Wednesday, May 4, 2011

:: maaf..izinku pergi : 01 ::

:: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ::

:: ingin aku kisahkan perjalanan kembalinya seorang remaja yang disegani dan dikagumi setelah tersungkur akibat cinta yang menguasai dirinya ::

*****

Hampir dua jam dia menelaah buku membuat persediaan SPM yang bakal dihadapinya empat bulan lagi. Waktu yang berlalu membuatkan remaja lelaki tadi sedikit stress. Ingin sahaja dilampiaskan rasa itu, lalu dia terfikir satu cara...
"salam..pa kbar? ngah wat pa tu?lau ganggu xpyh reply ;)"

Cekap jarinya menekan setiap butang-butang pada permukaan handsetnya. Lalu diklik pada butang yang mewakili perkataan 'send'. Harapannya menggunung tinggi agar pihak di sebelah sana membalas sms yang dihantarnya tadi. Dan itu adalah kali pertama dia menambah simbol 'smiley' dalam smsnya.

"alhmdlillah, sy sihat n jgn risau..x ganggu pn..awk cmna? lma x dgr kbar..:)"

sms yang diterimanya juga punya 'smiley'. 

"sy cm ni je lah..haha..awk x jwb 1 lg soaln sy..:p"

"owh...sy ngah siapkn homework ni smbil dgr rdio..hehe..awk?"

"hmm..lebih kurg ngn awk gak la tp x dgr rdio pn..hihi"

Selepas penyerahan kuasa pada pertengahan tahun itu, berita hubungan antara Sarah dan Razif kini senyap. Penyerahan kuasa memberikan ruang kepada Razif dan para pelajar tingkatan lima yang lain untuk lebih fokus dalam akademik manakala Sarah dan rakan-rakan pelajar tingkatan empat yang lain pula yang mengambil alih tugas-tugas senior untuk mengendalikan program dan seterusnya memperkasakan lagi disiplin di sekolah menengah agama itu. Razif sibuk dengan ulangkaji, Sarah pula sibuk menguruskan organisasi pengawas sekolahnya.

"cmna ngn pjalann progrm n disiplin sekolah?"

Razif sengaja bertanya soalan yang sememangnya diketahui jawapannya.

"alhmdlillah, stakat ni msh ok lg, awk x pyh rsau la. kn awk tu kne fokus ngn akdmk awk...nti jgn smpai mlukn skola lak.."

"amboi, nk tnya skit pn x bole ke..jgn la mrh lak..nti parent awk plik tgk ttibe mrh..haha"

"x mrh pn, just nk nsiht je...oh ya. cba buka rdio era skg, lgu ni sy hdiahkn utk awk :)"

Lagu itu dimainkan tanpa permintaan Sarah tapi selalu menjadi halwa telinganya di kala bosan mendatanginya. Mendapat sms itu, segera Razif mencari aplikasi radio dalam telefon bimbitnya. Handsfree dipakai, frekuensi Era.fm disetkan..

"jika teringat tentang dikau
jauh di mata dekat di hati

sempat terpikir tuk kembali
walau beda akan kujalani
tak ada niat untuk selamanya pergi

jika teringat tentang dikau

jauh di mata dekat di hati
apakah sama yang kurasa
ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat untuk berpisah denganmu

* jika memang masih bisa mulutku berbicara

  satu kata yang ingin terucap
  kan kudengar caci dan puji dirimu padaku
  kita masih muda dalam mencari keputusan
  maafkan daku ingin kembali
  seumpama ada jalan untuk kembali

jika teringat tentang dikau

jauh di mata dekat di hati
tak ada niat untuk selamanya pergi

jika teringat tentang dikau

jauh di mata dekat di hati
tak ada niat untuk berpisah denganmu"


Razif tersenyum, berbunga hatinya mendengarkan lagu yang bertajuk 'Jika' nyanyian Ari Lasso dan Melly Goeslow itu...segera dia membalas sms tadi.


"mungkin inilah masanya," bisik hati kecil Razif.

"trimas...hmm...nk tnya ssuatu bole x?"

Razif cuba untuk berterus terang tentang perasaan yang telah lama dipendamnya itu.
Sms Razif dibalas usai lagu dimainkan di radio.

"tnya je la, lau sy bole tolg..jwb sy jwb"


"tp ini xde kaitn dgn akdmk mhupn organisasi"

Sarah cuba menjangka apa yang ingin disampaikan Razif.

"hmm..x kesa la, tnya je..:)"

"sbnrnya mcm ni..awk igt lg x mlm y awk tnya sal ada org nk 'check in' tu?"

***

Beberapa bulan yang lepas, Sarah pernah menghantar sms kepada Razif...

"salam...maaf ganggu. nk minta tolg...ada org sms td, dia tanya sy ada 'ruang kosg' utk diisi x? nk jwb cmna?"

sms diterima..

segera Razif membalas sms itu...

"hmm...'ruang kosg'...mksudnya??"

Sengaja Razif bertanya, berpura-pura tidak tahu, dengan kata lain mendapatkan kepastian. Sarah Syakirah, seorang pelajar puteri yang berdarah kacukan Arab dan Melayu. Kepetahan dan kepintarannya dalam menyusun kata-kata, pasti sahaja dapat menenggelamkan hujah-hujah pihak yang cuba membangkangnya. Wajahnya yang putih pasti nampak kemerahan jika dia berasa malu, ditambah pula dengan seri lesung pipit di sebelah kiri dan kanannya. Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar putera yang tertarik dengannya. Ini adalah kali pertama Sarah bertanya hal di luar bidang tugas.

