Monday, March 8, 2010

siapa lebih baik?


Selalu persoalan ini bermain difikiran sehinggalah pada suatu hari.

Sedang aku berjalan di pekan bersama beberapa oang sahabat. Sahabat A bertanya kepada sahabat B.

“Akh, selalu orang membandingkan antara perempuan yang bertudung dan sebaliknya, biasanya orang akan cakap perempuan yang tak bertudung lebih baik daripada yang bertudung. Apa pendapat akhi?”

A menjawab “Hmm…sebenarnya macam ni, cuba kita buat satu analogi seperti yang Ustaz Pahrol buat. JPJ dan polis trafik adalah orang yang berkuasa di jalan raya. Ada dua orang penunggang motosikal, seorang memakai topi keledar sambil menunggang dengan laju manakala seorang lagi menunggang motosikal dengan cermat tetapi tidak memakai topi keledar. Siapa yang akan di tahan dahulu antara keduanya?”

Sahabat A mengangguk faham. “Mestilah yang tak pakai topi keledar tadi, betul tak? Sebab memakai topi keledar itu lebih utama dalam undang-undang jalan raya. Namun hakikatnya, baik buruk akhlak seseorang itu siapa yang tentukan?? Allah SWT,” tambah Sahabat B lagi.

Pada hari itu, persoalan yang selalu bermain difikiran aku sudah terjawab. Aku nekad untuk memperbanyak bacaanku terutamanya pada bahan bacaan yang meningkatkan kualiti diri.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum...

    Situasi ni seolah-olah ada orang nak cari alasan, bertudung pun tak apa. hehe.. Sesungguhnya mereka yang mengatakan 'buat apa nak pakai tudung kalau hati tak baik?' telah ditipu oleh iblis. cuba dari buku talbis iblis karangan ibnul jauzy.

    ReplyDelete
  2. salam..
    nie kan analogi yg enta cerita kat ana ari tu...?
    orait..
    penjelasan orait..
    truskan pjuangan..!

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::