Alkisah suatu malam di malam hujung mingguku…
Setelah selesai solat isyak, aku duduk di tempat biasa sambil memegang mushaf terjemahan Al-Quran dan bersedia untuk i’adah. Tiba-tiba seorang sahabatku,Nidzam, datang mendekatiku seraya berkata...
“Lim, busy tak? Aku dengar malam ni ada forum best kat audi(auditorium).”
“Oh ya kah? Apa tajuk forum tu?” Aku tertarik dengan ekspresi muka yang dia tunjukkan.
“’Dakwah Fardiyah dan Dakwah Jam`iyah, Satu Kepentingan’ lebih kurang macam tu-lah tajuknya.”
“Hmm..jom, best gak tajuk tu!”
*******************************
Sepanjang forum, aku tertarik dengan satu analogi yang disebutkan oleh salah seorang ahli panel iaitu ‘Dakwah Ibarat Air Sungai Yang Mengalir’…jeng…jeng…
Melalui buah fikiran saya, jika diperhatikan sebaik-baiknya, memang betul kata-kata panel itu. Air sungai, tiada siapa yang dapat menghentikannya walau dengan apa cara sekalipun melainkan dengan izin Allah. Cuba kita teliti, kita tahan air itu dengan banyak batu yang tersusun, air akan mengalir melalui celah-celah batu-batu itu apatah lagi hanya menahan dengan seketul batu. Kalau ia ditahan sepenuhnya tanpa ada celah-celah untuk mengalir, ia akan mengalir melalui atas pula. Bukan itu sahaja, akibatnya, sebuah empangan pasti akan pecah jika tiada lubang turbin disediakan untuk air mengalir. Hal ini disebabkan oleh tekanan yang kuat oleh air tersebut dan air itu akan melimpah dengan deras sehingga berupaya membahayakan penduduk di sekitar empangan itu.
Pada pendapat saya, batu-batu itu adalah seperti media, waqi’ yang kurang faham tentang kepentingan dakwah dan sebagainya. Organisasi-organisasi pula ibarat empangan yang menghalang air sungai yang mengalir itu.
Walaupun apa pun, sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai da’i mestilah bijak menangani aral yang melintangi medan yang kita lalui ini.
“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)” (al-mu`minuun : 96)
Wallahu a’lam...
analogi yg menarik dn mantap... best.. :)
ReplyDelete