Friday, August 19, 2011

:: Ramadhan, Dulu & Kini ::(re-post)

Salam ramadhan semua!! moga pertemuan kali ini menambah keberkatan dalam usaha kita membina ukhuwah dan berkongsi pengetahuan.




"Ramadhan, bulan yang suci"
"Rahmat melimpah dari Ilahi"

Selalu perkataan-perkataan itu terngiang-nigang di ruang minda ini. Bila kita sebut tentang Ramadhan, ramai yang terfikirkan Syawal yang bakal menjelma. Namun, bukan itu yang saya ingin sampaikan pada 'post' kali ini. Sebenarnya, saya tertarik dengan satu peristiwa yang berlaku pada bulan yang penuh 'barakah' ini iaitu...

Peperangan Badar

Kita semua sudah sedia maaruf bahawa umat Islam telah memenangi peperangan ini walaupun bilangan umat Islam dalam peperangan itu hanya 313 manakala pihak musyrikin Makkah pula seramai 1000 orang. Terdapat satu kisah yang amat menarik minat saya semasa peristiwa Badar ini iaitu kisah dua orang pemuda yang bernama Muaz bin Amru dan Muawiz bin Arfa'. Pemuda yang berumur 16 dan 17 tahun yang berjuang di medan Badar...
Abdul Rahman bin 'Auf menceritakan : "aku berada dalam barisan tentera Islam pada peperangan Badar. Ketika aku menoleh, tiba-tiba datang di sebelah kanan dan kiri ku dua orang anak yang masih terlalu muda . Aku bagaikan tidak meyakini keselamatan mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku sambil merahsiakannya daripada temannya. "Pakcik, tunjukkan saya yang mana Abu Jahal". Aku bertanya, "Wahai anakku, apakah yang ingin lakukan padanya?". Anak muda itu menjawab, "Saya diberitahu dia telah memaki Rasulullah s.a.w. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, kalau saya melihatnya, nescaya batang tubuh saya tidak akan terpisah daripada batang tubuhnya melainkan pasti mati salah seorang daripada kami". Kemudian Abdul Rahman menambah lagi, "Aku sungguh kagum dengan sikapnya itu". Kemudian temannya pula bertanya soalan yang sama seperti tadi. Tidak lama kemudian, aku melihat Abu Jahal menaiki kudanya dan aku berkata kepada dua pemuda tadi : "Tidakkah kamu melihat orang itu? Dialah orang yang kamu tanyakan tadi". Lalu dengan segera kedua-duanya menyerbu Abu Jahal lalu memangkas anggota badannya. Kemudian kedua-duanya datang kepada Rasulullah memberitahu berita tersebut lalu baginda bertanya, "apakah kamu telah membersihkan darah dari pedangmu itu?" Mereka menjawab "belum". Lalu baginda melihat pedang mereka dan mengakui bahawa merekalah yang membunuh Abu Jahal.
Muaz bin Amru menceritakan, "aku mendengar riuh rendah suara musyrikin yang melindungi Abu Jahal dan mereka menyatakan bahawa Abu Jahal tidak akan dapat disakiti, maka aku bertekad untuk menyahut cabaran itu. Apabila aku mendapat peluang, aku terus melibas kakinya sehingga hampir memutuskan separuh betisnya. Kemudian, anak Abu Jahal, Ikrimah, datang membalas hingga hampir terputus sebelah tanganku. Lalu aku terus berjuang tanpa menghiraukan tanganku yang berjuntaian dengan kulitnya di sisiku. Sehinggalah aku merasakan tanganku itu menyukarkan pergerakanku, aku bertindak memijak tanganku sehingga tertanggal dari tubuhku. Kemudian Muawiz bin Arfa' datang menyerang Abu Jahal sehingga kaku dan tinggal nyawa-nyawa ikan manakala Muawiz pula terus berjuang sehingga terbunuh."

Itulah kisah yang menarik pada Ramadhan pada masa itu, namun Ramadhan hari ini?Apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ni??

Bila sebut pasal remaja, pasti ada isu buang bayi..rempit..dadah..dan macam-macam lagi..




sama-sama kita renungkan..

2 comments:

:: my fb ::

:: followers ::