Sunday, February 7, 2010
maafkan daku..
saya nk minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak update bl0g ni. Sebulan tak update, silap saya kerana tak mencari masa untuk update blog ni..doakan agar saya diberi kemudahan dalam setiap urusan di sini. InsyaALLAH, ada masa nanti saya akan post beberapa artikel yang dah tersedia, cuma tak berkesempatan nak post..hehe
tiada apa yang nak cakap melainkan seinfiniti kemaafan ku mohon daripada ikhwah sekalian..sekarang ni pun, saya hanya menaip menggunakan 'keypad' handphone..
teringin sangat nak update artikel yang dah tersedia tapi apakan daya. harap sekalian dapat bersabar menantikan post yang akan datang..
wallahua'lam..
Tuesday, December 29, 2009
..kedegilan nafsu..

Sunday, December 27, 2009
“sami’na wa atho’na”

Teringat kembali nostalgia suka dan duka sepanjang berada di SEMAI dulu..bila Ustaz Naim bertanya kapada semua pelajar. “apa kewajipan kita??”..semua pelajar wajib menjawab.. “sami’na wa atho’na” semuanya bermula pada tahun 2006..hmm..pada tahun 2007 ditambah “wa nahnu waladun solihun” dan 2008 pula ditambah “sohibul imtiaz”..maka terciptalah ayat “sami’na wa atho’na wa nahnu waladun solihun sohibul imtiaz!!” yang bermaksud “kami dengar dan kami patuh (taat) dan kami anak yang soleh (bakal) peneraju kegemilangan!!”
Kehidupanku kini tak ubah seperti burung yang terbang bebas di langit walaupun sebenarnya aku sedar, hadirnya kita ke dunia ini adalah untuk mempersiap bekalan pada hari yang pasti datang dan kekal selamanya. Namun, adakah bekalanku setakat ini mampu membawaku kepada kebahagiaan pada hari yang akan datang?? Bagaimana jika esok aku dipanggil menemuiNya?? Persoalan ini sama-sama kita renungkan. Tiada insan di dunia ini yang mengimpikan kesengsaraan pada hari akhirat kelak termasuklah diriku sendiri tapi jelas yang aku hanya memandang yang jauh itu sedangkan aku lupa untuk menyusun n membina tangga untuk sampai ke destinasi.
Sekarang aku bertapak di bumi barakah Darul Quran, tapi masih terasa bahawa aku sedang meraba-raba mencari tarbiyah untuk mendidik hati ini dan disebatikan dalam diri. Kalau dulu guru-guru di SEMAI yang membantu n menegur kesilapan diri ini, sekarang yang ada hanyalah sahabat-sahabat untuk dijadikan cermin diri.
Mudah-mudahan lafaz “sami’na wa atho’na wa nahnu waladun solihun sohibul imtiaz” terus tersemat di hati ini agar dapat mendidik dan membimbing untuk terus berada di atas landasan yang benar.
Wallahu a’lam..