Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Monday, May 30, 2011

:: bersangka baik dalam bersahabat ::

Di suatu malam ketika sedang berehat bermain futsal...

"Wan, esok kalau kau pergi walimah kakak Abbudin tu dengan diorang Zainal ajak aku sekali tau."
"Ok. Tapi aku pun tak pasti lagi dapat join diorang atau tidak.."
"Oo..tapi kalau kau pergi, ajak aku. Aku nak gak jumpa dengan Abbudin tu, dah dua tahun tak jumpa"
Zafwan hanya mendiamkan diri dek sibuknya membalas mesej daripada seseorang yang dianggapnya istimewa bagi dirinya.

Raziq dan Zafwan sudah lama kenal. Dari sekolah rendah hinggalah tamat sekolah menengah. Jika orang menyebut fasal Zafwan maka pastinya mereka menyebut nama Raziq sekali. Mereka tak ubah seperti saudara.

Keesokan harinya...

"Assalamu'alaykum.."
"Wa'alaikumussalam..Raziq, nak jumpa Zakwan ke?"
"Ya mak cik. Zakwan ada kat rumah?"
"Dia tiada, awal pagi lagi dia dah keluar. Katanya ke walimah kawan kamu si Abbudin tu. Dia pergi dengan sepupu dia tadi, Safiah. Mak cik ingat kamu pergi sekali dengan dia tadi."
"Oo...kalau macam tu tak apa lah mak cik, saya balik dulu..assalamu'alaykum"

Sedih membungkus diri Raziq. Ini bukanlah kali pertama malah sudah seringkali dia di buat begini oleh sahabat yang dikiranya saudara itu. Kalau dekat mungkin boleh dia bergegas sekali ke walimah kakak Abbudin tapi perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 3 jam. Kali terakhir mereka berjumpa ialah ketika mengambil keputusan SPM di sekolahnya.

Kesedihannya berbaur geram dan marah. Sesekali dia tertanya, apakah maksud persahabatan yang telah lama dibina ini. Atas dasar apakah persahabatan ini terbina dan kenapa Zakwan pergi bersama sepupunya, sedangkan Raziq adalah sahabat Abbudin. Pagi cerah di luar sana, namun awan hitam membawa hujan datang ke hati Raziq.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia singgah di sebentar di surau di taman perumahan tempat dia dan Zakwan tinggal. Paip dibuka dengan tangan kanan diiringi lafaz basmalah. Wuduk diambil sesempurna mungkin. Hatinya sedikit tenang selepas mengambil wuduk. Raziq meneruskan langkah ke ruang solat. Dia membanyakkan istighfar mendapatkan ketenangan, kemudian solat Dhuha didirikan. Usai solat dhuha, dia berdiri lagi mendirikan solat taubat. Dia mengalunkan surah at-Tahrim dalam solat taubatnya. Dipertengahan bacaan, ayat ke enam surah itu, matanya mulai berkaca. Tiba pada ayat ke lapan, mata yang berkaca tadi pecah mengalirkan air mata. Air matanya berlinang, indahnya bahasa al-Quran, mudah difahami serta dihayati.

Setibanya di rumah, Raziq mencapai laptop di atas meja study. Facebook dibuka, tiba-tiba dia ternampak nama Hamzah, naqib usrahnya di kampus. Lalu...

"assalamu'alaykum..pa kbar?lma x bsua..n_n"
"wa'alaykumussalam..alhmdlillah, ana sihat spt biasa, enta?"
"alhmdlillah, spt biasa..akh.."
"ana nk mnta nsiht bole?"
"hmm..napa?"
"sbnrnya, cm ni...ana ada sorg shbt, dah lma kmi knal, dr skolah rndh smpai skola mngh tp.."
"bla ada event pntg y mlibatkn pshbtn, khadirn ana seolah x prnh wjud"
"mksdnya??"
"mcm ni..ana slalu psn lau ada event dgn kwn2 lma, jgn lpa ajk ana"
"cthnya arini, ada sorg(shbt B), bru mlm td kmi main ftsal sma2, ana da ckp, lau g kduri kawin kaka shbt A, jgn lpa ajk"
"pg td bla ana g umah B, mak dia kata B bru gerak g umah shbt A tu dgn kzen dia bsma2 shbt2 ana y lain"
"pd enta, cmana bole jd cm ni?"
"mgkn dia lupa kot"
"mslhnya da byk kali blaku cmni"
"hmm..shbt2 enta tu mrokok x?"
"hmm..x smua.."
"mgkn dorg xnk enta 'pergi' awl"
"dorg smua mrokok, enta je y x"
"enta fhm apa y ana cba smpaikn?"
"^^"
"mksd enta bsangka baik??"
"tpt skali..biar slalu dorg buat cmtu kt enta tp jgn skali enta bls"
"n jgn skli bniat utk bt cmtu blik kt dorg"
"tp buat sebaliknya"
"igt lg kisah nabi saw n pmpuan yhudi y buta?"
"insyaallah igt"
"mgkn ms ni dorg x sdar n pdulikn khadirn enta"
"tp siapa tau bla enta da xda"
"ms 2 la dorg prlukn enta"
"mskipn enta da 'pergi'.."
"^^"
"syukran akh atas nsihatnya"
"afwan.."
"k la akh"
"ana mnta dr dlu"
"slamat mnuntut ilmu..assalamu'alaykum..n_n"
"slamat bcuti juga..wa'alaykumussalam..^^"

Selepas berbual dengan naqibnya tadi, barulah senang Raziq mengukir senyuman tanpa terpaksa.


*****

semoga bermanfaat kepada kalian


...wallahu a'lam...

Thursday, March 31, 2011

:: just a simple view about tsunami ::


Alhamdulillah, dengan nikmat masa lapang dan kesihatan yang Allah beri, aku berkesempatan untuk meng-update blog yang entah apa-apa ni. Bersyukur ke hadrat Ilahi, keranaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.


Tsunami, isu yang menghangatkan dunia akhir-akhir ini. Sebelum ini pihak meteorologi dunia ada memberi amaran kepada semua tentang perubahan jarak bulan yang semakin mendekati bumi. Pelbagai persediaan yang dilakukan bagi menghadapi bencana di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, hanya Allah yang lebih tahu akan apa yang berlaku.


Menyingkap ibrah di sebalik peristiwa tsunami ini, my lecturer of Basic Theme of Quran, Ust Jasri told us that tsunami incident was just a small disaster compared to what happened to Prophet Noah 'alaihi salam and his people. Maybe the disaster is different but the element involved is still the same, water, it can be useful and vice versa.


Apa yang tercatat dalam al-Quran tentang kaum Nabi Nuh a.s?


[28]
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
[29]
Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
[30]
Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
[31]
Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim".
[32]
Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
[33]
Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
[34]
Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".
[35]
(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
[36]
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
[37]
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
[38]
Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
[39]
Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak".
[40]
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
[41]
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[42]
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
[43]
Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
[44]
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
[45]
Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".
[46]
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
[47]
Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".
[48]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya".
[49]
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Hud [28-49]
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
Surah Nuh [28]

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran atas setiap bencana yang menimpa di sekeliling kita.


…wallahu a'lam…

Monday, February 21, 2011

:: the next destination : 1 : al hamra ::

Argh...bosan menyelubungi. Masa terlalu lapang ketika ini. So, slot kali ini aku nak travel ke suatu yang aku minat. Doakan aku agar dapat menjejakkan kaki di sana walau hanya seketika. Semua orang punya destinasi yang diimpikan, mungkin destinasi untuk berbulan madu, mungkin juga destinasi menyambung pelajaran, atau mungkin destinasi menamatkan usia. Entahlah, tetiba aku nak sebut pasal ni. Banyak tempat yang ingin ku jejak. Jerman, Turki dan banyak tempat lagi kat seluruh dunia ni terutamanya tempat-tempat yang pernah mencatatkan kewujudan tamadun Islam.

korang mesti tau tempat ni kan?

Mula-mula sekali jom kita ke Seville,Spain@Sepanyol. Ceh, tetiba rasa macam nak jadi pemandu pelancong pula. Kat Spain ni ada satu tempat yang sangat menarik perhatian aku iaitu Granada. Spain yang dahulunya dipanggil Andalusia, mencatatkan pelbagai peristiwa bersejarah. Antaranya peristiwa 1 April atau kini lebih dikenali sebagai April Fool. Time sekolah rendah dulu aku tak tau pun yang April Fool ni adalah hari untuk orang-orang kafir meraikan peristiwa berdarah bagi umat Islam di Spain. Dan hari itu adalah hari terakhir umat Islam berada di Spain.

Granada, sebuah kota yang terletak lebih kurang 124km dari Malaga. Kalau nak ke sana lebih mudah naik bas melalui highway dari Costa del Sol. Di sana juga terletak Al-Hamra. Dari segi bahasa Al-Hamra adalah perkataan bahasa Arab, الْحَمْرَاء, yang bermaksud Merah. Seingat aku, Hamra ni adalah muannas bagi Ahmar, الأحمر, yang juga bermaksud ‘merah’.

Jom kita berjalan-jalan di sekitar kawasan ni. Sambil-sambil tu kita belajar design principles in architecture.

pandangan dari atas 

Hmm...bagi yang belajar architecture, mesti tau konsep yang di aplikasi dalam pembinaan Istana Al-Hamra ni. 

from this pic, we can see the symmetry, pattern, texture


another example of texture and pattern


opening and lighting

You know what guys, the opening, lighting and degree of enclosure make it sacred and holiness. The design symbolize the pride and greatness. Actually, all the principles are related each other.

interlocking spaces, space within a space and spaces linked by common spaces

Additive and subtractive, recess and relief

Hmm...menarik kan istana ni? Banyak fakta sejarah yang tersimpan di sebalik istana Al-Hamra. Pada pandangan aku, sejarah dan seni bina ni agak susah untuk dipisahkan. Bak kata Maria dalam Ayat-ayat Cinta, "Sungai Nil dan Mesir itu jodoh". Macam tu lah juga sejarah dan seni bina. Bagi aku ia adalah jodoh, hmm..maksud aku, sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Oklah, sampai sini dulu. Lain kali kita akan melancong sambil belajar ke tempat lain pula.

...wallahua'lam...

Saturday, April 10, 2010

khatam hafazan : al hafiz atau al habis??



"Akh, mabruk sebab dah khatam hafazan. Sekarang dah bergelar al-hafiz dah, lepas ni bolehlah belanja kami..hehe"

"Syukran, tapi pasal belanja tu tak pastilah..hehe. Kan anta pun dah bergelar al-hafiz lebih awal dari ana"

"Hehe..takde lah, belanja tu gurau je..macam mana perasaan anta sekarang?"

Begitulah antara perbualan pelajar yang telah menamatkan hafazan al-Quran mereka. Jika insan lain gembira dengan khatamnya bacaan al-Quran, maka lain pula bagi barisan pelajar tahfiz. Gembira mengkhatamkan hafazan hingga tak terluah dengan kata-kata malah ada yang gembira sehingga tak terasa air mata bercucuran membasahi pipi sampai ke dagu hingga jatuh bercucuran jatuh ke lantai..subhanallah, alangkah manisnya pengalaman itu.

Walaubagaimanapun, al-hafiz hanya sekadar nama jika hafazan itu tidak diulang dan sentiasa diulang kerana sehari kita meninggalkan al-Quran, seminggu al-Quran meninggalkan kita dan begitulah seterusnya. Lalu, layaklah kita bergelar al-habis sekiranya ini yang berlaku.

teringat kembali pada peristiwa khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, apabila baginda membacakan wahyu yang terakhir dari al-Quran yang bermaksud..

"...hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu sebagai agamamu.."(potongan surah al-maidah:ayat 3)

Subhanallah, pada hari itu lengkaplah al-Quran yang menjadi panduan kita hari ini. mendengarkan berita itu, semua sahabat gembira yang tak terhingga tetapi hanya seorang sahabat yang menangis tatkala mendengarnya, beliau adalah Abu Bakar, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. melihatkan keadaan itu, para sahabat datang mendekati beliau lalu bertanya,

"wahai Abu Bakar, mengapa engkau menangis?"

"sesungguhnya sesudah kesempurnaan itu adanya kekurangan"

Ringkas jawab beliau tapi penuh dengan makna. Ramai yang terkesan dengan jawapan Abu Bakar dan terus menangis kerana telah sempurna dakwah Rasulullah s.a.w membawa ajaran agama Islam dan pastinya baginda akan kembali bertemu Allah. Oleh yang demikian, ingatlah kita adalah pendokong yang akan menegakkan agama Allah, bukan yang menghafaz al-Quran sahaja, malah umat Islam seluruhnya berdasarkan ayat 125, surah an-nahl yang bermaksud..

"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran (teladan) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Justeru, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan hafazan kita kerana amat susah untuk menjaga hafazan berbanding menhafaz al-Quran. Ingatlah, al-habis adalah orang yang meninggalkan apa yang telah dihafaznya tanpa ada usaha untuk mengingatinya manakala al-hafiz ialah orang yang sentiasa mengulang hafazannya dan sentiasa berusaha untuk mengulang hafazannya.

wallahu a'lam..

Wednesday, March 10, 2010

...jadilah seperti air...


Tak tahulah nak cerita macam mana, tapi beginilah hakikatnya..

“Kalau antum tuang air ke dalam gelas, tuanglah sampai melimpah, bukan kita nak membazir tapi apa yang kita mahu ialah iman kita seperti air itu. Apabila kita beriman, iman kita bukan sahaja memenuhi atau menguasai diri kita malah iman kita dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita sepertimana melimpahnya air yang kita tuang tadi ke sekeliling gelas itu. Sabda baginda s.a.w “sebaik-baik di antara kamu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain”…” Itulah antara kata-kata yang selalu murabbi saya cakap.

Bagaimana kita nak bersifat atau bersikap seperti air itu? Mari kita singkap kembali sirah baginda s.a.w apabila akhlak baginda menjadi seperti air itu.

Rasulullah s.a.w dan sang Yahudi tua yang buta dan miskin

Hampir setiap hari Rasulullah s.a.w berjalan menuju sebuah rumah sederhana, Rumah itu adalah rumah orang tua Yahudi yang miskin dan buta. Rasulullah sering mengunjunginya dan memberikan makanan kepadanya. Bukan itu sahaja, Rasulullah juga menyuapinya, bukan sekadar menyuapi sang Yahudi tersebut, beliau juga menghaluskan terlebih dahulu makanan yang hendak diberikan kepada orang tua tersebut dengan menyunyah makanan itu terlebih dahulu.

Seringkali sang Yahudi tua mencaci maki Rasulullah ia mencaci-maki beliau bahkan di hadapan Rasulullah sendiri yang sedang menyuapinya. Hebatnya Rasulullah, beliau tidak memberitahu si Yahudi tersebut bahwa dirinya adalah Muhammad s.a.w. yang selalu dihinanya. Rasulullah tidak menghiraukan ucapan Yahudi tersebut dan terus saja beliau berkunjung ke rumah sang Yahudi dan memberikan makanan sampai akhir hayat baginda.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar menjadi khalifah. Ia mengunjungi Aisyah(riwayat lain mengatakan Fatimah) dan bertanya kepadanya tentang amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah. Lantas Aisyah menjawab bahawa ia tidak akan mampu menyaingi akhlak Rasulullah saw, ia menceritakan kepada Abu Bakar tentang kebiasaan Rasulullah memberi makan kepada sang Yahudi tersebut. Abu Bakar mendatangi sang Yahudi buta tersebut, tanpa berbicara apa-apa ia langsung menyuapi orang Yahudi. Seketika sang Yahudi merasa ada yang berbeza, kali ini bukan seperti biasanya. Sang Yahudi meludah makanan yang disuapi tadi.

Dialogpun terjadi di antara Abu Bakar dan Yahudi buta tersebut. Yahudi berkata kepada Abu Bakar, “aku tahu engkau bukanlah orang yang biasa datang menyuapiku.”

Abu Bakar bertanya. “bagaimana kau tahu aku bukan orang yang biasa datang kepadamu?”

“Orang yang biasa datang kepadaku senantiasa menyuapiku dengan terlebih dahulu menghaluskannya dengan mulutnya, sedangkan kau tidak. Ia begitu mengerti aku, ia memenuhi semua keperluanku, sungguh engau sangat berbeza dengan orang yang biasa menyuapiku. Mana orang itu?” jelas sang Yahudi tersebut.

“Engkau benar, aku bukanlah orang itu. Orang yang biasa datang menyuapimu adalah Muhammad Rasulullah s.a.w dan kini ia telah meninggal dunia.” jawab Abu Bakar. Selanjutnya diriwayatkan bahawa orang Yahudi tersebut menangis dan menyesali perbuatannya menghina orang yang selama ini menyuapinya, sampai akhirnya ia masuk Islam.

Dari kisah ini kita dapat lihat bagaimana tingginya akhlak Rasulullah s.a.w dan daripada akhlak baginda, Yahudi tersebut berasa senang sehingga dapat merasakan sesuatu yang sangat berbeza apabila Saidina Abu Bakar mengganti baginda s.a.w. Begitulah antara perumpamaan analogi yang dapat dibuat saya ambil contoh.

Wallahu a’lam..

:: my fb ::

:: followers ::