Monday, September 13, 2010

.:J.A.U.H:.

Ish..entah mengapa hari ini ingin ku tukar topik raya yang sedang hangat. Ku rasakan diriku semakin menjauh dari yang sepatutnya.
Penampilanku?
entah..semakin hari ku rasa semakin teruk walau aurat masih terjaga tapi semakin hanyut dengan trend semasa.
Perkataanku?
ku rasa kata-kataku semakin..entah, terasa bahawa kata-kataku semakin buruk dan teruk walau masih terkawal dari caci hamun tapi semakin lengang dari zikr n alunan al-Quran.

Duhai sahabat...
-tegurlah aku dengan caramu andai kamu melihat aku semakin jauh dari jalanNya
-peringatkanlah aku tentang ukhrawi andai kamu mendengar aku semakin alpa dengan nikmat duniawi
-bencilah aku andai itu yang terbaik buatmu, moga bencimu itu mengingatkanku kepada luasnya cinta Ilahi






maksudnya
"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan
gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan
dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap
pengecut dan bakhil: dan aku berlindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang"

2 comments:

  1. akh..
    alhamdulillah, itu petanda hati masih hidup, iman masih di dada..

    cuma, kekuatan harus dibina. jika sebelum ini bi'ah yg baik mendorong, kini, diri sendiri harus kuat. biar kita kawal keadaan jgn keadaan kawal kita.

    saya mengingatkan diri juga

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. syukran kpd anonymous..

    doakan saya agar kuat untuk membina benteng diri

    moga kita diberi kemudahan dalam setiap kebaikan yang cuba kita lakukan..

    syukran..Allahu yu baariku fiik..

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::