Saturday, March 6, 2010

inikah erti persahabatan??

Esok aku akan kembali ke negeri Sabah menemui keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru dan semua insan yang aku rindui khususnya sahabat-sahabat KRU dan PSS. Selepas cuti ini entah bila aku akan dapat kembali menemui mereka…..
Selepas Isyak, aku terus balik ke bilik dan tak menghafal seperti rutin harianku. Hatiku sayu dan terasa sebak apabila memikirkan saat melangkah keluar walaupun hanya untuk cuti midsem. Entah mengapa terasa amat berat untuk berpisah walau hanya dua minggu.
“ya Allah,adakah ini ertinya ukhuwah fillah?
Adakah ini ertinya persahabatan?” aku menangis dalam doaku, tak dapat ku tahan air mata ini untuk berhenti berlinang.
********************
Subuh itu, aku bangun lebih awal daripada biasa. Aku terus melangkah untuk mengambil wuduk, sedih malam tadi masih terasa. Selepas berwuduk,Alhamdulillah aku merasa sedikit lega. Tahajjud ku dirikan..suasana agak sepi dan menenangkan jiwa dan fikiran..
Namun, semua berubah apabila solat taubat dimulakan sehingga solat witir. Air mata berlinang kembali, tangisan semakin menjadi apabila nama sahabat-sahabatku terzahir di bibir..
“ya Allah, apakah maksud semua ini? Inikah yang dinamakan persahabatan?? Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi mereka keranaMu ya Allah. Ya Allah, janganlah Engkau titipkan rasa rindu mereka padaku ya Allah, sesungguhnya aku tidak mahu mereka risau sedikit pun tentang diriku sebab aku ingin mereka berasa tenang sepanjang cuti bersama keluarga mereka nanti, cukuplah Engkau timpakan rasa rindu itu padaku. Ya Rahman, Engkau jadikanlah ukhuwah yang kami bina ini terbina atas namaMu. Inni uhibbihum fiika ya Allah..ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk terus berjuang di jalanMu ya Allah…
air mata terus mengalir membasahi janggut, tambahan pula doa ini kuucapkan,
…ya Allah, sesungguhnya aku sangat malu untuk menadah tanganku yang penuh dosa ini memohon doa kepadaMu, tiadalah tempat aku mengadu selain kepadamMu ya Allah.”
********************
Alhamdulillah ustaz membenarkan aku untuk balik selepas waktu rehat. Dalam perjalanan pulang, aku membaca buku yang sempat aku pinjam dari sahabatku yang berjudul ‘Menerima Takdir Allah’. Aku amat bersyukur kepada Ilahi kerana Allah memberi ketenangan kepadaku melalui bacaan tersebut.
Mesej ku kirimkan kepada murabbiku,
“salam, akh, maaf ganggu..ana nak minta maaf banyak-banyak sebab lepas tiga minggu baru kita dapat berjumpa lagi..doakan ana.”
Murabbiku membalas dengan satu mesej yang membuat aku lebih bersemangat..
“tak apa akh, sampaikan apa yang anta dah belajar kat DQ, kita akan berjumpa lagi InsyaAllah.”
InsyaAllah, akan ku laksanakan apa yang diamanahkan dan apa yang telah ku rancangkan walaupun hati ini masih terasa rindu dengan sahabat-sahabat di seberang sana.
Sebenarnya inilah juga yang ku alami ketika meninggalkan Sabah. Rindu pada sahabat-sahabat dan gerak kerja bersama mereka.
‘sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara’(al-hujurat : 10)
Wallahu a’lam

2 comments:

  1. wallahualam.. ukhuwah fillah abadan abada. Ukhuwah kerana Allah adalh ukhuwah yang diredhaiNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete

:: my fb ::

:: followers ::