Monday, May 30, 2011

:: Kau, Aku & Dia ::

kau, aku dan dia
tiap kali mendekatinya
mereka akan kata 
dunia kita berbeza
kau agamawan
aku duniawan
dia budiman
kau ilmuan
aku kejahilan
dia historian
kau dan dia kebaikan
maka aku kejahatan
namun
hakikatnya mereka mahu
belajar dan ingin tahu
tapi
ego membungkus diri
hasad menguasai
bertanya diketepi
akhirnya
malu dengan diri
sebenarnya kita punya pilihan
keburukan atau kebaikan
jauh lagi perjalanan
masih terbuka landasan
untuk semua insan
ayuh kita mulakan
walau sedikit ke depan
jangan sekali lupakan
sejarah lama yang menakutkan
agar menjadi pengajaran
untuk teruskan perjuangan




No comments:

Post a Comment

:: my fb ::

:: followers ::