"Akh, mabruk sebab dah khatam hafazan. Sekarang dah bergelar al-hafiz dah, lepas ni bolehlah belanja kami..hehe"
"Syukran, tapi pasal belanja tu tak pastilah..hehe. Kan anta pun dah bergelar al-hafiz lebih awal dari ana"
"Hehe..takde lah, belanja tu gurau je..macam mana perasaan anta sekarang?"
Begitulah antara perbualan pelajar yang telah menamatkan hafazan al-Quran mereka. Jika insan lain gembira dengan khatamnya bacaan al-Quran, maka lain pula bagi barisan pelajar tahfiz. Gembira mengkhatamkan hafazan hingga tak terluah dengan kata-kata malah ada yang gembira sehingga tak terasa air mata bercucuran membasahi pipi sampai ke dagu hingga jatuh bercucuran jatuh ke lantai..subhanallah, alangkah manisnya pengalaman itu.
Walaubagaimanapun, al-hafiz hanya sekadar nama jika hafazan itu tidak diulang dan sentiasa diulang kerana sehari kita meninggalkan al-Quran, seminggu al-Quran meninggalkan kita dan begitulah seterusnya. Lalu, layaklah kita bergelar al-habis sekiranya ini yang berlaku.
teringat kembali pada peristiwa khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, apabila baginda membacakan wahyu yang terakhir dari al-Quran yang bermaksud..
"...hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu sebagai agamamu.."(potongan surah al-maidah:ayat 3)
Subhanallah, pada hari itu lengkaplah al-Quran yang menjadi panduan kita hari ini. mendengarkan berita itu, semua sahabat gembira yang tak terhingga tetapi hanya seorang sahabat yang menangis tatkala mendengarnya, beliau adalah Abu Bakar, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. melihatkan keadaan itu, para sahabat datang mendekati beliau lalu bertanya,
"wahai Abu Bakar, mengapa engkau menangis?"
"sesungguhnya sesudah kesempurnaan itu adanya kekurangan"
Ringkas jawab beliau tapi penuh dengan makna. Ramai yang terkesan dengan jawapan Abu Bakar dan terus menangis kerana telah sempurna dakwah Rasulullah s.a.w membawa ajaran agama Islam dan pastinya baginda akan kembali bertemu Allah. Oleh yang demikian, ingatlah kita adalah pendokong yang akan menegakkan agama Allah, bukan yang menghafaz al-Quran sahaja, malah umat Islam seluruhnya berdasarkan ayat 125, surah an-nahl yang bermaksud..
"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran (teladan) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
Justeru, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan hafazan kita kerana amat susah untuk menjaga hafazan berbanding menhafaz al-Quran. Ingatlah, al-habis adalah orang yang meninggalkan apa yang telah dihafaznya tanpa ada usaha untuk mengingatinya manakala al-hafiz ialah orang yang sentiasa mengulang hafazannya dan sentiasa berusaha untuk mengulang hafazannya.
wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment