jom kita gi merisik..hehe..untuk siapa agaknya?? adakah untuk aku??n_n
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
suka lak korang bila masuk bab cintan-cintun ni kan??
remaja mana tak suka fasal ni??
korang cakap kat aku..it's a fitrah ok..the way you think determine who you are and what you'll get..if you've one, please handle it right ok~haha
(ceh, cakap macam orang berpengalaman..^_^)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok, cukup setakat itu, sebenarnya apa yang aku nak share ni adalah fasal my 1st experience following my AADK's cousin (agensi anti dadah kebangsaan) last week to spy the drugs and gums addiction problems in Bandar Tun Razak..haha
(sori la kalau merosakkan mood korang untuk baca entri ni)
Rupanya baru sekarang aku tahu akan risiko yang bakal ditempuhi kalau tak berhati-hati time buat risikan. Macam-macam tragedi yang dilaporkan akibat tak waspada ni. Baru-baru ni, ada kes kereta kena bakar oleh para penagih ni. Hah..yang tu baru satu kes kantoi spying.
Lebih teruk lagi ada juga kes ahli AADK kena inject time sergah budak tengah ambil dadah dalam jarak dekat. Ceritanya macam ni...
menurut riwayat yang kazen aku tu cerita, time tu AADK dan anggota yang seangkatan dengannya(polis dll) tengah buat serbuan kat port mamat2 dadah ni. Dia(kawan kazen aku) dengan selambanya pergi dekat budak yang tengah inject dan sergah, siapa tak terkejut dan panik. Budak yang panik tu, terus cabut jarum tu dan inject kat badan kawan kazen aku. Sekarang ni, dia(kawan kazen aku) tengah buat rawatan penyakit akibat suntikan tu.
Time aku ikut merisik kami jumpa beberapa budak tengah hisap gam sekitar jam 11.45 p.m. Tiba-tiba kazen aku tanya,
"kau nak tengok macam mana kami buat kerja?"
"hmm...boleh juga," ceh, bajet berani la aku ni padahal degupan jantung aku mula kencang dah. Dah lah time tu kawan-kawan kazen aku buat risikan kat taman perumahan lain, yang tinggal, aku dengan kazen aku sahaja.
"ok, kau duduk dalam kereta dulu, nanti abang panggil", dia suruh aku duduk dalam kereta sebagai langkah waspada sebab tidak mustahil kami berdua kena bantai oleh mamat2 gam tu. Dengan selamba, kazen aku datang kat tempat budak2 tu dan tunjuk kad kuasa AADK.(aku ni, tegok je lah dari jarak lebih kurang 30 meter). Mula-mula kazen aku slow talk, tak lama lepas tu dia rampas plastik yang budak2 tu pegang dan bakar.(biasanya mamat gam ni guna plastik untuk simpan gam supaya senang nak hidu). Ada la lebih kurang sejam gak baru api tu terpadam. Nak tunjuk bahan toksik yang terkandung dalam gam tu. Bayangkan plastik yang kecil yang mak cik kantin sekolah rendah selalu guna untuk jual air tu ambil masa sejam untuk terpadam bila dibakar sekali dengan gam yang budak2 tu hidu (kalau saiz plastik minuman tin yang mak/pak cik kedai runcit selalu pakai tu mungkin lebih kurang tu la juga..hehe). Biasanya gam yang GUMERS hidu gam kasut.huh..tak tahu la nak cakap macam mana.
Mujur kami tak kena bantai malam tu. Aku lagi sedih bila aku kena panggil tolong 'basuh' sikit budak2 tu, mana tak nya, budak2 pompuan comel-comel pun lepak sekali dengan budak2 gam tu...sedih, aku yang masih single ni dorang tak nak pulak..huhu
Sebenarnya, nak gak kami angkut budak2 tu balik office AADK, lock up untuk satu malam tapi nanti buat malu mak bapak diorang lak. Jadi, kami angkut budak2 tu balik rumah masing2 dan slow talk lak kat parents budak2 tu..hehe
Jom review sikit kesan hidu gam terhadap otak kita :
menjadi nyanyuk
hilang ingatan
psikotik atau gila,
hilang upaya deria dan
kelumpuhan pada bahagian tertentu
- gambar hiasan -
...wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment