Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

...golf kehidupan...

....Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


 Golf, satu sukan yang tidak asing di terlinga kita. Walau tak pernah main tapi kita selalu dengar. To tell the truth, I'm really interest with golf. Why??
 Hmm...in my view, golf is like our life. Kalau main golf, nak tak nak, kita kena masukkan bola golf ke dalam lubang dengan kayu golf. Bagi yang masih baru, kita kena tahu dan ingat jenis dan fungsi setiap kayu golf yang kita gunakan. Am I right? Bila seorang pemain golf masuk padang, dia akan sentiasa cuba masukkan bola golf ke dalam lubangnya, tak kisahlah berapa banyak kali dia pukul bola tu, yang penting masuk.


   Macam tu lah juga dalam hidup kita ni, kita punya impian dan matlamat yang mesti kita capai sama macam pemain golf tadi yang bermatlamat memasukan bola golf ke dalam lubang. Nak merealisasikan matlamat tu, kena ada strategi dan strategi itu tidak cukup kalau kita hanya ada satu strategi, kena ada strategi lain. Betul tak? Sebab tu kayu golf ada banyak jenis tapi tujuannya tetap sama iaitu digunakan untuk memukul bola golf menuju lubang golf yang kita sibuk ceritakan tadi. Dan cara nak pukul pun kena ada teknik, postur badan pun kena betul sekali. Apa pula kaitan dengan postur badan ni?hehe..maksudnya, tak kisahlah keadaan kita macam mana, susah, sederhana atau senang, yang penting kita berusaha untuk capai matlamat tu. Haha..semua ni lah yang menarik perhatian saya terhadap sukan golf ni..(walaupun tak pernah main..hehe)

...wallahu a'lam... 

Wednesday, March 10, 2010

...jadilah seperti air...


Tak tahulah nak cerita macam mana, tapi beginilah hakikatnya..

“Kalau antum tuang air ke dalam gelas, tuanglah sampai melimpah, bukan kita nak membazir tapi apa yang kita mahu ialah iman kita seperti air itu. Apabila kita beriman, iman kita bukan sahaja memenuhi atau menguasai diri kita malah iman kita dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita sepertimana melimpahnya air yang kita tuang tadi ke sekeliling gelas itu. Sabda baginda s.a.w “sebaik-baik di antara kamu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain”…” Itulah antara kata-kata yang selalu murabbi saya cakap.

Bagaimana kita nak bersifat atau bersikap seperti air itu? Mari kita singkap kembali sirah baginda s.a.w apabila akhlak baginda menjadi seperti air itu.

Rasulullah s.a.w dan sang Yahudi tua yang buta dan miskin

Hampir setiap hari Rasulullah s.a.w berjalan menuju sebuah rumah sederhana, Rumah itu adalah rumah orang tua Yahudi yang miskin dan buta. Rasulullah sering mengunjunginya dan memberikan makanan kepadanya. Bukan itu sahaja, Rasulullah juga menyuapinya, bukan sekadar menyuapi sang Yahudi tersebut, beliau juga menghaluskan terlebih dahulu makanan yang hendak diberikan kepada orang tua tersebut dengan menyunyah makanan itu terlebih dahulu.

Seringkali sang Yahudi tua mencaci maki Rasulullah ia mencaci-maki beliau bahkan di hadapan Rasulullah sendiri yang sedang menyuapinya. Hebatnya Rasulullah, beliau tidak memberitahu si Yahudi tersebut bahwa dirinya adalah Muhammad s.a.w. yang selalu dihinanya. Rasulullah tidak menghiraukan ucapan Yahudi tersebut dan terus saja beliau berkunjung ke rumah sang Yahudi dan memberikan makanan sampai akhir hayat baginda.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar menjadi khalifah. Ia mengunjungi Aisyah(riwayat lain mengatakan Fatimah) dan bertanya kepadanya tentang amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah. Lantas Aisyah menjawab bahawa ia tidak akan mampu menyaingi akhlak Rasulullah saw, ia menceritakan kepada Abu Bakar tentang kebiasaan Rasulullah memberi makan kepada sang Yahudi tersebut. Abu Bakar mendatangi sang Yahudi buta tersebut, tanpa berbicara apa-apa ia langsung menyuapi orang Yahudi. Seketika sang Yahudi merasa ada yang berbeza, kali ini bukan seperti biasanya. Sang Yahudi meludah makanan yang disuapi tadi.

Dialogpun terjadi di antara Abu Bakar dan Yahudi buta tersebut. Yahudi berkata kepada Abu Bakar, “aku tahu engkau bukanlah orang yang biasa datang menyuapiku.”

Abu Bakar bertanya. “bagaimana kau tahu aku bukan orang yang biasa datang kepadamu?”

“Orang yang biasa datang kepadaku senantiasa menyuapiku dengan terlebih dahulu menghaluskannya dengan mulutnya, sedangkan kau tidak. Ia begitu mengerti aku, ia memenuhi semua keperluanku, sungguh engau sangat berbeza dengan orang yang biasa menyuapiku. Mana orang itu?” jelas sang Yahudi tersebut.

“Engkau benar, aku bukanlah orang itu. Orang yang biasa datang menyuapimu adalah Muhammad Rasulullah s.a.w dan kini ia telah meninggal dunia.” jawab Abu Bakar. Selanjutnya diriwayatkan bahawa orang Yahudi tersebut menangis dan menyesali perbuatannya menghina orang yang selama ini menyuapinya, sampai akhirnya ia masuk Islam.

Dari kisah ini kita dapat lihat bagaimana tingginya akhlak Rasulullah s.a.w dan daripada akhlak baginda, Yahudi tersebut berasa senang sehingga dapat merasakan sesuatu yang sangat berbeza apabila Saidina Abu Bakar mengganti baginda s.a.w. Begitulah antara perumpamaan analogi yang dapat dibuat saya ambil contoh.

Wallahu a’lam..

Sunday, March 7, 2010

air sungai...

Alkisah suatu malam di malam hujung mingguku…

Setelah selesai solat isyak, aku duduk di tempat biasa sambil memegang mushaf terjemahan Al-Quran dan bersedia untuk i’adah. Tiba-tiba seorang sahabatku,Nidzam, datang mendekatiku seraya berkata...

“Lim, busy tak? Aku dengar malam ni ada forum best kat audi(auditorium).”

“Oh ya kah? Apa tajuk forum tu?” Aku tertarik dengan ekspresi muka yang dia tunjukkan.

“’Dakwah Fardiyah dan Dakwah Jam`iyah, Satu Kepentingan’ lebih kurang macam tu-lah tajuknya.”

“Hmm..jom, best gak tajuk tu!”

*******************************

Sepanjang forum, aku tertarik dengan satu analogi yang disebutkan oleh salah seorang ahli panel iaitu ‘Dakwah Ibarat Air Sungai Yang Mengalir’…jeng…jeng…



Melalui buah fikiran saya, jika diperhatikan sebaik-baiknya, memang betul kata-kata panel itu. Air sungai, tiada siapa yang dapat menghentikannya walau dengan apa cara sekalipun melainkan dengan izin Allah. Cuba kita teliti, kita tahan air itu dengan banyak batu yang tersusun, air akan mengalir melalui celah-celah batu-batu itu apatah lagi hanya menahan dengan seketul batu. Kalau ia ditahan sepenuhnya tanpa ada celah-celah untuk mengalir, ia akan mengalir melalui atas pula. Bukan itu sahaja, akibatnya, sebuah empangan pasti akan pecah jika tiada lubang turbin disediakan untuk air mengalir. Hal ini disebabkan oleh tekanan yang kuat oleh air tersebut dan air itu akan melimpah dengan deras sehingga berupaya membahayakan penduduk di sekitar empangan itu.



Pada pendapat saya, batu-batu itu adalah seperti media, waqi’ yang kurang faham tentang kepentingan dakwah dan sebagainya. Organisasi-organisasi pula ibarat empangan yang menghalang air sungai yang mengalir itu.

Walaupun apa pun, sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai da’i mestilah bijak menangani aral yang melintangi medan yang kita lalui ini.

“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)” (al-mu`minuun : 96)

Wallahu a’lam...

:: my fb ::

:: followers ::