Monday, November 12, 2012

:: Aku, kahwin? Jemput datang semua..^_~



huh, agak lama ku tinggalkan ruang ini. Kalau aku berumah papan di sini, jangan kata bersawang, pasti anai-anai datang bersama koloninya menjamah setiap cebis papan yang ku tinggal.



Hari ini hari yang cukup istimewa buat aku, dia dan kamu. Aku? Setiap kali balik Sabah, aku confirm aku datang sekolah yang telah lama aku tinggalkan. Setiap kali berkunjung, pasti akan ada guru yang bertanya, “Alim, kawan kamu dah ada yang berumah tangga, kamu bila lagi?”

Huh, bagai menelan peria mentah, pahit dan hanya jawapan yang mudah ku berikan sambil melebarkan senyuman. “Er…tunggulah cikgu, ada jodoh dan murah rezeki insyaAllah ada la jemputan saya hantar”

Yes. Kahwin dan ‘couple’. Isu yang sangat tidak asing bagi orang seperti saya, dia dan kamu. Sahabat-sahabat DQ, lebih dari lima tapi kurang dari sepuluh yang sudah mendirikan ‘masjid’. Sahabat-sahabat dari sekolah lama? Tidak kurang hangatnya, hampir setiap tahun pasti ada sahaja yang mengirimkan jemputan. Lagi senang zaman IT ni, buat event, invite kat fb je bro, sis. Then tekan ‘like’. Hah, mudah. Lebih mudah dari “mudah.com”. betul tak?

Itu sahaja dari saya.



Dia
Dia studio mate, kami satu studio tapi lain tahap pengajian. Dia ‘master’ dan aku ‘degree’. Hari ini adalah majlis perkahwinan dia, Kak Yan, Nik Nadia Izyan. Tiga kata nama tapi merujuk pada orang yang sama..hehe


Kak Yan, Selamat Pengantin Baru. BarakAllahulakuma. Maaf sebab tak dapat hadir ke majlis Kak Yan. Lecturer tak nak postpone kelas..huhu

Saya tak berani nak cakap panjang, cuma saya nak share apa yang saya tahu. Dan saya rasa Kak Yan lebih tahu banyak perkara dari saya.

”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith)


Dan akhir sekali, kamu. Hah. Kamulah, yang sedang baca blog ni. Da berpunya belum? Kalau dah, Alhamdulillah. Cuma tolong jangan cemari kalimah ‘cinta’ itu dengan kelalaian kerna lalai itu adalah salah satu dari bisikan syaitan. Ini untuk kalian.



Akhir sekali, bagi yang belum berpunya. Jangan putus asa. Teruskan berdoa dan berusaha tapi jangan sampai usahamu itu menyakiti hati banyak pihak.  


...sekian utk post kali ini setelah lama berdiam diri...

:: jemput datang memeriahkan majlis saya bila saya kahwin nanti ::

(^_^)




Sunday, March 25, 2012

:: Istikharah CintaKu ::



“Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?”

“Hmm...kalau saya boleh jawab, saya jawablah. Kenapa?”

 “Awak, kenapa awak tak macam kawan-kawan awak yang lain? Mereka semua punya couple tapi awak tak.”

“Kenapa awak tanya macam tu?”

“Saya bukan apa, curious

“Entahlah, mungkin sekarang ini saya lebih selesa untuk berkawan”

Soalan itu sering ditanyakan kepada sahabat saya. Setiap kali bertemu dengan sahabat saya itu, pasti akan ada bicara tentang hati. Menjaga hati di tengah-tengah komuniti yang rata-ratanya mengejar cinta sesama mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika ada yang berfikiran tidak romantic jika tidak memiliki couple. Entah dari mana ideologi ini bermula.

Perjalanan masih panjang dan jauh untuk saya tempuh. Sungguh pun jauh di lubuk hati ini ada satu ruang yang mesti saya isi, ruang yang belum saya tahu siapakah yang akan mendudukinya.

Tipu jika saya tidak pernah memikirkannya.

Bohong jika saya tidak pernah merasa dengki dengan kawan-kawan saya yang lain.

Namun setiap kali percubaan untuk meraih kasih dari orang lain dengan harapan dapat mengisi kekosongan itu, saya merasa lebih kosong dan sunyi.

“Semakin inginkan kasih manusia, semakin tidak keruan hati”.  Itu kata sahabat saya yang lain.

Istikharah Cintaku

Baru-baru ini saya merasa sangat memerlukan seseorang untuk berbicara tentang sesuatu yang saya tidak tahu berkaitan apakah perkara itu. Hendak tidur, mata tak dapat dilelapkan. Hendak makan, perut dah tak larat nak menampung makanan sehinggalah saya teringat pesanan Ustaz Jasri pada kelas-kelas terakhir sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester semasa di CFS dulu.

“Saya harap kamu selalu buat solat Istikharah dan hayati doa Istikharah tu betul-betul sebab insyaAllah, ia akan melembutkan hati kita untuk menerima apa jua keputusan sama ada keputusan teruk atau baik”. Kemudian beliau membacakan doa istikharah berserta maksud.



Istikharah telah saya lakukan sebelum tidur pada malam itu.

Dan Alhamdulillah, dengan Istikharah itu, dalam mimpi saya, Allah menemukan saya dengan sahabat-sahabat PSS & KRU yang datang menasihati saya bahawa perjuangan belum selesai. Keberadaan saya di sini adalah harapan mereka untuk saya kembali ke Negeri di Bawah Bayu bersama ‘mutiara-mutiara’ ilmu untuk dikongsi. Wajah-wajah terakhir yang saya ingat dalam mimpi itu adalah wajah Akh Zul Hilmey Makmud dan Akh Azizul Julirin manakala perkataan yang paling saya ingat dalam mimpi itu adalah...

“STRIVE FOR THE UMMAH”

Allahu Akbar.

Kata-kata itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Selepas memikirkan semula apa yang berlaku dalam mimpi tadi, air mata saya mula mengalir. Satu perasaan yang amat sukar untuk dilafazkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.



...TERIMA KASIH YA RABB KERNA MENGANUGERAHKAN SAHABAT SEPERTI MEREKA...

Monday, March 19, 2012

:: Rindu Bau Pohon Tin by Ust. Hasrizal ::


Assalamualaikum w.b.t semua..

Astaghfirullah, saya sedar blog ini telah lama ditinggal pergi. Ingin sekali kerja dijadikan alasan tetapi melihat sahabat-sahabat yang kerap update blog, buat saya serba salah sebab mereka juga punya urusan untuk diselesaikan malah urusan itu adalah urusan berkaitan agama. Oklah, cukup setakat ini dahulu isu SIBUK.

Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang kepada diri ini untuk melaungkan masa membaca buku. Sebenarnya buku itu tidaklah punya kaitan dengan pelajaran saya di kampus universiti tapi bagi saya buku itupunya kaitan yang besar dengan kampus kehidupan saya.

Rindu Bau Pohon Tin oleh Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com

Saya cukup yakin ramai yang telah membacanya. Antara topik yang mencuri perhatian saya adalah tabiat kebanyakan manusia hari ini (dan semestinya saya juga tidak terlepas dari tabiat ini) iaitu celupar.

Sebelum itu, saya mohon keizinan Ustaz Hasrizal untuk saya masukkan hasil tulisan ustaz dalam blog saya ini.

Berbalik kepada hal CELUPAR tadi. Dalam tak sedar, ramai  sebenarnya yang berbangga dengan keceluparan sendiri. Sehingga ada yang mengaku tanpa rasa malu mahupun sedih atau lebih tepat lagi tanpa ada usaha untuk mengubah sikap itu.

“Apakan daya, kami memang bangsa yang celupar,”  kata mereka.

Memang ada yang beralasan begitu.

Tetapi mampukah kita memberikan alasan yang sama di depan Allah nanti?

“Ampunkan aku ya Allah! Aku celupar kerana aku orang negeri itu dan ini. Aku ‘laser’ kerana mak bapakku semua begitu.”

Celupar itu semakin parah apabila kita berbangga dengan keceluparan kita. Kononnya orang yang celupar ini macho dan berani.

Terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu aku dapat membaca buku Rindu Bau Pohon Tin ini. Terima kasih juga kepada Ust. Hasrizal atas karya yang sangat mententeramkan jiwa insan-insan yang dipukul gelora nafsu duniawi ini. Moga Allah membuka seluas-luas pintu rezeki kepadamu.

Buat sekalian pembaca blog ini yang masih belum mendapatkan buku ini, dapatkanlah secepat mungkin. Bagi yang belum habis menggunakan baucer RM200, manfaatkan baucer itu sebaiknya. Moga kita semakin dekat kepadaNya.

:: followers ::