Sunday, March 25, 2012

:: Istikharah CintaKu ::



“Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?”

“Hmm...kalau saya boleh jawab, saya jawablah. Kenapa?”

 “Awak, kenapa awak tak macam kawan-kawan awak yang lain? Mereka semua punya couple tapi awak tak.”

“Kenapa awak tanya macam tu?”

“Saya bukan apa, curious

“Entahlah, mungkin sekarang ini saya lebih selesa untuk berkawan”

Soalan itu sering ditanyakan kepada sahabat saya. Setiap kali bertemu dengan sahabat saya itu, pasti akan ada bicara tentang hati. Menjaga hati di tengah-tengah komuniti yang rata-ratanya mengejar cinta sesama mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika ada yang berfikiran tidak romantic jika tidak memiliki couple. Entah dari mana ideologi ini bermula.

Perjalanan masih panjang dan jauh untuk saya tempuh. Sungguh pun jauh di lubuk hati ini ada satu ruang yang mesti saya isi, ruang yang belum saya tahu siapakah yang akan mendudukinya.

Tipu jika saya tidak pernah memikirkannya.

Bohong jika saya tidak pernah merasa dengki dengan kawan-kawan saya yang lain.

Namun setiap kali percubaan untuk meraih kasih dari orang lain dengan harapan dapat mengisi kekosongan itu, saya merasa lebih kosong dan sunyi.

“Semakin inginkan kasih manusia, semakin tidak keruan hati”.  Itu kata sahabat saya yang lain.

Istikharah Cintaku

Baru-baru ini saya merasa sangat memerlukan seseorang untuk berbicara tentang sesuatu yang saya tidak tahu berkaitan apakah perkara itu. Hendak tidur, mata tak dapat dilelapkan. Hendak makan, perut dah tak larat nak menampung makanan sehinggalah saya teringat pesanan Ustaz Jasri pada kelas-kelas terakhir sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester semasa di CFS dulu.

“Saya harap kamu selalu buat solat Istikharah dan hayati doa Istikharah tu betul-betul sebab insyaAllah, ia akan melembutkan hati kita untuk menerima apa jua keputusan sama ada keputusan teruk atau baik”. Kemudian beliau membacakan doa istikharah berserta maksud.



Istikharah telah saya lakukan sebelum tidur pada malam itu.

Dan Alhamdulillah, dengan Istikharah itu, dalam mimpi saya, Allah menemukan saya dengan sahabat-sahabat PSS & KRU yang datang menasihati saya bahawa perjuangan belum selesai. Keberadaan saya di sini adalah harapan mereka untuk saya kembali ke Negeri di Bawah Bayu bersama ‘mutiara-mutiara’ ilmu untuk dikongsi. Wajah-wajah terakhir yang saya ingat dalam mimpi itu adalah wajah Akh Zul Hilmey Makmud dan Akh Azizul Julirin manakala perkataan yang paling saya ingat dalam mimpi itu adalah...

“STRIVE FOR THE UMMAH”

Allahu Akbar.

Kata-kata itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Selepas memikirkan semula apa yang berlaku dalam mimpi tadi, air mata saya mula mengalir. Satu perasaan yang amat sukar untuk dilafazkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.



...TERIMA KASIH YA RABB KERNA MENGANUGERAHKAN SAHABAT SEPERTI MEREKA...

1 comment:

:: my fb ::

:: followers ::