Tuesday, April 26, 2011

:: imam as-sudais vs justin bieber ::

semenjak dua menjak ni rasa rajin pula aku menggerakkan jari untuk update post kat blog yang entah apa-apa ni...

kenapa aku buat tajuk macam tu?

:: sumber ::



korang mesti kenal mamat kat sebelah kanan tu kan?
penyanyi lagu 'NEVER SAY NEVER' tuu
y kini dijadikan movie 3D
kalau aku tanya remaja sekarang

"tau Justin Bieber tak??"
"owh, mestilah tau. Dah lah muda, comel lak tu"
(sambil buat muka ngada-ngada konon tergilakan BIEBER)

dan aku??
rasa menyampah...

probabiliti untuk tak kenal bieber memang agak mustahil
tapi itulah hakikatnya
ramai mengakui bahawa mamat baju purple kat atas tu
IKON remaja hari ini
..IKON lah sangat..

******

:: siapa orang kat atas ni ::

maka aku ingin bertanya
siapa dalam kalangan remaja hari ini
yang kenal dengan pak cik kat atas ni?

korang jangan main-main
dia abang aku OK..
cuma mak je lain-lain
dan bapa asing-asing

"saya yakin dan percaya"
[trademark sahabat aku]
pasti ramai yang tak kenal dengan beliau
meskipun bergelar Dr
salah seorang Imam di Mekah
mungkin hanya sedikit golongan yang menjadikan beliau 
sebagai IKON

"bang. come on lah, AS-SUDAIS tu dah dewasa dah. Susah untuk jadi IKON kami. Tak sesuai.."

ok, fine
kalau yang ni??
:: muhammad taha al-junayd : sumber ::
[akan datang kita sembang tentang beliau pula]
n_n

******

 mesti korang tahu
minggu lepas BIEBER datang M'sia
tapi korang tahu tak?
minggu yang sama jugak SUDAIS datang M'sia

maka aku pasti
ramai yang tak tahu
kehadiran AS-SUDAIS
dan
yang lebih pasti
ramai yang berebut ke konsert JB
siapa yang nak rugi
JUSTIN BIEBER + SELENA GOMEZ
tapi
berapa ramai yang berebut
untuk bersemuka dan solat bersama-sama
AS-SUDAIS di Masjid Jamek Jumaat lepas??
orang yang sepatutnya menjadi IKON
akhlaknya, ilmunya, penampilannya..
insyaAllah, dari setiap sudut 
AS-SUDAIS boleh dijadikan IKON

siapa yang diminati ramai?

JB??
mereka sanggup meninggalkan solat 
demi mendapatkan seat paling depan
melihat JB face to face

AS-SUDAIS??
mereka sanggup bergegas dari jauh 
semata-mata berIMAMkan beliau
mendengar tazkirah sebelum solat Jumaat

adakah aku yang patut jawab soalan aku tadi??

bak kata nabil
- lu pikir la sendiri -

******
lawatan SUDAIS ke Darul Quran JAKIM
(23.04.2011)







untuk gambar seterusnya
korang klik lah link kat bawah ni
letih aku nak copy paste gambar
hehe




...wallahu a'lam...

Sunday, April 24, 2011

:: ada orang datang ::

:: confirm ada yang baca entri ni melalui notes kat facebook aku. So, kalau berminat nak baca dengan lebih lanjut, jom klik 'view original post' facebook tu ye...hihi ::






kisahnya macam ni, aku baru balik dari klang
maklumlah bukan korang je ada saudara kat sana kan??
dalam perjalanan pulang 
ada orang terlelap dalam train
best gak tengok orang tersengguk ni
n_n
last sekali, dengan aku sekali tersengguk
sah macam burung belatuk
mujur aku tak terlepas stesen tadi

ke mana hala tuju aku??


semestinya stesen ktm PUTRA
sebab ada 

kat mana??

:: PWTC ::


*****

ada orang datang 
saja nak cari makwe pakwe
maklumlah, mesti ramai yang datang kan?

ada orang datang 
nak cari buku
tapi untuk hiburan semata

ada orang datang
nak jumpa penulis
pembaca mana tak nak jumpa kan??

ada orang datang
bukan nak tengok buku
tapi saja nak jadikan alasan untuk dating

ada orang datang
saja nak tunjuk muka
ye lah, mesti media akhbar pun ada kan??


ada orang datang
dari seberang untuk orang
merekalah librarian datang untuk korang

ada orang datang
balik macam bercengkerang
rupanya buku diangkut kat belakang

ada orang datang
nak rapatkan jurang
antara makhluk dan Khalik
juga 
antara mad'u dan da'ie

ada orang datang
sebab nak rebut peluang
menjamin masa akan datang

orang lain dah datang
bila korang nak datang??
jangan lupa ajak aku sekali!!



p/s : jangan tiru aksi buruk sangka di atas. Moga kita terlindung dari sifat buruk sangka itu

...wallahu a'lam...

Friday, April 22, 2011

:: dan apabila ::



Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


credit to : Rainz Khushairy

:: ragam di hari jumaat ::


macam mana dengan selipar korang??
ada berani nk buat macam ni??

atau..

macam yang ni??

sebab 

takut jadi macam ni..




mesti ada pulak yang fikir..
"macam mana la selipar aku ni, baru je beli semalam. Kalau hilang tak tahu la"
lebih-lebih lagi kalau solat kat tempat yang ramai orang
n_n

namun
pada masa yang sama..


pasti ada 
yang  fokus dan khusyuk 
mendengar khutbah
menunaikan solatnya
menjernihkan gelisah
mengenang dosa semalam 
entah bila ajal tiba




...wallau a'lam...




:: flashback : KBT 2007 ::

:: if you read from my notes in facebook, click 'view original post' to continue reading..n_n ::

-Assalamualaikum semua-

moga di hari jumaat ni kita dilimpahi rahmat Ilahi


 tetiba teringat kenangan Kem Bina Taqwa 2007
kem ni khas untuk pelajar form 4 sekolah aku
4 hari 3 malam
kem paling teruk yang pernah aku alami setakat ini
silap sikit kena torture 
teruk seteruk-teruknya
tidur lebih kurang 2 jam sehari
bangun tidur terus kena suruh push up
mujur makan banyak
n_n
 hari ke-3 paling teruk



masuk hutan dari jam 8 pagi sampai 8 malam
mandi lumpur
kawad kaki dalam lumpur  +  tahi kerbau 

(tiga dari kanan tu aku)

sadis


dan hari last, masa halau anjing dari masuk kawasan kem...

kakiku tersusuk paku
2 inci

bila aku tengok muka kawan2 aku 
semua dah naik risau dah

time ni aku sangat2 bersyukur sebab
walaupun tembus 
tak rasa sakit

Maha Kuasa Allah,
Dia boleh hilangkan rasa sakit itu
agar hambaNya lebih yakin
akan kewujudan dan kuasaNya

*****
dan part yang paling penting untuk entri ni...

- coming soon -

karenah sesetengah orang bila di hari jumaat

(see u in the next entry about this topic)

...wallahu a'lam...


Monday, April 18, 2011

:: perginya takkan kembali ::

:: 16 April 2011 ::

"Alim, bangun..asar dah ni"
"Okey..okey.."

Suara Sayid mengejutkan aku dari tidur petang itu. Seperti insan biasa yang lain, bangun dari pembaringan terus ku capai handset di sebelahku dengan niat ingin melihat jam.

"1 message received". 

Dengan harapan mesej itu dapat menenangkanku dari mimpi yang baru dialami tadi.

"salam, seorang sahabat kita, pelajar SEMAI SPM 2009 telah kembali ke rahmatUllah kerana accident pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah..al-fatihah"


Aku terpaku seketika cuba untuk menerima khabar yang baru diterima. Facebook ku buka untuk mendapatkan kepastian daripada kawan-kawan yang lain. Nyata, berita itu benar.

******

:: jam 11.30 pagi, hari yang sama ::



Hujan lebat...tamat paper MUET writing...

"jom balik bilik kejap, kalau nak tidur 10 minit sempat ni" gurau Sai yang dah lama tak datang PJ.

Namun, pada jam dan hari yang sama juga...

:: 11.30 pagi, 16 April 2011 ::

*****

Sukar rasanya untuk menerima pemergian arwah. 4 tahun membesar di bangunan yang sama, saling melihat perkembangan masing-masing. Ada kalanya menegur dan adakalanya ditegur. Masih segar diingatan, selepas menamatkan acara 400 meter, sukan sekolah 2008. 

"Lip, laju gak kau. Penat aku kejar"
"Manada, abang yang lambat," selorohnya menghidupkan suasana semua peserta 400m yang kepenatan.

******


:: mohd alif bin jalil ::

Namun, itulah hakikatnya "setiap yang hidup itu pasti akan mati". Allah menjemputnya terlebih dahulu. 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ]

"Ya ALLAH, Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air ais. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri yang lebih baik daripada istrinya , dan masukkan dia ke syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.”


..amiin..

...wallahu a'lam...





Saturday, April 16, 2011

:: aed life : 02 ::

SubhanAllah...maha suci Engkau yang menjadikan sekalian alam dan isi-isinya. Sungguh tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Rabb..


AlhamdulIllah...bersyukur aku kepadaMu, tanpa izinMu mustahil untuk aku merasa segala nikmatMu yang tak terhingga ini..


