Bismillahirrahmanirrahim..
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (surah Yaasin : 65 )
SubhanAllah, indahnya al-Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat ayat-ayat tentang hukum, sirah dan ilmiah malah terdapat juga ayat-ayat mengenai alam ghaib. Ramai ulama berpendapat, bahawa ayat ini adalah antara persoalan di alam barzakh kelak..
Astaghfirullah..sedikit kesal di hati ini kerna bagi yang ingin menyampaikan Islam, sebenarnya tiada sebaik-baik rehat melainkan rehat di alam barzakh. Itulah sedikit pelajaran yang dapat ku pelajari pada musim cuti kali ini. Kekosongan di dalam hati pula semakin terasa. Persoalan tentang kesaksian diri semakin menghantui ruang benak fikiranku. Seringkali aku bertanya pada diriku..
Ketika ku meneliti tangan ini, hati kecilku bertanya..
"ya Allah, berapa banyak sumbangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua tangan yang telah Kau anugerahkan kepada ku ini untuk dikorbankan di jalan agama Mu"
Dan hati kecil tadi jugalah yang menjawabnya, "..amat sedikit dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas mati nanti.."
Ketika mata merenung kedua kaki, hati kembali bertanya..
"ya Allah, di manakah kaki yang Kau anugerahkan ini selalu melangkah.."
Dengan sayunya, hati itu juga menjawab,
"..lebih banyak ke tempat-tempat yang tidak mendatangkan faedah kepada jasmani dan rohaniku.."
Ketika tangan mula menyentuh telinga, hati ini bertanya lagi..
"wahai diri, sebanyak mana peringatan tentang mati yang telah kau dengari.."
Hati tadi menjawab lagi..
"terlalu sedikit untuk menampung kekosongan di jiwa ini.."
Kemudian, tubuh ini bergerak ke cermin..
"wahai mulutku, sebanyak mana ucapan yang bermanfaat telah kau sampaikan.."
Hati ini tidak jemu menjawab sejujurnya..
"terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan setiap teguk air yang diminum"
Mata yang tadinya memandang mulut melalui cermin, kini beralih ke mata..
Ku renung anak mataku yang sedang berkaca ini sedalam-dalamnya..
"ya Allah, alangkah ruginya aku.."
"mata yang Kau berikan kepadaku ini ketandusan kalimah-kalimah al-Quran Mu Ya Allah.."
Kemudian, sekali lagi tanganku bergerak menyentuh dada dan bertanya..
"wahai iman dan mata hati, apa khabar kalian hari ini??"
Hati yang buta ini menjawab,
"wahai peminjam hati, tahukah kau bahawa iman dan mata hatimu semakin nipis dan gelap.."
"ya Allah, sungguh banyak aku menzalimi setiap anggota tubuh yang Kau pinjamkan kepadaku ini. Alangkah zalimnya aku sehingga baru kini ku sedari kekosongan dan kegelapan yang sedang menguasai diriku ini, apatah lagi hati ini…Wahai mata, telinga, mulut, tangan dan kaki..maafkanku kerna menzalimi kalian, aku tahu aku sering hanyut di bawa arus kemodenan ini. Wahai iman dan hati, maafkan aku kerna perilaku ku menggelapkan kalian..wahai setiap anggota tubuh ini, kalian bantulah aku menjawab persoalan-persoalan di alam barzakh kelak. Kalianlah yang menjadi saksi setiap gerak geri ku di dunia ini ketika malaikat Izrail datang memanggil dan ketika malaikat Munkar dan Nakir datang bertanya ketika ku berada di alam kubur nanti"
"ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku menempuh dunia ini dan jauhkanlah aku dari penyakit wahn"
...wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment