 'kenangan terindah',
tapi nazrey johani - 'kenangan indah'...

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru Islam

semoga dengan Hijriah kali ini, 
paradigma dibaiki dan dikemaskini,
agar kita tak merasa rugi,
bila datang Hijri yang satu lagi...

...wallahu a'lam...





Sunday, December 5, 2010

...kenangan indah...

Assalamualaikum semua~

I just want to share this song lyric because sometimes I can't stop listening this song.



Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi


Zaman Nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panas yang membakar lawan



Di celah itulah kita mengatur langkah
Membina semula ukhuwah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam



Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah

Agar terbangun dunia baru Islam

Artist : Nazrey Johani
Album : Syahadah

 Hopefully you enjoy this song..n_n

...wallahu a'lam...

Thursday, December 2, 2010

...antara f-a-b...

     Salam pertemuan semua..

Antara f-a-b...hmm...apa yang korang fikir bila aku guna term 'f-a-b' ni??

Mungkin ada yang berfikir bahawa aku sedang cuba untuk buat promosi sabun fab macam kat tv yang kita selalu tonton tu. Maklumlah, sebut f-a-b, majoriti akan fikir sabun cuci tu. Ikut koranglah nak fikir macam mana..n_n
ni korang punya sabun ye..

Sebenarnya aku suka dengan akronim f-a-b (facebook - aku - blogger) sebab melaluinya aku dapat ramai kenalan, dapat berhubung dengan sahabat lama, boleh share itu ini dan banyak lagilah(mesti korang pun sama kan?) Dan tanpa aku sedar dah ramai kawan-kawan aku yang dah ada blog apatah lagi facebook. Direct to the point, macam-macam yang boleh terjadi dengan kedua-dua ni sebab dua-dua adalah social network, mungkin blog tak seperti facebook yang punya fungsi lebih meluas siap boleh main game lagi. Best sangat ke main game kat facebook ni? Aku tak pernah try pun.




Hmm..dalam kebanyakan yang merasakan social web ni memberi manfaat, ada juga yang mendapat musibah. Akhbar Metro hari ini melaporkan bahawa social web antara punca runtuhnya rumah tangga(link). Yang tu dari buku-muka(facebook), laporan akhbar yang sama gak melaporkan perkara yang lebih kurang tapi yang ini pula soal akidah (melalui bacaan aku semalam, lebih kurang macam tu lah - kalau aku silap, mohon diperbetul) dan disampaikan melalui blog (nak link gak ke? hmm..-link-).Kadang-kadang aku sendiri jadi pelik, macam mana perkara sebegini boleh terjadi. Nak salahkan siapa? Benarlah firman Allah yang bermaksud..

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (dua jalan); kejahatan dan ketakwaan. Sungguh! Beruntung orang yang menyucikannya (jiwa). Dan sungguh! Rugilah orang yang mengotorinya.”—Surah Al-Syams


So, apa pendapat kalian pasal ayat al-Quran tu? Renungkanlah ye, lagi pun masing-masing dah mumaiyiz (boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk) Dah, cukup untuk post kali ni. Kalau aku cakap banyak, lain jadinya nanti. Aku harap kita dapat ambil ikhtibar daripada kedua-dua link. Moga post kali ini ada manfaat..



"ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami jalan yang lurus"


...wallahu a'lam...

Thursday, November 25, 2010

...kambing...

     salam alam maya semua!

