is sharing means caring?
hmm..entahlah, yang penting aku nak share sesuatu buat semua. Aku tak pasti sama ada perkara ni bermanfaat atau tidak tapi harapnya bermanfaat. Pejam celik, study punya study, tak sangka aku dah masuk semester kedua dan tinggal satu sem lagi kat sini. Kalau student Melayu kat sini cakap, sem terakhir yang akan aku ambil tu adalah short sem. Contact hour diganda dua. Hmm...macam berat pula aku rasa. Apa-apa pun dalam study tak boleh tension-tension, nanti payah nak study. Eh, banyak pula aku cakap. Mujur blog ini didaftarkan atas nama aku..^_^
Berbalik kepada apa yang ingin aku share. Semua bermula bila aku punya masa kosong yang aku kira banyaklah juga lebih-lebih lagi hujung minggu (padahal setiap hari kelas start jam 8 pagi dan habis jam 5 petang kecuali hari khamis, selasa pula sampai jam 7 petang). Mungkin sebab tu aku terpengaruh dengan hobi kawan-kawan aku ni. Apa-apa pun Alhamdulillah sebab aku masih mampu control pengaruh ni. Ni drama 'God of Study' atau 'Master of Study' la yang start ni.
..god/master of study..
Time tingkatan 5 dulu, cikgu fizik ke admath? maaflah cikgu, saya lupa cikgu ajar subjek apa tapi yang penting cikgu tu suka pasang drama yang punya jalan cerita lebih kurang macam GoS gak (mujur time SPM fizik dan admath aku tak kantoi..n_n). Tajuknya 'Dragon Zakura', tapi DZ ni drama Jepun n GoS ni pula drama Korea. Ish..ish..ish..macamana aku boleh sangkut gak kat cerita Korea dan Jepun ni.. Aku sendiri pun pelik.
..dragon zakura..
mungkin ini sebab aku kurang minat layan cerita western
01 - adult part
In my view, eastern drama is much better than western. Ada orang tengok drama KnJ ni sebab pelakon yang hensem, comel dan gaya penampilan. Bermula dari hujung rambut sampailah hujung tapak kasut, semua nak tiru. Kalau ada lagi lepas tapak kasut tu, mesti tak nak lepaskan peluang untuk tiru gak. Tu lah antara sebab ramai yang nak tiru penampilan artis KnJ terutamanya gaya rambut. Pakaian pun style~ semacam (sampai kawan-kawan aku pun nak juga style macam Suzuran dalam cerita Crows Zero tu). Dan yang paling penting, bagi aku kalau ikut setakat yang aku tengok, eastern drama ni tak ada la part 18 macam dalam vampire diaries, gossip girl dan banyak lagi yang malas dan geli nak sebut. Kawan aku pernah bagi aku satu cerita western, katanya best. Jadi, aku pun try la. Disebabkan intro yang menarik, semangat aku berkobar-kobar nak tahu jalan cerita yang dikatakan best tu tapi lepas lebih kurang setengah jam tengok episod pertama, semangat aku hancur macam hancurnya gelas yang aku terpijak bulan Mac lalu. Dah lah aku terpijak gelas sampai pecah, doktor pula bagi 12 jahitan kat kaki aku. boleh pula ada part 18 dalam 1st episod.
02 - season
Ni juga la antara sebab aku kurang berkenan dengan drama western ni. Aku ingat, last episod tu betul-betul last, rupanya 'last but not least', ada lagi season yang baru. Kesian aku tengok kawan-kawan aku yang dah bersusah payah menunggu untuk download episod yang baru. Akhirnya, kena terus menunggu untuk musim yang baru pula. ish..ish..ish..
03 - tak faham
Aku ingat lagi, dulu aku suka tengok cerita Alias (aku pun tak ingat sama ada time sekolah rendah atau sekolah menengah - maklumlah dulu rumah aku takda benda ajaib yang bernama ASTRO macam kat rumah korang tu). 7 episod awal, layan~..tapi bila dah terlepas satu episod, fuh!! payah sangat nak faham episod seterusnya. Lebih-lebih lagi cerita Lost yang selalu ditayangkan kat AXN tu, tak payah tanya aku lah, langsung aku tak pernah faham cerita tu.
Korang mesti pelik macamana aku tahu benda-benda macam ni, lebih-lebih lagi sebab pertama. Itulah guna masa lapang aku, ada masa kosong, lawat bilik orang dan lagi best bilik yang tengah layan drama. Hasil dari banyak-banyak drama tu lah aku terdetik nak share pasal benda ni.
Sebagai tambahan, kepada yang belum tengok GoS, carilah cepat-cepat sebab banyak tips study yang aku dapat dari drama tu. And you'll know that study is more important than love.
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
(al-'alaq : 1)
Last but not least, minta maaf kepada mana-mana pihak kalau ada yang 'terasa' dengan post kali ini dan kepada sahabat-sahabat yang terlibat dengan exam...
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM!!
..semoga Allah beri kemudahan sepanjang peperiksaan, selepasnya dan sampai bila-bila..
..wallahu a'lam..