Assalamualaikum w.b.t semua..
Astaghfirullah, saya sedar blog ini telah lama ditinggal pergi. Ingin sekali kerja dijadikan alasan tetapi melihat sahabat-sahabat yang kerap update blog, buat saya serba salah sebab mereka juga punya urusan untuk diselesaikan malah urusan itu adalah urusan berkaitan agama. Oklah, cukup setakat ini dahulu isu SIBUK.
Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang kepada diri ini untuk melaungkan masa membaca buku. Sebenarnya buku itu tidaklah punya kaitan dengan pelajaran saya di kampus universiti tapi bagi saya buku itupunya kaitan yang besar dengan kampus kehidupan saya.
Rindu Bau Pohon Tin oleh Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com
Saya cukup yakin ramai yang telah membacanya. Antara topik yang mencuri perhatian saya adalah tabiat kebanyakan manusia hari ini (dan semestinya saya juga tidak terlepas dari tabiat ini) iaitu celupar.
Sebelum itu, saya mohon keizinan Ustaz Hasrizal untuk saya masukkan hasil tulisan ustaz dalam blog saya ini.
Berbalik kepada hal CELUPAR tadi. Dalam tak sedar, ramai sebenarnya yang berbangga dengan keceluparan sendiri. Sehingga ada yang mengaku tanpa rasa malu mahupun sedih atau lebih tepat lagi tanpa ada usaha untuk mengubah sikap itu.
“Apakan daya, kami memang bangsa yang celupar,” kata mereka.
Memang ada yang beralasan begitu.
Tetapi mampukah kita memberikan alasan yang sama di depan Allah nanti?
“Ampunkan aku ya Allah! Aku celupar kerana aku orang negeri itu dan ini. Aku ‘laser’ kerana mak bapakku semua begitu.”
Celupar itu semakin parah apabila kita berbangga dengan keceluparan kita. Kononnya orang yang celupar ini macho dan berani.
Terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu aku dapat membaca buku Rindu Bau Pohon Tin ini. Terima kasih juga kepada Ust. Hasrizal atas karya yang sangat mententeramkan jiwa insan-insan yang dipukul gelora nafsu duniawi ini. Moga Allah membuka seluas-luas pintu rezeki kepadamu.
Buat sekalian pembaca blog ini yang masih belum mendapatkan buku ini, dapatkanlah secepat mungkin. Bagi yang belum habis menggunakan baucer RM200, manfaatkan baucer itu sebaiknya. Moga kita semakin dekat kepadaNya.
alim, bagi nama buku tu...
ReplyDeletetajuk buku tu 'RINDU BAU POHON TIN'...
Delete