Hmm..agak lama aku tinggalkan entri btajuk 'aed life' ni. Sekarang tibalah masanya untuk aku menyambung kembali perkongsian sebagai pelajar asasi sains seni bina dan alam sekitar ini.

Time BTN dulu, ada sorang ahli group aku yang minat dengan architecture ni tapi dia kata minatnya untuk belajar di bidang ni tertimbus dalam sebaik melihat perkataan alam sekitar. Sebenarnya kalau korang nak tahu, bidang seni bina ni memang tak boleh lari dari alam sekitar.
:: sumber ::

Kenapa?

Sebab semua sumber yang digunakan untuk pembinaan adalah dari bahan mentah alam sekitar. Contohnya, kita nak mendirikan rumah tangga..eh silap..rumah..nak buat rumah besar dan cantik, nak buat kat mana??

Faktor alam sekitar juga patut diambil kira. Kalau nak bina atas bangunan sekali pun, jangan lupa bahawa bangunan tu bertapak di atas tanah, yang juga merupakan salah satu daripada elemen alam sekitar. Betul tak?

:: Green Concept of Dubai Food City ::
:: sumber ::


AED1313 : Introduction to Built Environment.

This subject will encompass the basic understanding of natural and built environment as well as its relation to construction industry in general. These include some brief introduction to the professions in the built environment and construction industry as well as the basic introduction to building materials and construction technologies.

In this subject also, you'll be introduced to...

  • responsibilities of related disciplines in designing for an environmental friendly and balance built environment.
  • relationship between society, culture and religion on their impact on built-forms, landscape, and planning in the context of design in the built environment.
  • the influence of the key stakeholders in the built environment
  • inculcate environmental awareness and the future needs for an ecological and sustainable environment.
  • fundamentals, sustainability and performance of construction materials and technologies.
If the doctor's title is 'Dr.', then the architect will be 'Ar'.
If the engineer is called 'Ir', then the landscape architect will be 'LAr'(if I'm not mistaken, the title for the 'LAr' was announced recently).

Huh, letih lah nak susun ayat bahasa Inggeris lau lemah macam aku ni. Hmm...dalam bidang seni bina ni, ada banyak lagi cabang yang tergolong dalam bidang ni..antaranya..
  • architect
  • landscape architect
  • urban and regional planner
  • quantity surveyor
  • interior designer
  • industrial designer
  • dan banyak lagi lah..
:: sumber ::

Kalau korang nak tahu, but bola nike dan adidas yang stylish dan kasut tinggi yang gorgeous looking tu hasil kerja industrial designer lah tu. Termasuklah design kereta-kereta yang korang impikan selama ni macam...

:: sumber ::

ok lah, stop kat sini dulu..dari semasa ke semasa aku tambah lagi..

AstaghfirUllah...ku mohon keampunanMu andai entri ini tidak punya manfaat kepada sesiapa..

...wallahu a'lam...

Friday, April 15, 2011

:: merisik ::


am I going to talk about love??haha
jom kita gi merisik..hehe..untuk siapa agaknya?? adakah untuk aku??n_n
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
suka lak korang bila masuk bab cintan-cintun ni kan?? 
remaja mana tak suka fasal ni??
korang cakap kat aku..it's a fitrah ok..the way you think determine who you are and what you'll get..if you've one, please handle it right ok~haha
(ceh, cakap macam orang berpengalaman..^_^)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok, cukup setakat itu, sebenarnya apa yang aku nak share ni adalah fasal my 1st experience following my AADK's cousin (agensi anti dadah kebangsaan) last week to spy the drugs and gums addiction problems in Bandar Tun Razak..haha
(sori la kalau merosakkan mood korang untuk baca entri ni)

Rupanya baru sekarang aku tahu akan risiko yang bakal ditempuhi kalau tak berhati-hati time buat risikan. Macam-macam tragedi yang dilaporkan akibat tak waspada ni. Baru-baru ni, ada kes kereta kena bakar oleh para penagih ni. Hah..yang tu baru satu kes kantoi spying.

Lebih teruk lagi ada juga kes ahli AADK kena inject time sergah budak tengah ambil dadah dalam jarak dekat. Ceritanya macam ni...
menurut riwayat yang kazen aku tu cerita, time tu AADK dan anggota yang seangkatan dengannya(polis dll) tengah buat serbuan kat port mamat2 dadah ni. Dia(kawan kazen aku) dengan selambanya pergi dekat budak yang tengah inject dan sergah, siapa tak terkejut dan panik. Budak yang panik tu, terus cabut jarum tu dan inject kat badan kawan kazen aku. Sekarang ni, dia(kawan kazen aku) tengah buat rawatan penyakit akibat suntikan tu.

