Hari ini aku nak share sesuatu yang amat menarik perhatian aku. Terkejut berbaur lucu pula aku rasa bila terbaca berita pasal pasangan suami isteri yang hidup serumah dengan kambing yang terpampang di dada akhbar Harian Metro hari ini(link). Benda ni buat aku teringat dengan kisah Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi utusan Allah atau dengan bahasa yang lebih mudah kita panggil 'rasul' Allah. Ramai yang tahu bahawa banyak hikmah yang tersurat semasa baginda s.a.w menjadi seorang penggembala kambing, apatah lagi yang tersirat. Antaranya ialah..
...aku kutip dari Metro...
01 - melatih baginda s.a.w untuk lebih sabar...
Kampung aku kat Sabah tu pun ada kambing gak tapi taklah banyak macam dulu. Bagi korang yang tak tahu, kambing ni...huh! payah nak faham dia punya perangai(maklumlah binatang..hehe). Bila dah masuk kebun orang, jangan harap kambing-kambing tu nak keluar lebih-lebih lagi kebun buah dan bunga, kesian aku tengok pak cik mak cik aku yang kena berulang-alik halau kambing, kalau seekor boleh tahan lagi, ni tak, sekali masuk kebun, boleh buat team volleyball. Hah, macamana nak handle tu? Nasib baik la kambing tu milik saudara sendiri gak, kalau tak mesti dah buat kenduri kari dan panggang kambing. Hmm...korang pun mesti tahu pasal ni kan? Selepas Rasulullah dilantik sebagai rasul, macam-macam ujian yang baginda hadapi. Antaranya peristiwa baginda dibaling dengan batu ketika cuba menyampaikan Islam di Thaif, satu peristiwa yang cukup buat aku terharu dengan sifat baginda yang kita panggil 'sabar'. Masa tu, Rasulullah didatangi oleh malaikat yang menjaga bukit dan malaikat ni pun bertanya sama ada mahu dihapuskan penduduk Thaif ataupun tidak, kalau aku diberi pilihan seperti itu, pasti aku akan cenderung untuk memilih 'hapus', tetapi baginda memilih untuk tidak menghapuskan malah mendoakan agar ramai tokoh yang akan lahir dari negeri yang bernama Thaif itu. Dan doa itu dimakbulkan Allah dengan lahirnya ramai golongan intelektual dari tempat tu selepas kewafatan baginda.
02 - melatih Rasulullah untuk lebih berstrategi...
Hah, yang ni pula mengingatkan aku time kat DQ dulu, time petang-petang confirm kawasan belakang hostel blok A tu penuh dengan kelibat bakal-bakal bintang bola sepak yang beriadah (ya la tu, ada gak yang selalu sepak angin..n_n). Mentang-mentanglah lapang, kami buat macam padang. Time mula-mula masuk sana dulu, kami tengah khusyuk main bola tetiba ada bunyi lembu. Korang jangan macam-macam, lembu tu tengah balik rumah secara berjemaah tau? Tak jauh dari kawanan lembu tu kami nampak ada seseorang tengah memerhati lembu-lembu tu balik sambil menunggang motosikal (dulu adik aku cakap benda tu motorbasikal..n_n) dengan macho iaitu penggembala lembu tu. Mujur lembu kat luar pagar, kalau kat dalam mesti ada yang dah mulakan langkah seribu. Bila difikirkan balik, macam mana pak cik tu boleh buat lembu-lembu yang banyak tu balik sendiri? Apa yang aku pasti, pak cik tu mesti ada strategi untuk buat lembu-lembu tu balik sendiri. Dan yang lebih pasti, Rasulullah dah menghadapinya sebelum baginda dilantik menjadi utusan Allah.
...padang belakang...
tendang bukan sebarang tendang,
sekali kena terajang boleh jadi rendang.
sekali kena terajang boleh jadi rendang.
...jom main bola...
Satu lagi, bila sebut pasal kambing dan lembu yang tergolong dalam binatang al-an'am(ternakan) ni, teringat pula aku dengan ayat 179 dari surah al-A'raaf yang bermaksud..
"Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia, mereka memiliki hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) mereka seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang lengah."
Kepada kawan-kawan pembaca, harapnya dapat kongsikan lebih dari yang aku post ni. Lagipun kan korang gak yang cakap 'sharing is caring'. So, jangan kedekut nak share ilmu yang semakin disampaikan semakin bertambah..n_n

...wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment