Wednesday, August 25, 2010

.::L.U.P.A::.

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dalam ruang dan tempat yang sama. Hari ini aku ingin berkongsi tentang sesuatu yang kita selalu lupa iaitu 'LUPA'..
..pelbagai ragam..
*****
"Allahu akhbar! Terlupa pula bawa buku, kerja rumah dah siap dah."
"ya Allah, Engkau bantulah aku untuk mengingat kembali di mana aku letak kunci kereta"
"ya Allah, macam mana aku boleh terlupa..."
***
"huh, bersyukur aku dapat kawan macam kau"
"Alhamdulillah, mujur teringat tadi. Kalau tak, naik teksi aku pergi kerja hari ini"
*****

Tanpa kita sedari bahawa 'lupa' itu juga merupakan satu nikmat,
nikmat yang kita selalu lupa untuk mensyukurinya.
Tanpa kita sedar, 'lupa' membuatkan kita ingat khususnya ingat
kepada Allah.
Tanpa kita sedar, 'lupa' menjadi sebab untuk kita
bermuhasabah diri.
Juga, membuatkan kita menghargai dan bersyukur dengan kehadiran kawan-kawan.
Oleh sebab itu juga, Allah berfirman...
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada
orang-orang yang beriman."(az-zariyat, 51:55)

..wallahu a'lam..

..ramadhan : dulu dan kini..

Salam ramadhan semua!! moga pertemuan kali ini menambah keberkatan dalam usaha kita membina ukhuwah dan berkongsi pengetahuan.
"Ramadhan, bulan yang suci"
"Rahmat melimpah dari Ilahi"
Selalu perkataan-perkataan itu terngiang-nigang di ruang minda ini. Bila kita sebut tentang Ramadhan, ramai yang terfikirkan Syawal yang bakal menjelma. Namun, bukan itu yang saya ingin sampaikan pada 'post' kali ini. Sebenarnya, saya tertarik dengan satu peristiwa yang berlaku pada bulan yang penuh 'barakah' ini iaitu...
Peperangan Badar.
Kita semua sudah sedia maaruf bahawa umat Islam telah memenangi peperangan ini walaupun bilangan umat Islam dalam peperangan itu hanya 313 manakala pihak musyrikin Makkah pula seramai 1000 orang. Terdapat satu kisah yang amat menarik minat saya semasa peristiwa Badar ini iaitu kisah dua orang pemuda yang bernama Muaz bin Amru dan Muawiz bin Arfa'. Pemuda yang berumur 16 dan 17 tahun yang berjuang di medan Badar...




Abdul Rahman bin 'Auf menceritakan : "aku berada dalam barisan tentera Islam pada peperangan Badar. Ketika aku menoleh, tiba-tiba datang di sebelah kanan dan kiri ku dua orang anak yang masih terlalu muda . Aku bagaikan tidak meyakini keselamatan mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku sambil merahsiakannya daripada temannya. "Pakcik, tunjukkan saya yang mana Abu Jahal". Aku bertanya, "Wahai anakku, apakah yang ingin lakukan padanya?". Anak muda itu menjawab, "Saya diberitahu dia telah memaki Rasulullah s.a.w. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, kalau saya melihatnya, nescaya batang tubuh saya tidak akan terpisah daripada batang tubuhnya melainkan pasti mati salah seorang daripada kami". Kemudian Abdul Rahman menambah lagi, "Aku sungguh kagum dengan sikapnya itu". Kemudian temannya pula bertanya soalan yang sama seperti tadi. Tidak lama kemudian, aku melihat Abu Jahal menaiki kudanya dan aku berkata kepada dua pemuda tadi : "Tidakkah kamu melihat orang itu? Dialah orang yang kamu tanyakan tadi". Lalu dengan segera kedua-duanya menyerbu Abu Jahal lalu memangkas anggota badannya. Kemudian kedua-duanya datang kepada Rasulullah memberitahu berita tersebut lalu baginda bertanya, "apakah kamu telah membersihkan darah dari pedangmu itu?" Mereka menjawab "belum". Lalu baginda melihat pedang mereka dan mengakui bahawa merekalah yang membunuh Abu Jahal.
Muaz bin Amru menceritakan, "aku mendengar riuh rendah suara musyrikin yang melindungi Abu Jahal dan mereka menyatakan bahawa Abu Jahal tidak akan dapat disakiti, maka aku bertekad untuk menyahut cabaran itu. Apabila aku mendapat peluang, aku terus melibas kakinya sehingga hampir memutuskan separuh betisnya. Kemudian, anak Abu Jahal, Ikrimah, datang membalas hingga hampir terputus sebelah tanganku. Lalu aku terus berjuang tanpa menghiraukan tanganku yang berjuntaian dengan kulitnya di sisiku. Sehinggalah aku merasakan tanganku itu menyukarkan pergerakanku, aku bertindak memijak tanganku sehingga tertanggal dari tubuhku. Kemudian Muawiz bin Arfa' datang menyerang Abu Jahal sehingga kaku dan tinggal nyawa-nyawa ikan manakala Muawiz pula terus berjuang sehingga terbunuh."