Time aku ikut merisik kami jumpa beberapa budak tengah hisap gam sekitar jam 11.45 p.m. Tiba-tiba kazen aku tanya, 
"kau nak tengok macam mana kami buat kerja?"
"hmm...boleh juga," ceh, bajet berani la aku ni padahal degupan jantung aku mula kencang dah. Dah lah time tu kawan-kawan kazen aku buat risikan kat taman perumahan lain, yang tinggal, aku dengan kazen aku sahaja.
"ok, kau duduk dalam kereta dulu, nanti abang panggil", dia suruh aku duduk dalam kereta sebagai langkah waspada sebab tidak mustahil kami berdua kena bantai oleh mamat2 gam tu. Dengan selamba, kazen aku datang kat tempat budak2 tu dan tunjuk kad kuasa AADK.(aku ni, tegok je lah dari jarak lebih kurang 30 meter). Mula-mula kazen aku  slow talk, tak lama lepas tu dia rampas plastik yang budak2 tu pegang dan bakar.(biasanya mamat gam ni guna plastik untuk simpan gam supaya senang nak hidu). Ada la lebih kurang sejam gak baru api tu terpadam. Nak tunjuk bahan toksik yang terkandung dalam gam tu. Bayangkan plastik yang kecil yang mak cik kantin sekolah rendah selalu guna untuk jual air tu ambil masa sejam untuk terpadam bila dibakar sekali dengan gam yang budak2 tu hidu (kalau saiz plastik minuman tin yang mak/pak cik kedai runcit selalu pakai tu mungkin lebih kurang tu la juga..hehe). Biasanya gam yang GUMERS hidu gam kasut.huh..tak tahu la nak cakap macam mana.    

Mujur kami tak kena bantai malam tu. Aku lagi sedih bila aku kena panggil tolong 'basuh' sikit budak2 tu, mana tak nya, budak2 pompuan comel-comel pun lepak sekali dengan budak2 gam tu...sedih, aku yang masih single ni dorang tak nak pulak..huhu

Sebenarnya, nak gak kami angkut budak2 tu balik office AADK, lock up untuk satu malam tapi nanti buat malu mak bapak diorang lak. Jadi, kami angkut budak2 tu balik rumah masing2 dan slow talk lak kat parents budak2 tu..hehe

Jom review sikit kesan hidu gam terhadap otak kita :


menjadi nyanyuk
hilang ingatan
psikotik atau gila,
hilang upaya deria dan
kelumpuhan pada bahagian tertentu

- gambar hiasan -

...wallahu a'lam...



Friday, April 8, 2011

:: segores kata buat sahabat ::


sekuat & sebesar apapun usahamu untuk menutupinya, ia tidak akan pernah berhasil..
aku bisa melihat dari caramu menatap, tersenyum, & tertawa..
semua terasa hampa, kosong & dingin..
andai kau mau mengerti, betapa kamu cukup berarti untuk diriku..
setegar manapun kamu berusaha untuk berdiri, melangkah dan berlari..
tetap saja kamu merasa tidak kuat, tidak mampu bahkan tidak sanggup..
rapuh!!
lihat betapa rapuhnya dirimu?!!
sedarkah kamu terlihat bodoh dengan semua ini??
bukankah hidup harus terus berjalan, sekalipun kamu terjatuh bahkan terpuruk..
aku mengerti, ada lubang dihatimu..
lubang yang kian menggerogoti setiap sel- sel dalam jantungmu, menyumbatnya hingga kau merasa sesak dan sulit tuk bernafas..
apakah kamu hampir gila??
apakah kamu lupa bagaimana cara untuk tersnyum dengan tulus??
apakah kamu merasa mati ditengah kehidupan ini??
apakah kamu ingin sekali menghilang dari dunia yg penuh kepalsuan??
percayaah, seberapa besarpun niatmu untuk mengakhiri hidupmu..
tetap saja, disudut hati kecilmu yang paling jujur, kamu tetap ingin melangkah dan melanjutkan hidupmu..
jadi, mengapa harus berpura - pura??
menangislah jika kamu merasa pantas tuk ditangisi..
aku mungkin bukan keluargamu, bukan juga kekasihmu..
tetapi setidaknya aku ada untukmu, sekalipun tidak sepanjang harimu..
karena aku : seorang teman untukmu..
dan kamu : seorang teman bagiku..
cari aku bila saja kau mau, aku siap untuk jadi tempat sampahmu..
mendengar setiap keluh kesahmu, kesedihanmu..
meski aku bukan kotak musikmu..
mendengar setiap tawa bahagiamu..
namun bahuku, selalu ada untuk menampung airmatamu..


...untukmu sahabat... 

:: followers ::