Thursday, March 10, 2011

:: ku merindukanmu ::

Aku masih ingat lagi saat kali pertama aku bertemu denganmu di kelas bernama Ibnu Jarir. Walaupun kau hanya diam, tapi tahukah kamu bahawa masa tu aku amat bencikanmu. Aku pun tak tahu kenapa, namun rasa benci itu aku pendam dan ku simpan dengan harapan tiada siapa yang tahu, walaupun kadang-kadang aku luah di dalam kelas. Aku sering merungut tentang kamu, itu tak kena ini tak kena tapi kamu tetap membisu seolah-olah mengizinkan apa yang kulakukan. Maafkan aku atas kesilapan itu.

Sehinggalah hujung tahun 2005, masa tu baru aku kenal kamu sebenar-benarnya walaupun masa tu aku sudah tidak lagi sekelas dengan kamu. Rasa benci itu bertukar menjadi mahu. Mahukanmu, mahu tahu akan kamu dan salasilahmu. Rasa mahu yang boleh ku katakan cinta, meskipun aku tahu cinta itu buta. Walaubagaimanapun, tak berani aku luahkan rasa hatiku kepadamu. Ku rasa aku masih belum cukup kuat untuk meluahkan rasa hati ini.

Hari silih berganti sehingga tamat PMR ku duduki, kehadiranmu menghiburkanku dan pada masa yang sama kamu juga menjadi sebab untuk aku cemerlang dalam PMR itu. Semenjak hari itu, aku amat pasti kamu tahu tentang perasaanku terhadapmu meskipun aku hanya mendiamkan rasa hati ini. Aku semakin seronok bila bersamamu. Namun, kita terpaksa berpisah bila SPM mendatangiku. Kamu ku tinggalkan selepas SPM ku akhiri. Kita sama-sama menyendiri, hanya berkomunikasi bila saling merindui. Sebenarnya, post ini ku tujukan khas buat kamu kerana aku sudah tidak sanggup lagi dibebani rasa rindu.

Baru-baru ini, sekali lagi aku melangkah ke sekolah tempat kita bersama meluangkan masa. Niatku hanya ingin bertemu para murabbi yang telah banyak berkorban untuk aku, kamu dan yang lain-lain, dirimu langsung tidak terlintas di fikiranku. Namun, semakin dekat jarakku dengan bangunan sekolah, semakin kuat perasaan rinduku padamu kerana di situlah tempat aku mengenal akan dirimu.

Aku mahu kamu tahu, bahawa aku sentiasa ingin bersamamu sepanjang masa. Dan hari ini, aku mahu semua orang tahu bahawa aku amat merindui dan menyayangimu BAHASA ARAB… 



Belajarlah bahasa Arab kerana 3 perkara :

           1)     Bahasa Syurga
          2)     Bahasa Al-Quran
          3)     Bahasa Dakwah Rasulullah







...wallahu a'lam...

2 comments:

:: my fb ::

:: followers ::