   Hari ini aku nak share sesuatu yang amat menarik perhatian aku. Terkejut berbaur lucu pula aku rasa bila terbaca berita pasal pasangan suami isteri yang hidup serumah dengan kambing yang terpampang di dada akhbar Harian Metro hari ini(link). Benda ni buat aku teringat dengan kisah Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi utusan Allah atau dengan bahasa yang lebih mudah kita panggil 'rasul' Allah. Ramai yang tahu bahawa banyak hikmah yang tersurat semasa baginda s.a.w menjadi seorang penggembala kambing, apatah lagi yang tersirat. Antaranya ialah..
...aku kutip dari Metro...
 01 - melatih baginda s.a.w untuk lebih sabar...
    Kampung aku kat Sabah tu pun ada kambing gak tapi taklah banyak macam dulu. Bagi korang yang tak tahu, kambing ni...huh! payah nak faham dia punya perangai(maklumlah binatang..hehe). Bila dah masuk kebun orang, jangan harap kambing-kambing tu nak keluar lebih-lebih lagi kebun buah dan bunga, kesian aku tengok pak cik mak cik aku yang kena berulang-alik halau kambing, kalau seekor boleh tahan lagi, ni tak, sekali masuk kebun, boleh buat team volleyball. Hah, macamana nak handle tu? Nasib baik la kambing tu milik saudara sendiri gak, kalau tak mesti dah buat kenduri kari dan panggang kambing. Hmm...korang pun mesti tahu pasal ni kan? Selepas Rasulullah dilantik sebagai rasul, macam-macam ujian yang baginda hadapi. Antaranya peristiwa baginda dibaling dengan batu ketika cuba menyampaikan Islam di Thaif, satu peristiwa yang cukup buat aku terharu dengan sifat baginda yang kita panggil 'sabar'. Masa tu, Rasulullah didatangi oleh malaikat yang menjaga bukit dan malaikat ni pun bertanya sama ada mahu dihapuskan penduduk Thaif ataupun tidak, kalau aku diberi pilihan seperti itu, pasti aku akan cenderung untuk memilih 'hapus', tetapi baginda memilih untuk tidak menghapuskan malah mendoakan agar ramai tokoh yang akan lahir dari negeri yang bernama Thaif itu. Dan doa itu dimakbulkan Allah dengan lahirnya ramai golongan intelektual dari tempat tu selepas kewafatan baginda.


02 - melatih Rasulullah untuk lebih berstrategi...
   Hah, yang ni pula mengingatkan aku time kat DQ dulu, time petang-petang confirm kawasan belakang hostel blok A tu penuh dengan kelibat bakal-bakal bintang bola sepak yang beriadah (ya la tu, ada gak yang selalu sepak angin..n_n). Mentang-mentanglah lapang, kami buat macam padang. Time mula-mula masuk sana dulu, kami tengah khusyuk main bola tetiba ada bunyi lembu. Korang jangan macam-macam, lembu tu tengah balik rumah secara berjemaah tau? Tak jauh dari kawanan lembu tu kami nampak ada seseorang tengah memerhati lembu-lembu tu balik sambil menunggang motosikal (dulu adik aku cakap benda tu motorbasikal..n_n)  dengan macho iaitu penggembala lembu tu. Mujur lembu kat luar pagar, kalau kat dalam mesti ada yang dah mulakan langkah seribu. Bila difikirkan balik, macam mana pak cik tu boleh buat lembu-lembu yang banyak tu balik sendiri? Apa yang aku pasti, pak cik tu mesti ada strategi untuk buat lembu-lembu tu balik sendiri. Dan yang lebih pasti, Rasulullah dah menghadapinya sebelum baginda dilantik menjadi utusan Allah. 

...padang belakang...

tendang bukan sebarang tendang,
sekali kena terajang boleh jadi rendang.

 ...jom main bola...

    Satu lagi, bila sebut pasal kambing dan lembu yang tergolong dalam binatang al-an'am(ternakan) ni, teringat pula aku dengan ayat 179 dari surah al-A'raaf  yang bermaksud..
    "Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia, mereka memiliki hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) mereka seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang lengah."

    Kepada kawan-kawan pembaca, harapnya dapat kongsikan lebih dari yang aku post ni. Lagipun kan korang gak yang cakap 'sharing is caring'. So, jangan kedekut nak share ilmu yang semakin disampaikan semakin bertambah..n_n

...wallahu a'lam...

