Sunday, August 14, 2011

:: aku ingin menjadi madu itu ::


Hujan renyai-renyai pada malam itu bukan sahaja membasahi atap rumahku malah ia turut membasahi hatiku. Sayu hati ini mengenangkan peristiwa itu. Resah, gelisah dan serba salah. Sikapku terhadapnya amat mendukacitakan…

*****

“Ok..sahabat-sahabat sekalian, sebelum kita masuk ke slot terakhir. Kalian diminta mencari dan berbincang dengan naqib kalian tentang resolusi sepanjang program tiga hari dua malam ini” kem komanden memberi arahan.

 Aku dan beberapa orang sahabat lagi segera berkumpul setelah dipisahkan ke dalam kumpulan yang berbeza sepanjang program itu. Berkumpul mengikut kampus. Begitulah arahan tersirat yang kami fahami.

Di hujung dewan itu, kelihatan seorang insan yang memang ku kenali. Raut wajahnya cukup menenangkan, keutamaannya adalah kami. Segera kami ke sana bertemu dengannya.

“Assalamualaikum..akh..” tangan ku hulurkan untuk bersalam dengannya. Sebaik sahaja bersalam, tubuhku dipeluk erat sehingga terasa degupan jantung beliau. Pelukan itu telah mengalirkan air mataku..hatiku berbisik..
“ya Allah, perasaan apakah ini?? Inikah yang dimaksudkan dengan persahabatan??”
Tangisan tanpa kata-kata, itulah yang berlaku antara kami.

Selepas beberapa minit duduk menenangkan diri, kami memulakan resolusi. Tidak banyak resolusi yang dikemukakan. Hanya sedikit masa yang kami gunakan untuk memikirkan resolusi. Kebanyakannya adalah mengenai diri kami sendiri, iaitu amalan harian. Qiamullail, solat Dhuha, solat berjemaah, baca al-Quran setiap hari dan lain-lain lagi. Dan seperti biasa, sebelum mengakhiri perbincangan, naqibku akan bertanya dari seorang kepada seorang andai ada kemusykilan.

“akh, sebelum kita bersurai, boleh tak beritahu kekurangan kami sepanjang akhi kenal kami??” salah seorang daripada kami bersuara.

Sebelum menjawab soalan itu, beliau menarik nafas panjang seolah-olah berat untuk beliau luahkan.
“sebenarnya, kalian seperti madu dan juga hempedu..”

 Luluh hatiku mendengar perkataan ‘hempedu’.

“..mungkin sebab kalian kurang tahu perjalanan ana setiap minggu berulang-alik dari kampus ana ke kampus kalian. Kalian selalu bertanya khabar, tapi kalian tak pernah tanya bagaimana perjalanan ana ke tempat kalian dan yang paling ana kecewa adalah bila hanya dua atau tiga orang yang hadir sedangkan ana hanya meminjam 2-3 jam daripada hujung minggu kalian..”

Suasana tenang tadi kembali sedih. Sedih mengenangkan diri yang selalu menjadi ‘hempedu’ tanpa cuba menjadi madu.

*****

Aku risau tidak mampu menjadi seperti ‘madu’ yang diharapkan.

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kuniung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup-suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) - tentang Mu... (jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu, beredarlah sudah siang Mu, inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah Mu maka oleh itu ampunkanlah (dosa) ku.”

No comments:

Post a Comment

:: my fb ::

:: followers ::