Saturday, October 29, 2011

:: jangan pandang aku dengan dua matamu ::

Berdasarkan tajuk post, ini bukanlah lagu ‘Seksis’ yang pernah dinyanyikan oleh Anita Sarawak suatu ketika dahulu tapi ini adalah kisah aku.
***

Selepas peristiwa hari itu, aku rasa serba salah. Tiba-tiba aku teringat kembali detik-detik aku meletakkan jawatan sebagai EXCO Ekonomi.

“Arggh! Layakkah aku???”

Aku terbayang wajah-wajah setiap orang yang menelefon dan SMS apabila menerima khabar yang mengejutkan itu. Rasa serba salah menghujam jantungku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak berguna. Pepatah itu sering kudengari daripada sahabatku.

“Ya Allah, adakah aku telah melakukan kesilapan yang besar dengan perletakan jawatan ini? Ya Allah, apakah saat ini syaitan sedang bergembira dengan apa yang telah kulakukan?? Ampuni dosaku ya Allah..”

Tidurku tiada tenang, belajarku tanpa focus meski mata menghadap lecture di hadapan. Seolah-olah berpuluh tan yang harus aku pikul.

“Ya Allah,inikah amanah? Beratnya tak terkata. Andai terluah dengan kata-kata pasti ramai yang mengundurkan diri. Mungkin inilah sebab Imam al-Ghazali menyatakan bahawa yang paling BERAT itu adalah AMANAH”

Kini, persoalan yang sama menguasai fikiranku tetapi kali ini tiada kata dua yang mampu kuucap kerana semuanya adalah daripada undian mereka. Kini tiada lagi pilihan, mungkin inilah kifarah perletakan jawatanku suatu masa dahulu. Jika ketika itu aku masih mampu bersuara untuk tidak mahu berjawatan, maka kali ini tiada lagi pilihan. Lecturer melihat aku sebagai seorang yang layak. Begitu juga rakan-rakan studio yang lain.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” [ al-Ahzab, 33 : 72](sumber)

Baca dan amatilah ayat di atas wahai sahabat-sahabatku. Itulah realiti kita apabila diberi amanah khususnya diriku. Aku khuatir kita semakin jauh daripada-Nya apabila aku yang memikulnya.

Hanya ini yang mampu aku ungkapkan..

Jangan pandang aku dengan dua belah mata kalian,
Aku khuatir pandangan itu meleset di pertengahan jalan,
Jangan kerana DQ aku diutamakan,
Kerna ia hanya di dunia semata,
Namun andai ini kifarah Ilahi,
Maka aku redha dengan keputusan-Nya.

Di awal langkah ini aku memohon,
Atas kekhilafan untuk hari kemudian,
Hanya satu harapan yang kuimpikan,
Agar amanah ini mengembalikan kita ke landasan. 


4 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Tuan, sebetulnya kita siap siagakan diri sebab bila dah masuk institusi keagamaan ni orang akan pandang 'as-if-we're-perfect' maka akan disandangkan dengan jawatan-jawatan penting..

    Walaupun kita ini sebenarnya tak lah sebaik yang disangka, tapi tanggapan, mungkin lebih tepat harapan, bahawa insan yang dekat dengan kalimah Tuhan juga merupakan insan yang dekat dengan Tuhan.

    Namun tentunya, apabila diberi amanah, dilaksanakanlah sebaiknya,
    takut takut itu yang membawa ke neraka.

    Bittaufiq wannajah dalam amanahmu.

    -hatiputih

    ReplyDelete
  2. --> anonymous
    terima kasih atas nasihatnya...

    semoga amanah ini mendekatkan kami kepada Rabbul Izzati..

    mungkin Allah nak menunjukkan sesuatu daripada amanah ini. Oleh yang demikian, kini kami perlu terus mencuba agar Allah menunjukkan apa yang ingin ditunjuk-Nya..

    syukran atas nasihat dan doa..

    ReplyDelete
  3. All the best Alim..

    Yang penting, itqan. Hasil biar Allah tentukan.. :)

    ReplyDelete
  4. --> asif..

    syukran..
    moga Allah beri kekuatan..

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::