Itulah kisah yang menarik pada Ramadhan pada masa itu, namun Ramadhan hari ini?Apa yang berlaku pada masyarakat kita??

Hari ini??






Harian Metro, antara akhbar yang konsisten dengan berita-berita mengenai pelbagai masalah umat hari ini.

Sama-samalah kita renungkan...

wallahu a'lam..



Friday, August 13, 2010

Siapa kata bidang "architecture" susah?

Alhamdulillah, hari ini aku diberi kesempatan untuk kembali berkongsi buah fikiran setelah 'teratak' ini sunyi buat sekian waktu.
06-06-2010.. Tarikh keramat aku mendaftarkan diri sebagai pelajar "architecture", satu bidang yang kurang aku minati pada awalnya. Persepsi awal..
"Ish, aku kurang minatlah course ni, aku bukan pandai melukis pun. Semester depan, aku kena tukar 'course'." kata-kata yang selalu diungkapkan ketika mula-mula mendaftarkan diri sebagai 'architecture student'.
Pada mulanya, bidang ini menjadi suatu mimpi ngeri walaupun sebenarnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, namun hasrat itu tertanam tanpa disirami sokongan yang membina.(kononnya..hee). Kawan-kawan aku (hanya segelintir sahaja) cakap bidang yang sedang aku tempuh ini sangat susah. "hmm..ish, macam mana ni, aku ni dah lah tak pandai melukis, takkan nak terus dalam bidang ni..mampukah aku?" bisik hati kecil yang terpengaruh dengan propaganda 'bidang sains alam bina ini susah'. Berhari-hari aku memikirkannya, sama ada nak teruskan course ni atau tidak. Ketenangan kucari bukan sahaja di merata tempat bahkan daripada pelbagai pendapat sehinggahlah suatu petang, Allah menemukanku jawapan bagi 'merungkai simpulan-simpulan yang kian memenuhi ruang-ruang dimensi fikiranku'..

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."..ayat 216, surah al-baqarah.

Subhanallah, Maha Suci Engkau yang tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Merenung kembali ayat tersebut, aku cuba meyakinkan diri untuk terus berjuang dalam bidang ini. Keyakinan semakin bertambah apabila aku diberi peluang untuk berkunjung di pameran 'architecture' yang dikenali sebagai Archidex 201o. Kenapa?? Hmm..di sanalah mata aku makin terbuka, sepanjang pameran aku tidak tidak menemui satu pun syarikat yang berlatarbelakangkan Islam. Jadi, apa yang harus aku buat?
'change your mind if you want to change the world or the world will change you'..kata-kata yang mendorong aku untuk terus menempuh jalan ini..
Kini..walaupun baru dua bulan berkecimpung dalam bidang ini, aku mulai seronok mempelajarinya. Aku juga sedar bahawa wujud 'misteri' yang tersingkap di sebalik setiap 'inci' terbentuknya sesebuah bangunan. Dan 'misteri' itulah yang menarik minat aku untuk mempelajari bidang ini..dan yang misteri itulah yang aku panggil 'history'..

Ka'bah dan piramid antara bangunan yang menyimpan banyak fakta sejarah

Akhir kalam untuk 'post' ini..
"ArcHitEctuRe iS nOt diFfiCult bUt iT is cHalleNginG"


alhamdulillah, hasil kerja yang dapat A..hee

:: my fb ::

:: followers ::