Tuesday, November 23, 2010

...eastern vs western...

    is sharing means caring?

    hmm..entahlah, yang penting aku nak share sesuatu buat semua. Aku tak pasti sama ada perkara ni bermanfaat atau tidak tapi harapnya bermanfaat. Pejam celik, study punya study, tak sangka aku dah masuk semester kedua dan tinggal satu sem lagi kat sini. Kalau student Melayu kat sini cakap, sem terakhir yang akan aku ambil tu adalah short sem. Contact hour diganda dua. Hmm...macam berat pula aku rasa. Apa-apa pun dalam study tak boleh tension-tension, nanti payah nak study. Eh, banyak pula aku cakap. Mujur blog ini didaftarkan atas nama aku..^_^

    Berbalik kepada apa yang ingin aku share. Semua bermula bila aku punya masa kosong yang aku kira banyaklah juga lebih-lebih lagi hujung minggu (padahal setiap hari kelas start jam 8 pagi dan habis jam 5 petang kecuali hari khamis, selasa pula sampai jam 7 petang). Mungkin sebab tu aku terpengaruh dengan hobi kawan-kawan aku ni. Apa-apa pun Alhamdulillah sebab aku masih mampu control pengaruh ni. Ni drama 'God of Study' atau 'Master of Study' la yang start ni.

 ..god/master of study..

   Time tingkatan 5 dulu, cikgu fizik ke admath? maaflah cikgu, saya lupa cikgu ajar subjek apa tapi yang penting cikgu tu suka pasang drama yang punya jalan cerita lebih kurang macam GoS gak (mujur time SPM fizik dan admath aku tak kantoi..n_n). Tajuknya 'Dragon Zakura', tapi DZ ni drama Jepun n GoS ni pula drama Korea. Ish..ish..ish..macamana aku boleh sangkut gak kat cerita Korea dan Jepun ni.. Aku sendiri pun pelik. 

..dragon zakura..

   mungkin ini sebab aku kurang minat layan cerita western

01 - adult part
   In my view, eastern drama is much better than western. Ada orang tengok drama KnJ ni sebab pelakon yang hensem, comel dan gaya penampilan. Bermula dari hujung rambut sampailah hujung tapak kasut, semua nak tiru. Kalau ada lagi lepas tapak kasut tu, mesti tak nak lepaskan peluang untuk tiru gak. Tu lah antara sebab ramai yang nak tiru penampilan artis KnJ terutamanya gaya rambut. Pakaian pun style~ semacam (sampai kawan-kawan aku pun nak juga style macam Suzuran dalam cerita Crows Zero tu). Dan yang paling penting, bagi aku kalau ikut setakat yang aku tengok, eastern drama ni tak ada la part 18 macam dalam vampire diaries, gossip girl dan banyak lagi yang malas dan geli nak sebut. Kawan aku pernah bagi aku satu cerita western, katanya best. Jadi, aku pun try la. Disebabkan intro yang menarik, semangat aku berkobar-kobar nak tahu jalan cerita yang dikatakan best tu tapi lepas lebih kurang setengah jam tengok episod pertama, semangat aku hancur macam hancurnya gelas yang aku terpijak bulan Mac lalu. Dah lah aku terpijak gelas sampai pecah, doktor pula bagi 12 jahitan kat kaki aku. boleh pula ada part 18 dalam 1st episod. 

02 - season 
   Ni juga la antara sebab aku kurang berkenan dengan drama western ni. Aku ingat, last episod tu betul-betul last, rupanya 'last but not least', ada lagi season yang baru. Kesian aku tengok kawan-kawan aku yang dah bersusah payah menunggu untuk download episod yang baru. Akhirnya, kena terus menunggu untuk musim yang baru pula. ish..ish..ish..

03 - tak faham
   Aku ingat lagi, dulu aku suka tengok cerita Alias (aku pun tak ingat sama ada time sekolah rendah atau sekolah menengah - maklumlah dulu rumah aku takda benda ajaib yang bernama ASTRO macam kat rumah korang tu). 7 episod awal, layan~..tapi bila dah terlepas satu episod, fuh!! payah sangat nak faham episod seterusnya. Lebih-lebih lagi cerita Lost yang selalu ditayangkan kat AXN tu, tak payah tanya aku lah, langsung aku tak pernah faham cerita tu. 

   Korang mesti pelik macamana aku tahu benda-benda macam ni, lebih-lebih lagi sebab pertama. Itulah guna masa lapang aku, ada masa kosong, lawat bilik orang dan lagi best bilik yang tengah layan drama. Hasil dari banyak-banyak drama tu lah aku terdetik nak share pasal benda ni.

    Sebagai tambahan, kepada yang belum tengok GoS, carilah cepat-cepat sebab banyak tips study yang aku dapat dari drama tu. And you'll know that study is more important than love.

"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
(al-'alaq : 1)

Last but not least, minta maaf kepada mana-mana pihak kalau ada yang 'terasa' dengan post kali ini dan kepada sahabat-sahabat yang terlibat dengan exam...
    

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM!!
..semoga Allah beri kemudahan sepanjang peperiksaan, selepasnya dan sampai bila-bila..

..wallahu a'lam..

Friday, November 19, 2010

...dekat di hatiku...



:: dekat di hatiku : nazrey johani ::



Hatiku kembali tersentuh
Membisik untuk pulang ke sana
Di balik pergunungan itu
Di laman kedamaian kita

Biarpun ku jauh di sini
Namun tak pernah lupakanmu
Itulah sebagai tandanya
Hiasan sanubari ini
Hanya kau yang amat ku sayang

Andai kau dengar lagu ini
Walau di mana dikau berada
Yang hidup atau yang telah tiada
Mengertilah wahai saudaraku
Dikaulah yang amat ku rindu
Yang ku sayang buat selamanya

Tapi apalah daya diriku
Tak terucap lagi di bibir
Walau air mata mengalir
Ku tabahkan demi mereka
Kerna ku tahu ku kan pulang jua


  


 ...medan juang...

hati ini semakin tertanya, apakah khabar keluarga, sahabat dan medan perjuangan ini?? 
( ku doakan agar mereka terus sihat dan kuat untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang ini )

...suatu ketika dahulu semasa masih di alam persekolahan...^_^

...wallahu a'lam...



Saturday, October 23, 2010

…terima kasih…


Tatkala hari silih berganti,

Minggu berganti bulan,

Bulan berganti tahun,

Peristiwa yang berlaku pada 23 Oktober bersamaan 15 Rabiulakhir 19 tahun lalu menghangat kembali. Pada hari Rabu, pukul 8.36 a.m, disampaikan berita gembira buat insan bernama Talawi bin Saat bersama isterinya yang tercinta, Dg. Jamilah binti Abdul Jalil. 9 bulan si isteri menanggung derita penat lelah mengandungkan anaknya, namun begitu, segala keperitan, kepayahan dan kesakitan hilang sejurus selepas mendengarkan tangisan anaknya yang baru sahaja dilahirkan. Alangkah gembiranya hati mereka. Ingin diluahkan perasaan mereka dengan kata-kata namun perasaan itu hanya dapat diluahkan dengan genangan air mata kegembiraan dan kesyukuran. Lahirnya seorang bayi lelaki yang menambahkan lagi seri rumah tangga pasangan suami isteri itu. Segera diazankan bayi itu, kemudian diberi nama. Tahukah kalian, apakah nama yang diberi itu? Mohd Nuralim, ya, itulah namanya dan itulah juga hamba. Alangkah gembiranya hamba andai dapat melihat raut wajah abah dan mak ketika itu. Meskipun tidak dapat menatap wajah gembira mereka namun, itulah peristiwa paling manis sepanjang hayat hamba kerana bagi hamba kegembiraan mak dan abah hamba adalah kegembiraan hamba sendiri.

Hari ini genap hamba mencapai usia 19 tahun. 19 tahun dahulu cukup berbeza dengan hari ini. Apabila hamba merenung raut wajah mereka yang sesekali menyimpul senyuman itu, kesedihan dan kegembiraan bercampur aduk menyelinap masuk ke segenap penjuru ruang fikiran hamba. Gembira kerana hamba masih diberi peluang melihat wajah mereka dan sedih kerana banyaknya dosa-dosa hamba pada mereka serta banyak lagi. Melihat wajah mereka membuatkan hamba lebih tekun berusaha, meskipun hamba tahu hamba tidak akan mampu membalas jasa mereka namun mudah-mudahan dengan sejengkal usaha itu membuat mereka tersenyum gembira.

Mak, Abah,

Maafkan anakmu ini kerna tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya,

Maafkan anakmu kerna tidak selalu berada di sampingmu,

Maafkan anakmu kerna selalu menyakitimu.

Ampunkanlah segala dosa anakmu ini,

Tanpamu tiadalah anakmu di dunia ini.

"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih,anak yang derhaka ini memohon agar Engkau kasihi ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku dahulu, Engkau Yang Maha Penerima Taubat, Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka kerna tanpa izinMu tidaklah aku dilahirkan di dunia ini. Ya Allah, hambamu yang hina ini menagih simpati agar Engkau ampuni dosa-dosa mereka. Ya Allah, sehingga hari ini, sudah 19 tahun hamba diberi peluang untuk menyediakan bekalan menghadapi hari selepas mati. Namun yang pastinya, bukan 19 tahun itu hamba penuhi dengan ibadah kepadaMu. Alangkah hinanya hambaMu ini sehingga tidak mampu memanfaatkan peluang yang telah diberikan olehMu. Ya Allah, hambaMu ini tahu hamba tidak layak memohon daripadaMu. Hamba sedar, tangan yang sedang menadah doa ini penuh dengan debu-debu dosa. Mulut yang sedang bercakap ini penuh dengan kebohongan, mata yang sedang mengalirkan airmata ini penuh dengan zina pandangan, hidung ini selalu menghidu bau-bau maksiat, telinga ini selalu mendengar perkara yang melalaikan, kaki ini selalu melangkah ke tempat-tempat maksiat. Oleh itu, ampunilah hambaMu ini ya Allah. Tiada tempat lain untuk hamba mengadu melainkan kepadaMu wahai Yang Maha Esa…"

Akhir sekali, mak, abah, anakmu ini amat berterima kasih kepadamu dan juga kepada Allah kerana memberi peluang kepada anakmu ini untuk mengenal Allah.

Ibu, senyum dan tangismu,

Berbunga harapan,

Ayah, renungan matamu,

Bertunas impian,

Ibu dan ayah,

Titis kasihmu meresap di hati,

Pengorbananmu tiada bertepi,

Kasihmu suci bersih,

Baktimu tanpa menuntut balasan,

Kami sedar degup jantung ini,

Adalah titisan air susumu,

Yang telah bertukar merah,

Jasamu terlalu besar,

Budimu terlalu ikhlas,

Tanpamu kami tiada di sini,

Panjatkanlah doamu,

Jadikan kami anak soleh,

Cukup ilmu, kenal Allah,

Kenal ibu dan ayah,

Jasa baktimu tetap dikenang.

(ibu dan ayah,lagu motivasi SMKA Inanam)

Thursday, October 21, 2010

.:makanan oh makanan:.

..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
    Tiba-tiba pula hamba teringatkan tentang makanan. Ada yang kata 'makan untuk hidup' namun ada juga yang kata 'hidup untuk makan'.

..sekali pandang..hmm..menyelerakan..

..dua kali pandang..hmm..macam nak makan..

..bila dah makan..rasa macam nak tambah lagi..

