Saturday, February 26, 2011

:: antara Qabil Kushry Qabil Igam dan sekolahku? ::

Hmm…kali ini macam nak ambil slot soseh-soseh pula. Have you ever watched Qabil Kushry Qabil Igam?? Haa..ada sesuatu yang best kat sini walaupun kadang-kadang ada rasa kurang puas hati sikit dan kadang-kadang sebaliknya..^^


Kalau sesiapa yang dah tengok filem ni mesti korang kurang perasan, sebab ini melibatkan sekolah aku yang berstatus sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). 1st of all, I want to show my school badge.


Ni lah logo sekolah yang selalu aku bangga-banggakan. Mungkin bukan bagi sesetengah pihak yang sentiasa mahukan kebebasan bergaul. Come on lah, what is 'A' stand for in 'SMKA'? Isn't it stand for 'agama', 'akhlak', or in English, we can define it as 'attitude'. Ok, ni antara snap yang aku dapat dari google...


look at the top right pic...and when we zoom it...


and now...lets zoom on their school badge....


and


this is it....



My school is a religious school ok.. Boleh pula badge tu kena gunapakai dalam lakonan tanpa tutup aurat. Mujur tiada orang peduli pasal lencana sekolah yang diaorang pakai tu. Tapi, jangan lupa, time tu isu ni agak hot kat bilik guru sekolah aku, maybe..hehe.. Bila sampai di telinga pelajar-pelajar pula, ramai yang gembira dan teruja nak tonton filem ni, mujur time tu kat pawagam dah tamat tayangan filem ni, kalau tak, tak mustahil sekolah aku jadi penyumbang utama kepada filem ni..haha

Aku pun tak tahu nak bangga atau tak. Ni kalau saman, bole buat duit ni..hehe
Ops..agak-agak la kalau nak ambil kesempatan. Mudah-mudahan ada antara kru diaorang yang perasan dan muhasabah balik tentang apa yang dah berlaku.

So, apa yang boleh aku cakap???

     jangan suka-suka ambil lencana sekolah orang untuk digunapakai dalam lakonan yang tak selari dengan biah lakonan dan biah sekolah tu. Bukan apa, cuba bayangkan kalau suatu hari lencana sekolah korang digunapakai dalam lakonan yang pelik-pelik dan menjijikkan. Contohnya, ambil dadah, terlibat dengan gejala buang anak dan zina. Masa tu, tidak mustahil orang akan fikir sekolah itu ini dan blah..blah..blah..

Mungkin ini tidak berlaku kepada korang, tapi tidak mustahil ia berlaku kepada saudara-mara, kawan-kawan ataupun kenalan korang. Last but not least...terimalah...

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


:: KEMBALI by Far East ::

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


...seinfiniti kemaafan ku pohon andai post kali ini memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak...

...hamba yang berlumur dosa...

...wallahu 'alam...

Tuesday, February 22, 2011

:: istiqamahkah aku?? ::


Entah macam mana aku boleh layan lagu Gita Gutawa pagi ni. Best gak, dr jam 7 pagi sampai jam 9 pagi tadi aku mainkan mp3 kat lappy ni secara shuffle, habis je lagu Jalan Lurus, tetiba tangan aku bergerak meraba-raba cari mouse dan ulang balik lagu Jalan Lurus yang Gita Gutawa nyanyi tadi. Tak puas telinga mendengar, apatah lagi untuk hati menghayati, bukan suara tapi lirik ok.. 
Jom kita jengah kejap lirik lagu jalan lurus ni…hehe



jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam shalat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/g/gita_gutawa/#share



Bila aku fikir balik, bukan mudah nak istiqamah. Sampai sekarang aku masih merangkak nak tahu cara istiqamah yang betul. Nak maintain semua sepuluh-sepuluh jalan dalam setiap baris lirik tu cukup mudah dibicara namun sukar untuk dilaksana secara istiqamah.



Argh, teruknya diriku bila aku cek balik yang perilakuku semakin berubah. Semuanya lakonan semata-mata, atau mungkinkah dengan lakonan itu aku mampu buat aku istiqamah? Astagfirullah al-'aziim..



"Ya Allah, Engkau tetapkanlah diriku dalam agamaMu dan dalam mencapai ketaatan kepadaMu"





...runsing…

Monday, February 21, 2011

:: the next destination : 1 : al hamra ::

Argh...bosan menyelubungi. Masa terlalu lapang ketika ini. So, slot kali ini aku nak travel ke suatu yang aku minat. Doakan aku agar dapat menjejakkan kaki di sana walau hanya seketika. Semua orang punya destinasi yang diimpikan, mungkin destinasi untuk berbulan madu, mungkin juga destinasi menyambung pelajaran, atau mungkin destinasi menamatkan usia. Entahlah, tetiba aku nak sebut pasal ni. Banyak tempat yang ingin ku jejak. Jerman, Turki dan banyak tempat lagi kat seluruh dunia ni terutamanya tempat-tempat yang pernah mencatatkan kewujudan tamadun Islam.

korang mesti tau tempat ni kan?

Mula-mula sekali jom kita ke Seville,Spain@Sepanyol. Ceh, tetiba rasa macam nak jadi pemandu pelancong pula. Kat Spain ni ada satu tempat yang sangat menarik perhatian aku iaitu Granada. Spain yang dahulunya dipanggil Andalusia, mencatatkan pelbagai peristiwa bersejarah. Antaranya peristiwa 1 April atau kini lebih dikenali sebagai April Fool. Time sekolah rendah dulu aku tak tau pun yang April Fool ni adalah hari untuk orang-orang kafir meraikan peristiwa berdarah bagi umat Islam di Spain. Dan hari itu adalah hari terakhir umat Islam berada di Spain.

Granada, sebuah kota yang terletak lebih kurang 124km dari Malaga. Kalau nak ke sana lebih mudah naik bas melalui highway dari Costa del Sol. Di sana juga terletak Al-Hamra. Dari segi bahasa Al-Hamra adalah perkataan bahasa Arab, الْحَمْرَاء, yang bermaksud Merah. Seingat aku, Hamra ni adalah muannas bagi Ahmar, الأحمر, yang juga bermaksud ‘merah’.

Jom kita berjalan-jalan di sekitar kawasan ni. Sambil-sambil tu kita belajar design principles in architecture.

pandangan dari atas 

Hmm...bagi yang belajar architecture, mesti tau konsep yang di aplikasi dalam pembinaan Istana Al-Hamra ni. 

from this pic, we can see the symmetry, pattern, texture


another example of texture and pattern


opening and lighting

You know what guys, the opening, lighting and degree of enclosure make it sacred and holiness. The design symbolize the pride and greatness. Actually, all the principles are related each other.

interlocking spaces, space within a space and spaces linked by common spaces

Additive and subtractive, recess and relief

Hmm...menarik kan istana ni? Banyak fakta sejarah yang tersimpan di sebalik istana Al-Hamra. Pada pandangan aku, sejarah dan seni bina ni agak susah untuk dipisahkan. Bak kata Maria dalam Ayat-ayat Cinta, "Sungai Nil dan Mesir itu jodoh". Macam tu lah juga sejarah dan seni bina. Bagi aku ia adalah jodoh, hmm..maksud aku, sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Oklah, sampai sini dulu. Lain kali kita akan melancong sambil belajar ke tempat lain pula.

...wallahua'lam...

Sunday, February 20, 2011

:: about ZINA ::

“Daripada Abu Umamah r.a; katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda; tiada seorang muslim yang memandang kecantikan seorang wanita kemudian dia memejamkan matanya melainkan Allah S.W.T timbulkan baginya satu ibadah dan ia merasakan kemanisan di hatinya”     [tabrani dan ahmad]

"Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya; Rasulullah s.a.w telah bersabda; daripada Tuhannya; pandangan adalah antara panahan iblis, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takutkanKu maka akan Aku gantikannya dengan keimanan yang ia akan dapat rasakan kemanisan di dalam hatinya"       [tabrani dan al-hakim]


"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda; Alah telah menetapkan ke atas anak adam nasib mereka berkaitan zina secara pasti; zina mata ialah pandangan, zina telinga ialah pendengaran, zina lidah ialah bicara, zina tangan ialah penganiayaan, zina kaki ialah langkah dan zina hati ialah hawa nafsu dan angan-angan, semua ini dibenarkan oleh kemaluan dan ia memperdayakan.     [muttafaqun 'alaih]


:: my fb ::

:: followers ::