Tuesday, March 22, 2011

:: SRI Al-hafidz ::


Alhamdulillah, berpaksikan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud...


"siapa yang menghendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu, siapa yang menghendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendakkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu"


Sekolah yang telah lama ku impikan kini telah pun bertapak di Sabah. Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz Bandar Sierra telah pun dibuka sejak awal tahun 2011. Sambutan terhadap sekolah ini adalah diluar jangkaan dan sangat memberangsangkan. Sebuah sekolah yang bukan sahaja menumpukan pembelajaran terhadap al-Quran, malah juga menumpukan pembelajaran terhadap akademik. Dengan mengadakan sesi hafazan al-Quran pada sesi pagi dan pembelajaran akademik pada sesi petang, insyaAllah ilmu ukhrawi dan duniawi dapat diseimbangkan dan diterapkan di dalam diri setiap pelajar meskipun mereka hanya bersekolah rendah dan tidak tinggal di asrama.

antara kemudahan yang terdapat di SRI Al-Hafidz





Sambutan yang amat menggalakkan terhadap sekolah tahfiz ini menyebabkan jumlah pelajar terpaksa dihadkan berikutan penempatan yang tidak mencukupi. Sekolah tahfiz dan akademik yang pertama di Sabah ini hanya bermula dengan sebuah kelas. Walaubagaimanapun, pengorbanan demi pengorbanan dilakukan dan insyaAllah sekolah ini sedang mengumpulkan dana untuk membeli blok bangunan baru bagi menempatkan lebih ramai pelajar di sekolah tahfiz ini. 





15 Mac lepas, aku diajak oleh seorang senior, saudara Azizul Julirin, untuk bersama membantu beliau menyampaikan slot ceramah di sekolah tersebut dalam sebuah kem yang dinamakan 'Kem Smart Tahfiz'. Dalam perjalanan ke sana Abg Azizul menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan sekolah ini. SubhanAllah, mendengar sejarah pengorbanan seorang guru dari Pulau Banggi yang bercuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk menubuhkan sekolah ini dan ini membuatkan aku lebih teruja untuk pergi ke sekolah tahfiz itu bukan sahaja untuk bertemu dengan peserta kem itu yang disertai oleh pelajar yang berusia antara 7 hingga 12 tahun(79 muslimin, 54 muslimat), malah bertemu dengan pengasas sekolah itu. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan ini.





Sememangnya sekolah seperti inilah yang ku impikan sejak sekolah menengah dahulu kerana Sabah amat memerlukan mutiara-mutiara yang mempunyai pengetahuan al-Quran untuk menyampaikan Islam. Semoga apa yang diusahakan mereka ini dipermudahkan Allah.



sumber gambar(klik)

p/s : Sumbangan dana boleh salurkan ke...

BIMB          : 100-160-100782-10 
MAYBANK    : 560 214 005 477


maklumat lanjut : 019-8560679 


...selamat beramal...

n_n


...wallahu a'lam...

2 comments:

  1. assalamualaikum..saudara..kelmarin-31 mei 2012 saya turut ziarah di sekolah ini....memang menakjubkan saudara...atas usaha gigih yang dilakukan oleh pengasasnya...kos operasinya bukan kecil untuk mengusahakan sekolah ini...semoga saudara-saudara kita se islam bersama turut memyokong dan membantu dari segi kewangan untuk meneruskan usaha murni dibumi sabah yang dahagakan ilmu-ilmu akhirat...marzukie

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya anak2 itu perhiasan yg indah...& ilmu agama itu akan menjadikan mereka teramat berharga♥
    Moga anak sulung saya akan menjejakkan kaki & menimba segala ilmu akhirat dsana...insya'allah.

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::