Boleh tidak kalau hamba katakan hidup ini ibarat makanan yang kita masak sendiri? Kita inginkan kehidupan yang sempurna tanpa sebarang cabaran mahupun kesedihan namun kita lupa bahawa itulah lumrah kehidupan. Begitu juga makanan, kita inginkannya selalu sedap, namun bila terlebih garam ia akan masin dan bila terlebih cuka ia masam bahkan bila terlebih bakar ia akan hangus dan kehitaman. Mungkin inilah sebab wujudnya pepatah 'asam garam kehidupan'. Setuju? Kalau tidak, terpulang dengan kalian untuk menganalogikan kehidupan menurut sudut pandang kalian.

Hamba teringin sampaikan sekerat mesej yang pernah hamba terima daripada seorang sahabat.
kenapa aku diuji?
(al-ankabut : ayat 2-3)
kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
(al-baqarah : 216)
kenapa ujian seberat ini?
(al-baqarah : 286)
frust!!
(ali-imran : 139)
bagaimana nak hadapi?
(al-baqarah : 45)
apa yang aku dapat dengan diuji?
(at-taubah : 111)
pada siapa nak berharap?
(at-taubah : 129)
ah, aku tak tahan!
(yusuf : 87)

Hebat bukan? Semuanya terkandung dalam al-Quran. Panduan telah diberi, semua terpulang pada diri untuk memilih. 
..wallahu a'lam..

Monday, October 18, 2010

.:buku itu:.

Alhamdulillah, hampir dua tahun hamba meninggalkan buku-buku itu sehinggalah kelmarin...
(riwayat al-bukhari)

Sebuah hadis yang kita semua sedia maklum. Itulah antara isi yang terkandung di dalamnya. Alhamdulillah, walaupun ramai antara kita hanya dapat menyebut separuh daripadanya malah tidak mustahil ada yang tidak tahu siapa yang meriwayatkannya, namun bersyukurlah kerana kita berusaha menyampaikannya.

Hanya ini yang hamba dapat sampaikan walaupun telah lama hamba tinggalkan teratak yang kian usang ini. Moga kita dapat memanfaatkannya pada masa yang akan datang.

....

Saturday, September 18, 2010

.:rehat raya:.

Jom berehat sebentar dari beraya di rumah sahabat handai.. Kita pergi rumah terbuka pula..
tempat : CFS IIUM, PJ
tairkh : 20hb September - 2 Oktober 2010
tema : Usaha tangga kejayaan


antara tempat menarik untuk diziarahi sepanjang 'open house'..hehe


jangan pula lupa bawa alat tulis..kalau tak naiya..


apa-apa pun..
..bittaufiq wannajah..
Salam Imtihan ku titipkan buat semua sahabat,
Tak kira di mana kalian berada,
Moga kita diberi kemudahan sebelum, semasa dan sepanjang masa,

ketahuilah..
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(5)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(6)"
as-sharh : ayat 5-6

..wallahu a'lam..




Thursday, September 16, 2010

.:raya oh raya:.


Gembira rasa hati bila dapat beraya bersama keluarga. Perasaan yang tak terluah dengan kata-kata mahupun tulisan. Teringat pula pada hari raya tahun 2002..
"Ijam, bangun..bangun..hari raya suda. mari abah ajar mandi sunat hari raya" kata abah sambil mengejutkan adik, Ijam.
"Hah!! Ijam ndak mau sunat. Ijam mau beraya"
Gelak ketawa memecah pagi raya di rumahku mendengarkan kata adik yang masih mamai..
(*ndak = tak)


Salam Aidilfitri semua..
Maaf Zahir dan Batin
Moga bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang
Terima kasih kepada semua yang sudi datang bertandang
kepada semua yang mengenali diri ini, dijemput datang berkunjung..
Moga kehadiran kalian membawa barakah

..wallahu a'lam..

Monday, September 13, 2010

.:J.A.U.H:.

Ish..entah mengapa hari ini ingin ku tukar topik raya yang sedang hangat. Ku rasakan diriku semakin menjauh dari yang sepatutnya.
Penampilanku?
entah..semakin hari ku rasa semakin teruk walau aurat masih terjaga tapi semakin hanyut dengan trend semasa.
Perkataanku?
ku rasa kata-kataku semakin..entah, terasa bahawa kata-kataku semakin buruk dan teruk walau masih terkawal dari caci hamun tapi semakin lengang dari zikr n alunan al-Quran.

Duhai sahabat...
-tegurlah aku dengan caramu andai kamu melihat aku semakin jauh dari jalanNya
-peringatkanlah aku tentang ukhrawi andai kamu mendengar aku semakin alpa dengan nikmat duniawi
-bencilah aku andai itu yang terbaik buatmu, moga bencimu itu mengingatkanku kepada luasnya cinta Ilahi






maksudnya
"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan
gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan
dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap
pengecut dan bakhil: dan aku berlindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang"

Friday, September 10, 2010

.:salam aidilfitri::.


...dahulu...

"mak, abah, esok raya kan?" soalku pada mak dan abah ketika mendengar takbir bergema sewaktu berbuka puasa.

"ha ah" ringkas jawapan mak dan abah serentak. Mendengar jawapan mereka, aku melompat kegembiraan tanpa menghiraukan makanan di pinggan. Maklumlah pertama kali berpuasa..

...kini...

Semasa berbuka puasa tadi, terdengar gema takbir mengalihkan perhatian aku dan keluarga dari selera berbuka puasa. Aku menatap wajah adik-adik kecilku yang comel..

"mak, esok raya kan?" tanya Tasya, adik perempuan yang paling kecil.

"ha ah, esok raya. Tasya ni, takkan itu pun tak tahu" sampuk Iman, adik lelaki yang paling kecil pula. Lucu ku rasakan, mengingatkan aku ketika mula-mula berpuasa dahulu yang senantiasa menanti akan tibanya Aidilfitri..hee

...akan datang...

apakah yang anda(bakal ibu-ibu dan bapa-bapa) fikirkan?haha..lupakan

apa-apa pun..


Selamat Menyambut Hari Raya

Aidilfitri!!

Mohon seinfiniti keampunan dari seluas

aspek zahir dan batin.

Makan dan minum juga mohon

dihalalkan

begitu juga dengan ilmu

yang dicurahkan

Semoga bahagia dan gembira di samping

keluarga tercinta di Aidilfitri dan

selamanya

Sama-sama kita doakan agar dapat

bertemu kembali pada Ramadhan yang

akan datang..

Wednesday, August 25, 2010

.::L.U.P.A::.

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dalam ruang dan tempat yang sama. Hari ini aku ingin berkongsi tentang sesuatu yang kita selalu lupa iaitu 'LUPA'..
..pelbagai ragam..
*****
"Allahu akhbar! Terlupa pula bawa buku, kerja rumah dah siap dah."
"ya Allah, Engkau bantulah aku untuk mengingat kembali di mana aku letak kunci kereta"
"ya Allah, macam mana aku boleh terlupa..."
***
"huh, bersyukur aku dapat kawan macam kau"
"Alhamdulillah, mujur teringat tadi. Kalau tak, naik teksi aku pergi kerja hari ini"
*****

Tanpa kita sedari bahawa 'lupa' itu juga merupakan satu nikmat,
nikmat yang kita selalu lupa untuk mensyukurinya.
Tanpa kita sedar, 'lupa' membuatkan kita ingat khususnya ingat
kepada Allah.
Tanpa kita sedar, 'lupa' menjadi sebab untuk kita
bermuhasabah diri.
Juga, membuatkan kita menghargai dan bersyukur dengan kehadiran kawan-kawan.
Oleh sebab itu juga, Allah berfirman...
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada
orang-orang yang beriman."(az-zariyat, 51:55)

..wallahu a'lam..

..ramadhan : dulu dan kini..

Salam ramadhan semua!! moga pertemuan kali ini menambah keberkatan dalam usaha kita membina ukhuwah dan berkongsi pengetahuan.
"Ramadhan, bulan yang suci"
"Rahmat melimpah dari Ilahi"
Selalu perkataan-perkataan itu terngiang-nigang di ruang minda ini. Bila kita sebut tentang Ramadhan, ramai yang terfikirkan Syawal yang bakal menjelma. Namun, bukan itu yang saya ingin sampaikan pada 'post' kali ini. Sebenarnya, saya tertarik dengan satu peristiwa yang berlaku pada bulan yang penuh 'barakah' ini iaitu...
Peperangan Badar.
Kita semua sudah sedia maaruf bahawa umat Islam telah memenangi peperangan ini walaupun bilangan umat Islam dalam peperangan itu hanya 313 manakala pihak musyrikin Makkah pula seramai 1000 orang. Terdapat satu kisah yang amat menarik minat saya semasa peristiwa Badar ini iaitu kisah dua orang pemuda yang bernama Muaz bin Amru dan Muawiz bin Arfa'. Pemuda yang berumur 16 dan 17 tahun yang berjuang di medan Badar...




Abdul Rahman bin 'Auf menceritakan : "aku berada dalam barisan tentera Islam pada peperangan Badar. Ketika aku menoleh, tiba-tiba datang di sebelah kanan dan kiri ku dua orang anak yang masih terlalu muda . Aku bagaikan tidak meyakini keselamatan mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku sambil merahsiakannya daripada temannya. "Pakcik, tunjukkan saya yang mana Abu Jahal". Aku bertanya, "Wahai anakku, apakah yang ingin lakukan padanya?". Anak muda itu menjawab, "Saya diberitahu dia telah memaki Rasulullah s.a.w. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, kalau saya melihatnya, nescaya batang tubuh saya tidak akan terpisah daripada batang tubuhnya melainkan pasti mati salah seorang daripada kami". Kemudian Abdul Rahman menambah lagi, "Aku sungguh kagum dengan sikapnya itu". Kemudian temannya pula bertanya soalan yang sama seperti tadi. Tidak lama kemudian, aku melihat Abu Jahal menaiki kudanya dan aku berkata kepada dua pemuda tadi : "Tidakkah kamu melihat orang itu? Dialah orang yang kamu tanyakan tadi". Lalu dengan segera kedua-duanya menyerbu Abu Jahal lalu memangkas anggota badannya. Kemudian kedua-duanya datang kepada Rasulullah memberitahu berita tersebut lalu baginda bertanya, "apakah kamu telah membersihkan darah dari pedangmu itu?" Mereka menjawab "belum". Lalu baginda melihat pedang mereka dan mengakui bahawa merekalah yang membunuh Abu Jahal.
Muaz bin Amru menceritakan, "aku mendengar riuh rendah suara musyrikin yang melindungi Abu Jahal dan mereka menyatakan bahawa Abu Jahal tidak akan dapat disakiti, maka aku bertekad untuk menyahut cabaran itu. Apabila aku mendapat peluang, aku terus melibas kakinya sehingga hampir memutuskan separuh betisnya. Kemudian, anak Abu Jahal, Ikrimah, datang membalas hingga hampir terputus sebelah tanganku. Lalu aku terus berjuang tanpa menghiraukan tanganku yang berjuntaian dengan kulitnya di sisiku. Sehinggalah aku merasakan tanganku itu menyukarkan pergerakanku, aku bertindak memijak tanganku sehingga tertanggal dari tubuhku. Kemudian Muawiz bin Arfa' datang menyerang Abu Jahal sehingga kaku dan tinggal nyawa-nyawa ikan manakala Muawiz pula terus berjuang sehingga terbunuh."

Itulah kisah yang menarik pada Ramadhan pada masa itu, namun Ramadhan hari ini?Apa yang berlaku pada masyarakat kita??

Hari ini??






Harian Metro, antara akhbar yang konsisten dengan berita-berita mengenai pelbagai masalah umat hari ini.

Sama-samalah kita renungkan...

wallahu a'lam..



:: followers ::