"eleh, wat xtau lak kn..mksudnya ada org nk 'check in' kt dlm ati ni...:@"

"hmm...minat kt dia x? lau x, katakn sj y awk da bpunya"

"lau dia tnya sape?"

"cakaplah, 'rahsia'...n lau btul dia nk tau gak, ktakn org itu adlh sy..hehe"

"serius??"

"hmm..tpulg la nk jd kn ia serius or x..:)"

Sebelum ini, memang pernah Razif memendam rasa terhadap Sarah, juniornya yang kini amat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Persoalan yang ditanyakan Sarah seolah-olah memberi harapan kepadanya dirinya pula untuk 'check in'.
Bermula dari urusan organisasi sehinggalah mereka berkawan baik, mungkin juga sudah pada level persahabatan. Namun, fahamkah mereka akan istilah persahabatan itu? Kemudian daripada persahabatan, kini mereka cuba beranjak pula kepada kasih kekasih.

Dan sebenarnya pada masa yang sama juga Sarah sememangnya memendam suatu perasaan kepada seniornya itu, Razif, yang biasanya kelihatan tegas dan disegani oleh semua junior sehingga ramai yang segan dan ada yang takut untuk berkawan rapat dengannya terutamanya menengah rendah. Tambahan pula dia jarang senyum dan sering diamanahkan untuk mengetuai unit disiplin hampir dalam setiap program di sekolahnya. 

Namun, sebenarnya Razif amat mudah untuk didekati. Di dalam kelas pula, amat mudah untuk dia melemparkan senyuman bahkan Razif selalu menghiburkan rakan sekelasnya dengan pelbagai ragam. Pernah sekali Razif diberi tugas untuk memegang watak 'hang jebat' dalam drama 'Puteri Li Po' yang terdapat dalam buku 'Antologi Kerusi'. Razif berseloroh dengan menukar kata ganti nama Hang Jebat kepada 'abang' ketika Hang Jebat bercakap dengan Dang Anum. Riuh rendah kelas dibuatnya. Selain itu juga, rakan yang sedih, ditanya masalah kerana padanya berkongsi masalah itu dapat meringankan bebanan masalah tadi. Sikap Razif inilah yang selalu didengari Sarah dari senior yang sekelas dengan Razif sehingga membuatkan Sarah tertarik dengan Razif. 

Selepas peristiwa itu, bermulalah kisah mereka yang berpura-pura couple, walaupun sebenarnya kedua-duanya telah meluahkan perasaan dari lubuk hati masing-masing. Pada tanggapan Razif, masih ada benteng kepura-puraan yang menghalang Sarah untuk tetap di hatinya. Dia khuatir tidak mendapat tempat di hati Sarah. Oleh sebab itu, dia hanya menganggap Sarah adalah sahabat. Keistimewaan Sarah sering dinafikan hatinya. Apabila berkomunikasi dengan Sarah, jantungnya berdegup kencang, perlakuannya sedikit kekok namun Razif tetap mencuba tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dan pada masa yang sama hal ini juga dirasai dan dilakukan oleh Sarah.

***

"ye..sy masih igt, napa?"

"sbnrnya sy memg mksudkannya, ada x kunci utk sy 'check in' dlm ati awk?"

Meleset jangkaan Sarah. Benih perasaan yang disemai Sarah kini bertunas harapan. Pucuk dicita ulam mendatang. Sarah tidak menyangka bahawa soalan ini yang akan diajukan oleh senior yang diseganinya itu. Dirasakannya seolah-olah masa terhenti buat seketika. Luluh hatinya, jarinya sejuk dan kaku membalas sms tadi. Selang setengah jam, baru dia dapat bertenang dan membalas sms dari Razif tadi. 

"maaf sbb lmbt reply..lau awk nk tau, knci tu memg da ada kt awk. mgkn awk je y x prasan"

Razif tersenyum bangga dapat memikat dan diterima oleh Sarah. Dia berasa malam itu bagaikan mimpi. Perkataan ditaip penuh.

"betul ke ni?"

"hmm..tpulg ngn awk nk pcaya atau x"

"serius??"

"spt y sy ckp td..tpulg ngn awk nk pcaya atau x"

Kini Razif yakin akan jawapan yang diberikan Sarah. Sekali lagi dia menaip perkataan penuh untuk menunjukkan yang dia benar-benar gembira.

"terima kasih Sarah"

Sarah juga melakukan perkara yang sama.

"sama-sama"

"ok la..sy mnta diri dlu. sok kna bgn awl, ada urusn..hehe..terima kasih sekali lagi...selamat malam n have a nice dream n_n..salam"

"sama-sama..have a nice dream too..n_n"

bersambung...



p/s : kemaafan ku mohon andai terselit kesilapan. Dan segala teguran amatlah dialu-alukan bagi menambah baik gaya penulisan mahupun gaya bahasa untuk kegunaan pada masa yang akan datang. Juga ku mohon segala perkongsian dari kalian...

1 comment:

  1. wah...wah... da wat novel nmpk~~ nice!! tp mcm knal jak ceta ni... ahaha.. kalo tgok dr tajuk, nnt laki 2 mati kah?? ahaha

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::