Saturday, February 26, 2011

:: antara Qabil Kushry Qabil Igam dan sekolahku? ::

Hmm…kali ini macam nak ambil slot soseh-soseh pula. Have you ever watched Qabil Kushry Qabil Igam?? Haa..ada sesuatu yang best kat sini walaupun kadang-kadang ada rasa kurang puas hati sikit dan kadang-kadang sebaliknya..^^


Kalau sesiapa yang dah tengok filem ni mesti korang kurang perasan, sebab ini melibatkan sekolah aku yang berstatus sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). 1st of all, I want to show my school badge.


Ni lah logo sekolah yang selalu aku bangga-banggakan. Mungkin bukan bagi sesetengah pihak yang sentiasa mahukan kebebasan bergaul. Come on lah, what is 'A' stand for in 'SMKA'? Isn't it stand for 'agama', 'akhlak', or in English, we can define it as 'attitude'. Ok, ni antara snap yang aku dapat dari google...


look at the top right pic...and when we zoom it...


and now...lets zoom on their school badge....


and


this is it....



My school is a religious school ok.. Boleh pula badge tu kena gunapakai dalam lakonan tanpa tutup aurat. Mujur tiada orang peduli pasal lencana sekolah yang diaorang pakai tu. Tapi, jangan lupa, time tu isu ni agak hot kat bilik guru sekolah aku, maybe..hehe.. Bila sampai di telinga pelajar-pelajar pula, ramai yang gembira dan teruja nak tonton filem ni, mujur time tu kat pawagam dah tamat tayangan filem ni, kalau tak, tak mustahil sekolah aku jadi penyumbang utama kepada filem ni..haha

Aku pun tak tahu nak bangga atau tak. Ni kalau saman, bole buat duit ni..hehe
Ops..agak-agak la kalau nak ambil kesempatan. Mudah-mudahan ada antara kru diaorang yang perasan dan muhasabah balik tentang apa yang dah berlaku.

So, apa yang boleh aku cakap???

     jangan suka-suka ambil lencana sekolah orang untuk digunapakai dalam lakonan yang tak selari dengan biah lakonan dan biah sekolah tu. Bukan apa, cuba bayangkan kalau suatu hari lencana sekolah korang digunapakai dalam lakonan yang pelik-pelik dan menjijikkan. Contohnya, ambil dadah, terlibat dengan gejala buang anak dan zina. Masa tu, tidak mustahil orang akan fikir sekolah itu ini dan blah..blah..blah..

Mungkin ini tidak berlaku kepada korang, tapi tidak mustahil ia berlaku kepada saudara-mara, kawan-kawan ataupun kenalan korang. Last but not least...terimalah...

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


:: KEMBALI by Far East ::

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


...seinfiniti kemaafan ku pohon andai post kali ini memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak...

...hamba yang berlumur dosa...

...wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment

:: followers ::