Tuesday, January 25, 2011

:: mari menghafaz ::

     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Adab-adab sebelum menghafaz : 
:: niat yang benar dan ikhlas...
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar." (al-bayyinah : 5)

:: berdoa dengan penuh harapan dan kesungguhan untuk menghafaz al-Quran

:: banyakkan beristighfar
"Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati yang kotor"

:: mempunyai kesabaran dan keazaman yang kuat untuk menghafaz

:: menyediakan waktu dan masa yang cukup untuk menghafaz

     Adab-adab semasa menghafaz al-Quran :
:: sentiasa bergaul dan berdamping dengan golongan penghafaz al-Quran dan golongan yang banyak membaca al-Quran
:: sentiasa menghormati guru
:: membanyakkan solat-solat sunat dengan membaca ayat-ayat yang telah dihafaz.
:: sentiasa membaca ayat-ayat yang dihafaz dalam pelbagai keadaan spt ketika memandu, ketika menunggu bas dan sebagainya.
:: menghadap kiblat
:: elakkan menghafaz ketika mengantuk

     Adab-adab umum menhafaz al-Quran
:: menjaga solat dengan sentiasa berjemaah di masjid khususnya solat subuh
:: sentiasa dalam keadaan berwudhuk (memelihara wudhuk)
:: sentiasa dalam keadaan suci, bersih dan menutup aurat
:: meninggalkan perkara-perkara maksiat, lagha dan syubhah

     Kaedah menghafaz

  • Talaqqi dan Musyafahah : guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat kemudian diikuti oleh pelajar atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat-ayat yang hendak dihafaz atau menyemaknya ketika sesi tasmi'. Bacaan tersebut mestilah lancar, fasih dan bertajwid.
  • Membaca dan Melancarkan bacaan : 

  1. menggunakan mushaf yang bersaiz besar bagi memudahkan kita jelas untuk membaca dengan lancar.
  2. menentukan ayat-ayat yang hendak dihafal.
  3. melancarkan bacaan dengan tajwid yang betul pada ayat-ayat atau surah-surah yang hemdak dihafaz.
  4. memahami makna-makna ayat dan sebab-sebab turun ayat sekiranya ada Asbab an-Nuzul pada ayat yang hendak dihafaz.
     Teknik Menghafaz Al-Quran
  • mengulang-ulang bacaan :: mula menghafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya. Apabila sudah diingat dengan baik dan jelas, maka mulalah menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama pada ayat yang pertama tadi. Apabila ayat kedua telah diingat dengat baik, maka ulang ayat yang pertama dan kedua, setelah lancar, baru mula menghafal ayat yang ketiga. Dan lakukannya pada ayat yang seterusnya.
  • menghafaz dengan seorang teman :: pilih seorang teman. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua dan sebaliknya. Kedua-duanya mestilah saling menguji antara satu sama lain.
  • penulisan (kitabah) :: menulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz. Kemudian, semak semula berpandukan al-Quran.
  • teknik mendengar :: mendengar bacan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga hafaz.
  • pembahagian :: memisahkan ayat-ayat yang panjang kepada beberapa bahagian. Selain itu, kita juga boleh membahagikan selembar muka surat kepada beberapa bahagian. Setelah bahagian pertama diingat, barulah teruskan dengan bahagian yang kedua. Apabila bahagian kedua telah diingat, ulang bahagian pertama dan kedua kemudian terus menghafaz ke bahagian yang ketiga. 
     Teknik Mengekalkan Hafazan
  • membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat, sama ada solat fardhu ataupun solat  sunat.
  • menggunakan mushaf yang sama sehingga khatam hafazan.
  • membiasakan diri dengan menulis ayat-ayat al-Quran dan disemak oleh guru.
  • pilih sehari untuk mengulang ayat-ayat yang telah dihafaz dalam minggu tersebut dan minggu yang sebelumnya.
  • dapat mengkhatamkan hafazan dalam masa yang telahditetapkan. Sebaik-baiknya sebulan sekali.
  • memberikan tumpuan pada ayat-ayat yang hampir sama.
:::dipetik diringkaskan dari buku KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN terbitan DARUL QURAN, JAKIM:::

 ...wallahu a'lam...


No comments:

Post a Comment

:: my fb ::

:: followers ::