Saturday, March 6, 2010

hikmah kembara

Assalamualaikum..agak lama ana meninggalkan blog ini..kalau terus dibiarkan, jangan kata masuk muzium malah mungkin sudah boleh dimasukkan dalam arkib negara, paling kurang pun jadi bahan kajian para ahli arkeologi di peringkat antarabangsa..hehe(tak reti la nak berjenaka..)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah kerana bukah sahaja Allah menganugerahkan nikmat Iman dan Islam, malah nikmat panca indera. Ulama berpendapat bahawa cara terbaik untuk bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan ini adalah dengan menggunakannya fisabilillah. Tambahan pula, Allah masih memberi ana peluang untuk berkongsi buah fikiran yang serba tiada ini. Walaubagaimanapun ana tetap cuba sampaikan sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua kerana sabda baginda s.a.w “sampaikanlah daripadaku walau sepatah”.
Kebanyakan artikel adalah artikel yang telah lama dalam simpanan ana yang tak sempat ana post..

***************


Alhamdulillah pada tarikh 22 hingga 24 Januari 2010, Allah telah mengizinkan ana dan sahabat-sahabat menjejakkan kaki ke Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Bukanlah percutian semata-mata apabila lagu ‘hikmah kembara’ dimainkan pada malam perjalanan ke PD di samping merenung kembali asal kejadian manusia dan alam ini serta tujuan kita diciptakan di bumi yang nan indah ini. Hati ditabahkan, langkah diteruskan, peristiwa ‘serangan’ terhadap pengunjung beberapa minggu sebelum itu tidak menghalang kami.



Firman Allah SWT dalam KitabNya “Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Allah Maha Kuasa atas sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkanpenciptaan langit dan bumi (seraya) berkata “ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka”(ali-Imran:189-191)..mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah dalam apa jua keadaan itu.



Begitu indah alam ciptaan Yang Maha Esa ini, tak terungkap dengan kata-kata apatah lagi dengan tulisan. Pemandangan matahari terbenam di kala senja itu amat memukau hingga hampir terlupa masuknya waktu maghrib. Terasa rugi dan sedih dengan diri ini yang masih jarang mensyukuri nikmat Allah.

Allah berfirman lagi “Tidakkah engkau tahu bahawa kepada Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (an-nuur:41)

Lihatlah sahabat-sahabiah sekalian, makhluk di sekeliling kita sentiasa bertasbih kepada Allah tapi kita?? Walaupun Rasulullah sudah mengajar kita untuk sering berzikir kepada Allah Yang Satu tapi kita masih alpa dan leka dengan nikmat yang amat jarang kita syukuri sedangkan alam sekitar tidak pernah berhenti berzikir.

Alhamdulillah, tiada kecelakaan yang menimpa kami sepanjang berada di sana walaupun mengahadapi sedikit masalah semasa mencari tempat tinggal pada awal ketibaan di Port Dickson.

Wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment

:: my fb ::

:: followers ::