Wednesday, June 2, 2010

..teruskan memboikot..


Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita serangan Israel terhadap misi kemanusiaan khas untuk rakyat Palestin dan Gaza atau dengan lebih mudahnya kita katakan ia adalah misi kemanusiaan untuk membantu saudara seagama kita iaitu Islam. Terpampang kekejaman Israel bukan sahaja di dada-dada akhbar malah di kebanyakan laman web. Moga usaha mereka diterima oleh Allah Yang Maha Esa.
Saya ingin mengulas sedikit petikan dalam akhbar Berita Harian (klik untuk pautan) hari ini..
Ditanya sama ada wajar Malaysia memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat, Najib berkata, tindakan itu tidak akan memberi kesan kerana tidak ada tindak balas daripada negara berkenaan, tetapi Malaysia akan memikirkan apa yang wajar dilakukan menerusi sidang Majlis Keselamatan PBB.
“Kita tak ada produk Israel di sini, jadi kita tidak ada hubungan langsung dengan Israel, oleh itu tidak ada apa-apa kesan,” katanya.-dipetik dari akhbar Berita Harian
Saya tersentuh sedikit tentang apa yang dikatakan oleh beliau. Mungkin benar kita tiada produk Israel di sini (di negara kita) tapi saya yakin di sini banyak produk dan syarikat-syarikat perniagaan yang menyumbang kepada mereka sama ada ekonomi mahupun sumber ketenteraan itu sendiri. Kalaulah semua orang berpendapat bahawa usaha memboikot itu tidak akan membawa apa-apa kesan, pasti tidak akan memberi kesan sebab kita belum berusaha sedangkan Allah akan memandang dan menilai usaha seseorang sebelum memberikan hambaNya ganjaran. Apa usaha kita jika terus berkata sedemikian tanpa berusaha, firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud..
"...kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad (berazam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal"
'membulatkan tekad (berazam)' berdasarkan ayat ini tekad yang dimaksudkan adalah tekad yang disertai dengan usaha. Ianya sama jika kita ingin berjaya, kita perlu berusaha. Setelah usaha, barulah kita menyerahkan selebihnya kepada Allah. Jika positif hasil yang kita terima, maka ia adalah anugerah dariNya. Namun jika negatif impak yang kita terima, maka kita patu merujuk semula setiap langkah dalam usaha kita lakukan bermula dengan niat. Renungkan hadis ini..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

Apa-apa pun, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap perkara yang menimpa. Saya tertarik dengan satu mesej yang saya terima dari saudara seusrah suatu pagi dahulu..

"Sesungguhnya malaikat Jibril itu diutuskan untuk menyempurnakan hajat manusia. Apabila seseorang kafir itu memohon, Allah memerintahkan Jibril agar menunaikan hajatnya dengan segera kerana Allah membenci mendengar kata-katanya. Dan apabila seorang hamba muslim, yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibril agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah amat rindu mendengar suara hambanya yang beriman"

Secara tuntasnya, ingin saya simpulkan di sini bahawa usaha memboikot Israel dan produk-produk yang menyumbang kepadanya mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Cukup sekadar itu dahulu..







“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” (surah al-baqarah : ayat 250)

Mohon kemaafan andai artikel ini menyebabkan mana-mana pihak berasa kurang senang.
Wallahu a'lam..

2 comments:

  1. Salam.

    boikot antara tindakan yang bijak tapi perlu dilakukan secara berperingkat, bukan secara membabi buta.

    Tanpa sedar kita sudah masuk ke beberapa fasa boikot selepas pelancaran boikot yang pertama dilancarkan awal tahun 2009 dulu. Peringkat pertama dilakukan pada 6 bulan pertama dgn menyenaraipendek 7 barangan yang mesti diboikot.
    1.maggi
    2.starbucks
    3.kit kat
    4.coca-cola
    5.macdonalds
    6.colgate
    7.johnson & johnsons

    Kemudiannya 6 bulan kedua dgn senarai barang boikot yang baru. (mana2 brg yg belum tersenarai pada fasa I )

    kita nak boikot barang tapi kita lupa satu perkara :

    "wujudkan alternatif untuk menyaingi barang2 tersebut."

    kesimpulannya,tindakan boikot perlu dibuat secara bermatlamat dan fokus.

    **betulkan andai tersilap.wallahu a'alam.

    ReplyDelete
  2. syukran atas komen dan idea yang diberikan..

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::