Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, April 15, 2011

:: merisik ::


am I going to talk about love??haha
jom kita gi merisik..hehe..untuk siapa agaknya?? adakah untuk aku??n_n
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
suka lak korang bila masuk bab cintan-cintun ni kan?? 
remaja mana tak suka fasal ni??
korang cakap kat aku..it's a fitrah ok..the way you think determine who you are and what you'll get..if you've one, please handle it right ok~haha
(ceh, cakap macam orang berpengalaman..^_^)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok, cukup setakat itu, sebenarnya apa yang aku nak share ni adalah fasal my 1st experience following my AADK's cousin (agensi anti dadah kebangsaan) last week to spy the drugs and gums addiction problems in Bandar Tun Razak..haha
(sori la kalau merosakkan mood korang untuk baca entri ni)

Rupanya baru sekarang aku tahu akan risiko yang bakal ditempuhi kalau tak berhati-hati time buat risikan. Macam-macam tragedi yang dilaporkan akibat tak waspada ni. Baru-baru ni, ada kes kereta kena bakar oleh para penagih ni. Hah..yang tu baru satu kes kantoi spying.

Lebih teruk lagi ada juga kes ahli AADK kena inject time sergah budak tengah ambil dadah dalam jarak dekat. Ceritanya macam ni...
menurut riwayat yang kazen aku tu cerita, time tu AADK dan anggota yang seangkatan dengannya(polis dll) tengah buat serbuan kat port mamat2 dadah ni. Dia(kawan kazen aku) dengan selambanya pergi dekat budak yang tengah inject dan sergah, siapa tak terkejut dan panik. Budak yang panik tu, terus cabut jarum tu dan inject kat badan kawan kazen aku. Sekarang ni, dia(kawan kazen aku) tengah buat rawatan penyakit akibat suntikan tu.

Time aku ikut merisik kami jumpa beberapa budak tengah hisap gam sekitar jam 11.45 p.m. Tiba-tiba kazen aku tanya, 
"kau nak tengok macam mana kami buat kerja?"
"hmm...boleh juga," ceh, bajet berani la aku ni padahal degupan jantung aku mula kencang dah. Dah lah time tu kawan-kawan kazen aku buat risikan kat taman perumahan lain, yang tinggal, aku dengan kazen aku sahaja.
"ok, kau duduk dalam kereta dulu, nanti abang panggil", dia suruh aku duduk dalam kereta sebagai langkah waspada sebab tidak mustahil kami berdua kena bantai oleh mamat2 gam tu. Dengan selamba, kazen aku datang kat tempat budak2 tu dan tunjuk kad kuasa AADK.(aku ni, tegok je lah dari jarak lebih kurang 30 meter). Mula-mula kazen aku  slow talk, tak lama lepas tu dia rampas plastik yang budak2 tu pegang dan bakar.(biasanya mamat gam ni guna plastik untuk simpan gam supaya senang nak hidu). Ada la lebih kurang sejam gak baru api tu terpadam. Nak tunjuk bahan toksik yang terkandung dalam gam tu. Bayangkan plastik yang kecil yang mak cik kantin sekolah rendah selalu guna untuk jual air tu ambil masa sejam untuk terpadam bila dibakar sekali dengan gam yang budak2 tu hidu (kalau saiz plastik minuman tin yang mak/pak cik kedai runcit selalu pakai tu mungkin lebih kurang tu la juga..hehe). Biasanya gam yang GUMERS hidu gam kasut.huh..tak tahu la nak cakap macam mana.    

Mujur kami tak kena bantai malam tu. Aku lagi sedih bila aku kena panggil tolong 'basuh' sikit budak2 tu, mana tak nya, budak2 pompuan comel-comel pun lepak sekali dengan budak2 gam tu...sedih, aku yang masih single ni dorang tak nak pulak..huhu

Sebenarnya, nak gak kami angkut budak2 tu balik office AADK, lock up untuk satu malam tapi nanti buat malu mak bapak diorang lak. Jadi, kami angkut budak2 tu balik rumah masing2 dan slow talk lak kat parents budak2 tu..hehe

Jom review sikit kesan hidu gam terhadap otak kita :


menjadi nyanyuk
hilang ingatan
psikotik atau gila,
hilang upaya deria dan
kelumpuhan pada bahagian tertentu

- gambar hiasan -

...wallahu a'lam...



Tuesday, March 22, 2011

:: SRI Al-hafidz ::


Alhamdulillah, berpaksikan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud...


"siapa yang menghendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu, siapa yang menghendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendakkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu"


Sekolah yang telah lama ku impikan kini telah pun bertapak di Sabah. Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz Bandar Sierra telah pun dibuka sejak awal tahun 2011. Sambutan terhadap sekolah ini adalah diluar jangkaan dan sangat memberangsangkan. Sebuah sekolah yang bukan sahaja menumpukan pembelajaran terhadap al-Quran, malah juga menumpukan pembelajaran terhadap akademik. Dengan mengadakan sesi hafazan al-Quran pada sesi pagi dan pembelajaran akademik pada sesi petang, insyaAllah ilmu ukhrawi dan duniawi dapat diseimbangkan dan diterapkan di dalam diri setiap pelajar meskipun mereka hanya bersekolah rendah dan tidak tinggal di asrama.

antara kemudahan yang terdapat di SRI Al-Hafidz





Sambutan yang amat menggalakkan terhadap sekolah tahfiz ini menyebabkan jumlah pelajar terpaksa dihadkan berikutan penempatan yang tidak mencukupi. Sekolah tahfiz dan akademik yang pertama di Sabah ini hanya bermula dengan sebuah kelas. Walaubagaimanapun, pengorbanan demi pengorbanan dilakukan dan insyaAllah sekolah ini sedang mengumpulkan dana untuk membeli blok bangunan baru bagi menempatkan lebih ramai pelajar di sekolah tahfiz ini. 





15 Mac lepas, aku diajak oleh seorang senior, saudara Azizul Julirin, untuk bersama membantu beliau menyampaikan slot ceramah di sekolah tersebut dalam sebuah kem yang dinamakan 'Kem Smart Tahfiz'. Dalam perjalanan ke sana Abg Azizul menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan sekolah ini. SubhanAllah, mendengar sejarah pengorbanan seorang guru dari Pulau Banggi yang bercuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk menubuhkan sekolah ini dan ini membuatkan aku lebih teruja untuk pergi ke sekolah tahfiz itu bukan sahaja untuk bertemu dengan peserta kem itu yang disertai oleh pelajar yang berusia antara 7 hingga 12 tahun(79 muslimin, 54 muslimat), malah bertemu dengan pengasas sekolah itu. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan ini.





Sememangnya sekolah seperti inilah yang ku impikan sejak sekolah menengah dahulu kerana Sabah amat memerlukan mutiara-mutiara yang mempunyai pengetahuan al-Quran untuk menyampaikan Islam. Semoga apa yang diusahakan mereka ini dipermudahkan Allah.



sumber gambar(klik)

p/s : Sumbangan dana boleh salurkan ke...

BIMB          : 100-160-100782-10 
MAYBANK    : 560 214 005 477


maklumat lanjut : 019-8560679 


...selamat beramal...

n_n


...wallahu a'lam...

:: my fb ::

:: followers ::